Showing posts with label sunway pyramid. Show all posts
Showing posts with label sunway pyramid. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Khurafat dan Yogi bear!

Eh eh.. bukan marathon movie. Yang sebenarnya nak tengok Khurafat kan? Pergh full beb. Harapan hancur terus. Takpe esok masih ada. hehehe.


Then pergi tengok Yogi bear.. Dah macam hari family pula :)). Mana tak nya. Kakak, anak sedara aku semua aku hangkut. Hahaha.


Hey sangat comel ok yogi dan bobo ni!! Lawak habis.

Movie yang ringan dan kelakar. Suci gelak sambil pukul-pukul umi dia :D.


Thanks Wak. Enjoy your trip! Hihihi.

.:. By .:.

Tuesday, March 30, 2010

Ice skating dan menonton 3D...

Kan aku dah cakap, aku tak pandai main..dah tercampak gigi besi aku :D. OK TIPU. First time aku jejak kaki ke Ice Skating, Sunway Pyramid.

Mula-mula, biru juga la muka nak pakai kasut tu. My BIL siap gelak-gelakkan lagi. Serius hampeh. Dia suruh aku jalan-jalan dulu kat tempat biasa. Aku cakap, tempat biasa boleh la. Cuba kat dalam,tengok! Licin nak mampos. Dia gelak lagi. OK tak kelakar bagi aku. Sebab, hati aku sedang gundah gulana. Hahaha!

Bermulalah episod masuk ke kandang Ice Skating. Pergh, sangat licin. Aku pegang je kat dinding-dinding. Jalan-jalan, pastu berhenti. Jalan, berhenti lagi. Sampai ada orang kat belakang aku push aku suruh jalan dan jalan. Tak tahu, aku tengah ketar lutut. Jangan haraplah aku nak lepaskan tangan dari dinding. Sure tergolek macam nangka busuk!

Sedar tak sedar, dah jauh aku jalan. Nina ntah ke mana dah. Ada budak laki ajar dia. Last-last aku tengok, Nina dah pandai. Aku? Masih pegang dinding :D. Nak patah balik dah jauh :(. Nak taknak aku teruskan 1 round.

Sampai suku dari tempat mak aku, ada seorang jejaka ambil aku. Kaki aku dah sakit, sebab duduk mengeras je kat situ. Hahaha! Harapan lah aku nak lepaskan dinding tu. Takut!

Tengok muka gembira bila sampai kat tempat mak aku duduk. Siap mak ambil gambar, gembira tengok anaknya sampai ke garisan penamat. Hahaha!

Main tak semena. Tapi bergaya perlu mak!

Bergaya lagi walaupun tak pandai. Lantaklah orang cakap aku jakun :D.


Lepas main Ice skating, pergi pula tengok wayang dengan 2 orang anak buah aku. Lain, aku suruh wondow shopping. Nak belanja mahal! Sebab, 3D. Hahaha! Gila keji.

Suci antara yang jakun untuk menonton 3D.

"Adik lupa lah nak bawa spek...adik pinjam tok unye.."

"nak buat apa pinjam tok unye(punya) spek.."

"ichu kan cakap aritu, adik kena pakai spek.."

"haish..nanti dia bagi la..bukan spek itam tok tu.."

OK dia salah faham rupanya :D.


Tengah-tengah tengok cerita, Suci duduk buka-pakai spek 3D. Tak paham aku. Agaknya, dia nak tengok perbezaan kot. Malas aku layan :P.


Orang nak bergambar dia pun nak gak! Tengah tunggu BIL ambil, rupanya diaorang dah ke ioi mall, Puchong. Agaknya sengal buntut dah tunggu kitaorang.

Akhir kata, kata penonton yang telah disponsor oleh pihak penaja. BEST 3D ampak(nampak) dragon gemokk..

Kenapa ntah, Suci ni suka perkataan gemuk. Agaknya taste dia memang yang berisi kot (^ 0 ^)

Wednesday, March 10, 2010

Alice in wonderland...

Aku layan 3D! First time kot menonton 3D! Terselah jakun :D. Macam robocop je pakai spek tu... Tetiba rasa rugi tak tengok Avatar 3D :(. Tapi sempat lagi ni, aku ada tengok Avatar 3D ada kat sesetengah pawagam je kan?

