Tuesday, December 15, 2009

Semalam bermimpikan Zakuan yang penat!

Semalam aku balik lambat! Dah la lapar nak mampos! Bila tak nampak kelibat vendor, aku pun lari :D. Nak balik wooo!! Tak larat dah nak ngadap PC.

Singgah kat kedai makan, melahap dulu.. Ingat balik nak tidur la. Tiba-tiba sampai je kat area rumah, orang-orang veteran area rumah aku jiran tetangga duk ketuk-ketuk meja kat kedai kopi (tetiba teringat kampung halaman). Apa kes la ni. Malas aku layan! Aku dah la penat. Buat bising lak diorang ni.
*nasib penduduk flat :( *.

Bersiap sedia untuk mandi, dengar orang menjerit lagi. Aik? Ini mesti ada sesuatu ni.. Budak rumah tengok cerita apa ntah..ala ala Bionik tu. Aku jangan harap nak layan cerita macam tu. tak sesuai dengan aku yang dah berjanggut ni

Aku minta keizinan untuk tukar siaran. Pastu salah seorang cakap mana ada..tu Astro. Oh sedih. Rumah kami tiada Astro.

Tak kira aku nak tukar gak. Nak tahu apa benda yang diaorang tepuk-tepuk tangan. Tukar-tukar, pergh ada bola la! *tetiba teruja tengok si kembar :P. Malaysia-Laos! Walaupun ramai orang kutuk Malaysia. Aku tetap menyokong Malaysia. Semangat Malaysia menebal di lubuk sanubari. Cewah!

Taniah Malaysia. Menang 3-1. Tak sabar nak tengok Malaysia-Vietnam!

Ok. Setelas penat bersms. Aku tidur. *bermimpikan zakuan* Oh ini sudah lebih! :D

2 comments:

sheLLy said...

sms ngan org len...mimpi org len..ini sudah kejamm...hahaha!!

CiK By said...

sheLLy : itu sudah biasa :P