Monday, March 22, 2010

Angin degil...tapi akhirnya Preeettt..preeett

Aku memang ada masalah susah nak sedawa, mengeluarkan angin dalam erti kata lain susah untuk melepaskan angin di bahagian atas mahupun di bahagian bawah.

Semalam, aku pergi berurut. Lama gila aku tak pergi. Alang-alang, hantar mak aku pergi berurut, aku tibai sekali :D.

Dari kaki,punggung (bagi punggung bulat), pinggang, tetek buah dada(mantap?) sampai ke kepala dia urut. Memang sangat puas hati.

Bertempat di Rantau Panjang, Klang. Ikut suka nak bayar berapa. Aku bayar anggaran RM20-30. Orang indon yang urut. Ada gak mandi lulur. RM 50 sekali dengan urut...Murahkan?

Masa minah indon ni urut, aku cakap pinggan aku sakit dan perut aku banyak angin. Dah muncit tahap mengandung 3 bulan. Minah tu pun ketuk-ketuk perut aku. Dia cakap memang banyak angin. So dia fokus kat perut.

Lepas selesai urut, dia bagi aku air hijau. Kalau dulu pil (bila kencing keluar air hijau), kali ini lain pula. Dia bagi aku air. Habiskan satu mug.

Kesannya, hari ini aku asyik keluarkan angin. Di bahagian bawah lak tu keluar. Terkumat kamit aku tahan. Pergi toilet..Preeet preettt!! :D.





Hari ini rasa ringan sikit pergi kerja.

3 comments:

fabulous.farah said...

hahahaha..kurang senonoh la ko ni bai=p

murah la dia urut tu..aku kalau urut mesti nak sedawa jer..

.::WaNiE::. said...

murahh !!

eii xberani pegi berurut takut tak tahan sakit kekeke

Bai said...

f.f : =D...susah weh nak sedawa..huhuhu naik penin kdg2..


WaNiE : hihihi...cuba la..sedapppp! :P