Cerita Alice ni aku suka layan waktu kecil.

Review?

Nak kata cerita ini terbaik untuk 3D tak de lah sangat. Aku rasa Avatar lagi better.. Filem ini macam banyak membebel.

Tapi aku suka time action. Aku rasa filem ni kena tambah action. Lagi syok tengok 3D!

Jakun gila time raksasa tu jelirkan lidah. Macam betul-betul touch muka kita. Aku siap pejam mata dan sesekali terkeluar ayat "woooooooooooooo" (terkejut la konon :D).

Dah la...nak tahu korang kena tengok :P

*aku lagi suka rambut Alice itu didandan tocang macam dalam kartun :D

Tuesday, February 2, 2010

Bershopping adalah kepuasan!

Ha, aritu aku pergi shopping gila punya. Lama siot tak shopping macam tu. Tapi kat sini aku highlight 1-2 yang aku beli je la. Tak perlu menayang semua :P.


Selain aku pakai Zam zam hair oil, aku pakai ellipse hair vitamin. Memang aku pakai sekali seminggu. Aku pilih warna hitam. Baunya sangat harum! Tidur pun lena. Kalau ada suami, agaknya suami asyik cium bau rambut. Heh! Ke situ pulak. Ini lah akibat terlalu sangat taksub baca novel :D.

pict google-ed

Akhirnya, aku menukar jenama pencuci muka. Setelah berkurun lama pakai Loreal. Lepas itu tukar ke SK11... Pastu macam tak berubah muka aku dan SK11 mahal. So aku pilih Bio Essence. Itupun setelah baca blog kak Diana Ishak. So aku nekad mahu tukar. Mana tahu sesuai dengan hormon aku sekarang :D.

So sekarang nasihat aku pergi lah terjah Watson, kerana Watson tengah sales tak hingat punya :D.

Borneo Rainforest, apo ado?

Mula-mula nak pergi Ikea, tapi disebabkan BIL aku telefon tanya nak pergi Konsert Akim,Hafiz dan Aril tak?

Hoh! Anak saudara aku yang dua orang tu terus jerit, please please ichu..adik nak tengok Akim. Adik nak nyanyi lagu bengang. Kecil-kecil dah pandai request. Kecil-kecil pun dah nak masuk 5 tahun Suci tahun ni :D.

OK. Pergi Sunway Pyramid terus. Malas nak layan jem. Sampai sangap lah duduk kat Sunway Pyramid tu. Konsert start pukul 8 malam.


Layankan si Suci nak makan telur masak separuh..

Siapa-siapa tak kenal Suci. Inilah Suci :P. Masa kecil aku tak pernah jaga dia. Tapi bila besar aku lah kawan sejati dia :D.

Lain pula dengan Nina. Ini memang aku jaga sebab dia duduk dengan mak dari kecil sampai umur 3 tahun. Memang duduk bawah ketiak aku je la.

Sampai pukul 8, kitaorang bergerak ke Borneo Rainforest. Sampai-sampai, kakak aku kata "mananya??"

"Ini lah yang rimbun-rimbun ni..tempat orang cucuk langit..."

"la aku ingat kedai macam kedai mamak.."

hahaha! Kakak ku...

Jijik? Hahaha! Sempat aku ambil gambar toilet. Aku suka sebab warna pink!! :D

Aku duduk depan stage..baru nampak clear. Alang-alang teman anak saudara aku, aku sekali layan. Hahaha!

Dah banyak kali camera fokus muka kitaorang yang berminyak ni. Haih tv mana lah diaorang tayang. Astro mungkin.

Ini adalah peminat tegar Akim. Terlompat-lompat tengok Akim. Teringat pula, aku dulu pun macam tu :D.

Komen? : Aku rasa macam tak berbaloi tiket berharga RM 38. Banyak kesilapan. Lagi pun lagu-lagu pun sikit je diaorang nyanyi. Lagi berbaloi tengok konsert Jamal Abdillah di Istana Budaya :).

Monday, February 1, 2010

I baru balik dari Borneo Rainforest...

Penat gila berjalan sakan hari ini.. Ini baru balik! Heh balik terus melawat kejap kat blog I...Nanti kekurangan kasih sayang pulak :D.

