Friday, February 26, 2010

Curly..

Aku sudah mengubah hidup aku style rambut aku. Lantak lah orang cakap aku pakai tudung pun sibuk nak tukar style rambut. Bagi aku, rambut tu mahkota...tutup ke buka ke..wajib jaga kan?

Dulu aku pernah buat curly, tak silap masa darjah 4 ke 6. Tapi orang tu salah buat. Jadi kembang semangkuk rambut aku. Ingat lagi, masa itu dah la nak raya. Tiba-tiba rambut aku jadi kembang semangkuk :(. Aku tak keluar rumah pun. Sebab, malu.

Ye la nanti kawan-kawan aku gelakkan aku. Sedih je masa tu. Lepas tu aku tak buat rambut lagi. Tetap maintain dengan rambut lurus aku. Sampai lah sekarang...

Ni rambut kembang semangkuk aku. Tetap sengeh walaupun rambut kembang semangkuk :D.
Gelak! Gelak! Aku tahu korang gelak :D.

So, semalam aku ambil keputusan curlykan rambut. Fobia tu tetap ada, tapi ntah la..hati macam nak tunaikan impian yang telah lama aku nak buat :D.

Aku buat digital perm. RM 150. Habis duit..huhuhu..sudah jangan merungut habis duit!

Bukan aku je buat, kakak aku pun buat. Sebab makan dengan hasutan aku. Hahahaha!

Oh Si Nina ni pun gunting rambut. Disebabkan birthday dia, so akak aku layankan gak :D. Tu ha sibuk dia pilih style rambut.

Ini dah siap buat digital. So dia perapkan rambut aku lak. Bosan gila. Nasib baik cina tu sediakan majalah mangga :D.

Semua orang di atas ni pun terlibat dalam pembikinan rambut...hahaha! Termasuklah mak dan Suci :D.


Disebabkan rambut sudah curl aku bertukar cream rambut. Biru kepada hijau. Hijau ni untuk 3D curly. Dan biru aku pakai sebelum ni untuk rambut lurus :).



Nak tengok rambut aku jadi macam mana? klik sini ;)




4 comments:

angah iza said...

lawak ar rambut kembang semangkuk tu.
huahuahuahua....

Bai said...

angah iza : aku tau ko mesti gelak :D.. hahahaha! memang lawak! aku tengok balik aku gelak sorang2

*Dak kecikkk* said...

inda dah pernah buat curl time raya tahun lepas..cntik mmg cntik tp kena btol2 jaga la..rmbut inda rosak lpas buat curl,kusut masai n bgn pgi2 cam rmbut goku dragon ball tu..hahaaaaa,lawak2..

Inda trpksa korban kang rmbut pnjg inda,sedih sgt..tp xpe nanti dia pnjg lagi,namo dah buat curl..hikhikhikk..

bai jaga btol2 tau rmbut tu.

Bai said...

Dak kecikkk : aah ah kena betol2 jaga..tapi yang senang tak yah sikat after mandi..seksi..hahahaha!

tak letak cream ke?