Monday, February 22, 2010

Bowling dan bawa orang jakun pergi IKEA.

Matilah aku buat title macam ni :D. Heh! Ini celita sudah basi sebab ni last saturday punya celita...

Aku masuk tournement bowling...MSC anjurkan. Katanya, perlawanan muhibah. Memang muhibah sungguh. Kitaorang 1 unit dihantar bermain bowling. Lepas tu dipilih secara rawak masuk team lain. Memang muhibah! Tatau aku kecut perut kalau main campur-campur ni. Dah la aku tak kenal :(. Minta-minta tak ada abang botak dalam team aku :D (aku memang takot orang botak!).

Syukur~ Memang tak ada abang botak. Tapi aku sorang je perempuan dalam team aku. Sorang pakcik yang sebaya ayah aku kot. Sorang lagi laki juga tetapi muda. Auww!! Keluar tanduk :P.

Sambil-sambil main bowling, sambil-sambil berkenalan :D. Tetiba mamat sorang ni tanya, "Eh ni borak-borak mana suami?" Ini soalan pancing aku rasa. Hahahaha!

Cet podah! Dan dan borak, tanya mana suami. Aku pun jawab tidak bersuami lagi. Hamboi. Makin rancak dia berborak! Takpelah kata perlawanan muhibah :P.

Gedik. Walaupun aku tidak menang nak juga bergambar :D. Aku je la tak menang, sebelah aku tu menang.

After main bowling aku bawa orang jakun pergi IKEA. Aku bersedia di maki hamun setelah panggil budak-budak itu "orang jakun". Hahaha! Nak sangat pergi IKEA. Jom aku tunaikan.

Makan-makan. Jalan-jalan. Pastu chow!

2 comments:

angah iza said...

eh...eh...mana suami ??
hahaha....terbaek punye ayat.hahahha..

x macho tol cara mcm tu :)

Bai said...

angah iza : wah cepatnya kamu komen :P...hehehe

memang terbaik! tapi itu soalan biasa la kan? hehehe