Berjalan sampai kaki pun naik bengkak kata my sis. Hamek ko!! Aku duduk golek-golek. Semua kejutkan aku, minta aku jadi driver nak pergi jalan. Nah!! Rasain! Hahaha! Aku bawa jalan sampai pukul 1 pagi baru balik ni ha... :D.

Penat gila dah ni...muka pun naik toya dah. Nasib baik esok cuti :P. Wilayah saja ya. Jangan jeles!!

Oh aku ke Borneo Rainforest tadi, pergi cucuk langit!! Hahaha!!

Tata!! Aku mau beradu dulu. Ntah pukul berapa aku bangun esok! Jangan-jangan ada yang gerak pagi buta untuk ke pasar! Haish beginilah nasib ku kalau cuti :(.

Tuesday, January 26, 2010

Water Park

Akiviti last sekali kitaorang di Sunway lagoon. Sampai kecutla jari jemari main air. Semua main. Congo (kata Nina karpet aladin) sangat best! Mula takut! Ha amik sampai 4 kali aku ulang kalau tak silap! :D.

Pastu semua gelongsor aku try. orang lain naik sampai terjerit terlolong. Hahahaha! Kelakar tengok gelagat manusia.


Last sekali, part nak tengok kesemua gambar kitaorang yang diambil khas oleh jurugambar Sunway Lagoon. Pastu terjebak sebab tengok gambar yang diaorang ambil tu semua cantik-cantik. Rugi jual mahal masa diaorang nak ambil gambar kat dalam air :(.


Kalau burn dalam cd RM 100. Quantiti gambar boleh seberapa banyak yang mungkin .Kalau print, RM 30 sekeping. Kitaorang ambil yang burn cd!!


Tersangat seronok walaupun memenatkan!!

ALL PARK SUNWAY LAGOON


Extreme park, sangat adventure!

Sayang gila tak berpeluang untuk 'flying fox'. Tutup sebab under maintanance. *keciwa

Kalau nak naik ball tu pula, kena bayar RM 100. Cet mahal gila! Memang buat untung betul Sunway lagoon ni. Makanan dah la mahal. Pastu ada certain mainan kena bayar lagi.

Dari Amusement Park, kitaorang naik jambatan gantung ke Extreme Park. Panjang gila jambatan gantung tu. Lenguh kaki aku jalan ke Extreme park.

Di tengah-tengah jambatan gantung.


Sampai Extreme Park, kitaorang try naik ni!

Best gila!!

Ingat jalan-jalan kat jalan tar je. Rupanya dia bawa masuk jalan ala-ala hutan. Kena turun bukit dan naik bukit.


Pastu try kayak. Kalau tak nak berkayak, naik Itik pun boleh. Kena kayuh la :D.

Aku try kayak sebab seumur hidup aku, aku tak pernah try kayak. Gila jakun!

Last-last aku tak kayuh pun. Hahaha! Suruh orang belakang je la :P.


Wildlife park, walaupun kecil tapi seronok!

Ala-ala mini zoo. Tapi, ada binatang pelik gak. Boleh pegang-pegang lagi. Sempat lah kita orang tengok penjaga haiwan tu bagi makan.

Ada tenuk, buaya, merak, spesis burung, arnab, kura-kura india, monyet apa ntah badan dia kecik je tapi ade bulu putih kat kepala dan macam-macam lagi.

Apahal lah aku macam tu. Nak kata takut tenuk, tenuk kat dalam cermin. Hahahaha!

Scream Park, seram!!!

Korang patut try masuk scream park ni!! Mencabar tau. Mula-mula nak masuk tu, dia akan bagi briefing. Tanya ada penyakit jantung ke tak? Jangan usik barang-barang kat dalam tu.. Dalam tu sangat gelap, so kena hati-hati.

Aku mula-mula taknak masuk. Takut!! Aku memang seriau sikit kalau masuk tempat gelap. Kata Scream park, lagilah!!

Pastu, nak taknak kena masuk sebab semua dah masuk. Aku apa lagi terus tutup mata!

Awal-awal dah kena sergah. Hampeh betul hantu-hantu kat dalam tu.

