Tuesday, February 2, 2010

Borneo Rainforest, apo ado?

Mula-mula nak pergi Ikea, tapi disebabkan BIL aku telefon tanya nak pergi Konsert Akim,Hafiz dan Aril tak?

Hoh! Anak saudara aku yang dua orang tu terus jerit, please please ichu..adik nak tengok Akim. Adik nak nyanyi lagu bengang. Kecil-kecil dah pandai request. Kecil-kecil pun dah nak masuk 5 tahun Suci tahun ni :D.

OK. Pergi Sunway Pyramid terus. Malas nak layan jem. Sampai sangap lah duduk kat Sunway Pyramid tu. Konsert start pukul 8 malam.


Layankan si Suci nak makan telur masak separuh..

Siapa-siapa tak kenal Suci. Inilah Suci :P. Masa kecil aku tak pernah jaga dia. Tapi bila besar aku lah kawan sejati dia :D.

Lain pula dengan Nina. Ini memang aku jaga sebab dia duduk dengan mak dari kecil sampai umur 3 tahun. Memang duduk bawah ketiak aku je la.

Sampai pukul 8, kitaorang bergerak ke Borneo Rainforest. Sampai-sampai, kakak aku kata "mananya??"

"Ini lah yang rimbun-rimbun ni..tempat orang cucuk langit..."

"la aku ingat kedai macam kedai mamak.."

hahaha! Kakak ku...

Jijik? Hahaha! Sempat aku ambil gambar toilet. Aku suka sebab warna pink!! :D

Aku duduk depan stage..baru nampak clear. Alang-alang teman anak saudara aku, aku sekali layan. Hahaha!

Dah banyak kali camera fokus muka kitaorang yang berminyak ni. Haih tv mana lah diaorang tayang. Astro mungkin.

Ini adalah peminat tegar Akim. Terlompat-lompat tengok Akim. Teringat pula, aku dulu pun macam tu :D.

Komen? : Aku rasa macam tak berbaloi tiket berharga RM 38. Banyak kesilapan. Lagi pun lagu-lagu pun sikit je diaorang nyanyi. Lagi berbaloi tengok konsert Jamal Abdillah di Istana Budaya :).

4 comments:

Ena said...

hoe.. cam berst jer p tegk concert ekk? lah ilangkan tesion kan!..
tp tu la klu dah banyak nau silap saner sini.. hu3x..

CT NORAMIZA said...

bestnya dpt tgk hafiz, dik apa makanan yg best kat situ? :)

Bai said...

Ena : layankan anak sedara je tu..hihihi..

tu la banyak no silap..huhuhu sampai boring lak..

Bai said...

CT NORAMIZA : suka Hafiz eik? hehe..alamak kita tak sempat makan la kak..kita tengok konsert je :P