Friday, February 26, 2010

Si dia balik kampung berjumpa ayah :)

Ye, hari khamis pagi aku dah cabut ke kampung halaman. Lama gila aku tak balik. Ye la nak balik je mak aku tak ada. Dia selalu sangat turun ke KL. Kejap-kejap datang.. Datin la katakan. Datin la sangat! :D.

Dah la panas, kereta akak aku tak ada ekon pulak! Hadoi...semua orang kalau naik kereta, selalunya tidur, jadi tak tidur langsung..Panas macam mau tidur..

Termasuklah Suci. Terpaksa aku layan dia..Nasib baik ada si dia.. Leh layan si Suci tu.. Hahaha!

Korang nak tau siapa?
Ni ha!! Si CT aka Piko ni. Hehehe..Putih tidur kat belakang. Piko pun tak boleh tidur. Bulu lebat, lagi la panaskan?

Tapi dia sungguh baik..kejap kejap datang kat aku.. meow-meow sikit..pastu diam..

Baikkan dia? Duduk je :D.
Ni ha ayah dia. Bawa balik jumpa ayah :D. Mak dia si Putih mata warna sebelah kuning dan biru tu dah bagi balik kat makcik aku. Sebab dia nak kacukkan dengan kucing jenis lain lak :D.
Kesian kucing, cinta nya terpaksa di kongsi..Kalau manusia, tentu patah hati..Haih~

2 comments:

angah iza said...

naik kereta x de acon ???
kompem menitik nitik peloh kan ?
:)

Bai said...

angah iza ~ sangat menitik :D....nasib baik 1 jam setengah je ..fuhhh