Aku duduk link yang paling last. Itu pun, banyak gila kena sakat. Hembus-hembus kat telinga la. Menjerit kat telinga aku la. Letak kain kat atas bahu kita la. Jalan sambil peluk kita la.. Sampai satu part tu aku tak tahan. Aku cakap kat hantu tu, "Oit jangan hembus kat telinga aku la bodoh!" :D. Gila berani sound hantu :D.

Kat dalam tu terkurung 20 minit. Korang bayangkanlah betapa sengsaranya aku kat dalam tu melayan hantu-hantu.

Ada hantu pocong lompat-lompat. Ada hantu terbang-terbang lah..

Pastu, masuk kat tempat 3D. Dia bagi sorang satu cermin mata 3D tu. Lagi la. Nampak clear! Benda putih boleh jadi biru. Boleh nampak pergerakkan hantu tu terbang-terbang.

Satu point tu, tersesat! Ramai gila hantu datang kepong kitaorang. Buat muka spastik :P. Hantu tu buat muka spastik pun aku takut gak. Hahaha!

Pastu masuk point lagi macam cerita 13 ghost. Semua hantu terkurung. Tapi nampak jelas dia menjerit-jerit.

Kat satu point tu, aku dah tak tahan. Aku dah berpeluh-peluh. Slambe aku tanya orang yang jaga point tu. "Ni last ke ada lagi?"

Nasib baik dia cakap last! Fewwh!! lega!!

Serius aku berpeluh gila masuk dalam tu :D.

Amusement park, tempat kanak-kanak riang.

Yeah!! Ahad, seharian di Sunway Lagoon !! (Entry akan dibuat park by park ;P )

Seawal 10.00 pagi, kita orang dah terjah Sunway Lagoon! Punyalah awal sebab ambil package yang all park :D. Untuk all park RM 72 (mendapat diskaun RM 54, thanks to Kak Ida).

Agak terkilan. Ada park yang diaorang tak buka lagi. So kita orang naik apa yang ada dulu.

Amusement park ni penuh dengan permainan-pemainan kanak-kanak riang, adventure.

Aku awal-awal lagi taknak naik kapal yang terbalik-terbalik tu. Dulu aku pernah naik kat Mines wonderland, sampai muntah-muntah. Semua orang cakap aku mabuk minum todi :D.

Aku try naik keretapi macam roller coaster tu. Dulu ada kes orang meninggal kan? Ha aku naik yang tu. Tabahkan hati dan tawakal je naik tu. So far ok. Aku hidup lagi ni ha :P.


Bukti masuk all park, adalah jam itu :P.


Burung ni pun aku layan . Macam dalam filem Avatar lak... :D


Next Scream Park!!! Seram!!!

Monday, January 25, 2010

Nak makan sotong? Ya iya lah!

Disebabkan kakak teringin sangat nak makan sotong steamboat. Aku dengan rela hati bawa kakak aku ke tempat yang dituju. Nanti kempunan macam mana? Dah sorang je tu la kakak aku :D.

Walaupun aku selalu je gaduh dengan dia. Sayang juga aku kat dia :D. Cet sedih pula.

OK. Kami ke Sunway Pyramid! Kakak aku dah tak gila pergi Ikea. Tapi mood menggila ke Sunway Pyramid.

Fewwh! Kalau tak muntah hijau aku ke Ikea setiap minggu :B.


Ala terlupa pula, nama kedai dia. Korang pergi je la floor atas sekali dekat dengan Maxis Centre. Jalan menuju ke Panggung Wayang tu. Aku dah tanya kakak yang kerja situ. HALAL. Korang patut cuba sotong tu. Rasanya sangat walllaaaahhh!
Sedap! Sos dia aku suka. Campurkan semua sos yang ada. Sedap gila! Aku makan 4 cocok je. Tu pun dah membuat kan aku kenyang. Harga mengikut warna lidi. Ada yang RM 1.00, RM 1.50 hingga RM 3.50 tak silap aku.

Lepas tu kita orang ke Pet Shop. Mencari baju untuk baby kucing. Comel kan? :D. Tak ada kerja. Kucing pun nak pakai baju ma!

Comel je si Hamster ni. Bertafakur agaknya :B.


Ahad pula, outdoor activities!! Next entry will be update! Heh! :D

Monday, January 4, 2010

Terima Kasih mengepau aku!

Jutaan terima kasih kerana (skema lak pulak) mengepau aku. Eh aku ikhlas sebab semenjak gaji baru rezeki murah, memang niat untuk belanja my sis and family. My sis cakap bila nak belanja, dia dah tunggang tonggek berdoa supaya aku murah rezeki :D. Bukan tak nak belanja, tapi sebab-sebab tertentu aku tunaikan sikit-sikit.

Disebabkan Suci menjerit-jerit nak tengok 'tikus' katanya (dah puas ajar panggil chipmunks dan tupai bukannya tikus), maka aku belanja semua pergi tengok Alvin dan the Chipmunks 2.

Nina pula berkeras nak tengok Bandslam. Tak habis-habis dengan Vannesa Hudgens. nasib baik bukan anak aku, kalau tak memang kena :D. Nak tengok asing-asing. Tapi aku cakap lain kali sudah. Sekarang tengok cerita ni dengan family. (Pandai tak aku? Itu semua ayat janji kosong ..hehehe. Tak apa Nina sudah faham perangai Ciksunya).

Kelakar gila A&C 2, aku gelak sampai berair biji mata, lap lap bagai . Mushkil orang tengok, cerita kelakar aku pergi nangis :D. Alvin tu kenapa nakal sangat hah?

Tiba-tiba teringat sugar glider aku.. *sigh

Lepas itu pergi tawaf Sunway. Tetiba aku ingin jadikan Sunway tu 'syuga membeli belah' boleh? :P. Jatuh hati aku tengok shop-shop kat situ. Makin ber'style'. Banyak baju lawa-lawa woo!! Sampai keluar air liur aku.

OK. Nanti pergi lagi. Tak lengkap kalau tak bergambar. Gambar dirakam semasa BIL aku pergi bayar parking. Snap cepat-cepat. Nanti dia cakap, aku poyo pulak :D.

Ini dia Nina sebagai peneman sejati, sahabat sejati dan pelayan sejati aku.


Dulu masa muda remaja tak ada gambar kat dinding-dinding ni. Sekarang nak juga merasa seperti 'orang muda' yang suka bergambar di dinding shopping mall :P.

Terima kasih juga kepada jerawat kerana terbit di ufuk dagu aku. Kelihatan sungguh manis pergi ke pejabat dengan seketul jerawat batu :D.



Monday, December 28, 2009

Sunway lagoon..

Yeah! I went to Sunway lagoon yesterday.. Lepas je kenduri kawin kawan kakak aku terus ke Sunway Lagoon. Tu pun sampai dah lambat :(.

Asyik-asyik berdating dengan Nina dan si Suci. Dah tak ada kerja lain. Asyik dating ngan diaorang je kalau hari minggu. Naik muntah hijo dah! :P. Kalau pergi dating pun diaorang nak ikot. Sampai dah macam satu family lak lengkap ngan anak bagai :D. Kacau daun sungguh (Nina, if u read this jangan terasa ya.. xD ).


Ada orang cakap Nina mirip Scha? WT?? heh! :D

Teman si Suci naik cawan pusing. hihihi.

Tak ada mood sangat nak mandi. Tengah bendera naik menegak :D. Paham-paham je la.

Budak ini tak sabar nak mandi. Tapi takut sebab ramai gila orang. Takut orang tolak dia. Nanti lemas katanya.

Ini budak tak payah nak cakap la. Lepas salin baju, terus menghilang. Macam anjing laut nampak air dah.

Sesi layan Suci.

Layan lagi. Suruh Cik Su ambil gambar. Ces!


Yang pasti kitaorang tak puas main. Heh mahu pergi lagi :D.


Ops. Aku duduk sebelah Fahrin masa kat kolam renang. Wau wiii sangat hok (hot) :D....Agaknya melepaskan tensi, sehati berdansa kan dah habis. Dan aku jumpa AJ, dj ERA.FM.

Saturday, December 26, 2009

Avatar is the greatest 3D movie!!

Tengok kat TGV Sunway Pyramid. Mak aii punya la ramai orang. Akhirnya dapat tiket pukul 5.30 petang. Dapat couple seat auuuuw!!! Main gamble je. Tak booking pun. Selambe!


Eh Sunway pyramid punya toilet lawa dan bersih la..Rasa nak duduk lama-lama je :D. Better than KLCC and Mid Val.


Ok berbalik pada tajuk.

YES! Avatar is the best 3D movie. I give 5 star!! Bukan senang nak buat cerita macam tu. Aku dulu sendiri failed buat 3D masa subject multimedia. 2D je aku mampu buat...

Jejaka ini tetiba menjadi jejaka paling hensem dalam filem tahun ini. *heh :D. Tapikan kaki dia memang kecik ke? Pelik sungguh. Atau itu hanya buatan komputer?

Aku suka part diaorang bawa burung ni...

dan part ni.


Cantik giler. Kalau la ada di dunia ini sebenar..Subhanallah! Aku duk berangan dalam panggung, yang aku sendiri ada kat dalam filem tu :D. Tetiba ada gangguan binatang liar. Mula la cuak kangkung :D. (binatang dalam filem ni ganas-ganas. Takut aku)


Yang pasti cerita ni tak membuatkan letih menunggu dan boring walaupun cerita ini agak lama. Cuma bontot basah je. Ops basah bukan sebab lain ya..sebab berpeluh. feeewwwhhh!! :D

Memang tak rugi la tengok. Aku boleh tabik spring kat filem ni! Jom tengok sekali lagi!

*pict google-ed

Wednesday, December 23, 2009

3 of us...

OK. Start cerita about day 1 bercuti.. 3 orang gila pergi berjalan. Berjalan sampai tak sedar diri :D. Kitaorang pergi Sunway lagoon Pyramid! Lama tak together-together... Only 3 of us. Lain semua tinggal. Mak bagi peluang rehat kat rumah. My BIL and sis bagi peluang mereka berdating :P.

Don't try this when u drive! Aku saja boleh :D. Muka pucat lesi. Pakai baju, terus sarung tudung. Alat makeup tinggal dalam kereta.

Kitaorang dalam perjalanan ke Sunway Pyramid. Suci adalah seorang yang amat meroyan gembira bila tahu nak pergi jumpa 'singa'.

Demm!! Aku pakai sunglasses :P

Sesi memenuhkan perut sebelum tengok wayang. Bagi Suci kenyang, baru dia tak meragam dalam panggung wayang.

Sila telan air liur. Sekarang prosperity ada dalam list lunch hour. Jimat. :D

Sesi menyeludup masuk makanan ke dalam panggung wayang. Only fries dan air. Jimat duit mak! Lain taknak lah. Nanti berbau satu panggung.

Wayang time. Kitaorang pergi tengok The princess and the frog. Sangat lah kelakar. Suci ketawa paling besar dalam wayang. Duk sebut Ya Allah Ya Allah. Sakit usus agaknya dia gelak. Kisah dongeng dahulu kala. Tapi kali ini princess cium tak jadi prince.Princess tu pulak jadi frog. Suka Tina tu sebab dia suka berusaha. Perempuan sangat kental dan mempunyai cita-cita buka restoran makan. Akhir sekali jadi ke tak mereka manusia? Saksikan sendiri :P. Bodoh sungguh buaya gemuk dalam cerita tu. Suka buat lawak bodoh.

Ok. Sesi beli barang sekolah Nina. Beli alat tulis. Dia sangat excited beli pen. Dah tingkatan 1 la katakan. *teringat lak aku dulu pun excited nak pakai pen. Sudah besar dan pandai bergaya. Jeles. Aku dulu mak asik pakaikan gaun kembang semangkuk :D.

Ichu leh tak adik nak amik ambar kat okok yimassh ni? Ok boleh! *layankan. Kakaknya tak sedar diri dah besar ikut serta.


Ichu nak amik ambar kat Ayaaddiin... OK ambil. Layankan lagi. Gembira sungguh dia sambil tunjuk buku mewarna dan pensil color yang di beli oleh Ichu :).

Ichu ada lagi. Nak amik ambar. OK. sekarang layan dan boleh balik!!! :P

3 of us. Gedik amik gambar pantulan :D.


KITA KE SUNWAY LAGOON BULAN 1. ITU JANJI AKU KEPADA MEREKA. *kopak duit!