Showing posts with label klang. Show all posts
Showing posts with label klang. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Majlis 30 April & 1 Mei.

Malas nak cerita panjang. Sebab mood di awangan lagi nak update blog. Agaknya terlalu fikir pasal ma wedding kot. tssskk T_T. Baru nak start buat checklist balik, mana yang done mana yang idak. Pastu keraaaaaaaaaaaaaaaaaaaah buat!


Ni gambar ma cousin wedding. 30 April. Majlis dijalankan satu hari. Pagi khatam al Quran. Petang nikah. Malam selamat bersanding. Senang gak eah buat macam tu? Sekaligus done.

Ni gambar waktu sanding. Epit, ngantuk eah?

Lawa pulakkan warna oren ni. Bunga tangan tu mak buat. Aku? Kerat batang sudah :D.

Silat.

Me, cousin and ma big momma. :D

Ni pula, waktu bertandang (1 Mei) . Pihak lelaki buat dekat FRIM. Tepi air terjun u ollsss. Best!



Berakhirlah weekend yang penat T_T. Ha korang bayangkan, time bila aku nak fikir untuk ma wedding? T_T




.:. By .:.

Sunday, May 9, 2010

Dah pandai pegang dan menggunakan mikrofon...

Ha, dah lama tak membebel dekat blog :D. Mampuslah korang muntah darah baca entry-entry cerita lapuk aku. Entry-entry cerita lapuk aku akan menyusul nanti :P tunggu~. Baru sekarang dapat terjah blog-blog orang lain dan baca bagai nak juling.

Eh lari tajuk pulak. Wooot!!! Aku dah pandai menggunakan mikrofon dan melaungkan suara yang lunak merdu macam kambing!!!

Kalau dulu, aku malu-malu pergi karok. Masuk dan duduk diam. Bila orang kasi mikrofon, mesti aku cakap, "Sini-sini byzura..roger and out". Apa kes ntah aku cakap macam tu. Konon lawaklah?

Aku tepis rasa malu itu sikit-sikit. Tapi, depan 'kawan-kawan' tertentu je. Yang lain malu lagi :D. Kang terkejut pulak tengok muka aku, sekali tarik suara nampak gigi besi.

Bukti? Ini ha bukti..hihihi *tutup muka*





Eceh mikrofon nak senget. Ko ingat Jaclyn Viktor? :D. Itu belum tengok aksi aku buat Mas Idayu. Confirm gelek 180 darjah. Ok tipu.

Abaikan muka yang berminyak yang baru balik dari pejabat itu. Aku nyanyi nada rendah je. Nada tinggi aku pas kat orang lain :D. Senak dada dowh... nyanyi nada tinggi-tinggi ini. Nanti tak pasal aku minta abg N CPR.


Aku nyanyi sampai bocor.Agaknya period aku pun stress dengar suara aku :P. Nyanyi nak lagu lama-lama je :D. Nasib baik ada kawan yang sporting. Jenis tak kisah. Malu pun ada tapi nak buat macam mana. Heavy period! Maka akibatnya, aku balik pakai baju lain. Nasib baik aku bawa baju. Kalau tak, sure aku pinjam baju staff Neway! :D.

Neway dah tak ada buffet dah. Gila tak best ;(


.:. By .:.

Monday, March 22, 2010

Angin degil...tapi akhirnya Preeettt..preeett

Aku memang ada masalah susah nak sedawa, mengeluarkan angin dalam erti kata lain susah untuk melepaskan angin di bahagian atas mahupun di bahagian bawah.

Semalam, aku pergi berurut. Lama gila aku tak pergi. Alang-alang, hantar mak aku pergi berurut, aku tibai sekali :D.

Dari kaki,punggung (bagi punggung bulat), pinggang, tetek buah dada(mantap?) sampai ke kepala dia urut. Memang sangat puas hati.

Bertempat di Rantau Panjang, Klang. Ikut suka nak bayar berapa. Aku bayar anggaran RM20-30. Orang indon yang urut. Ada gak mandi lulur. RM 50 sekali dengan urut...Murahkan?

Masa minah indon ni urut, aku cakap pinggan aku sakit dan perut aku banyak angin. Dah muncit tahap mengandung 3 bulan. Minah tu pun ketuk-ketuk perut aku. Dia cakap memang banyak angin. So dia fokus kat perut.

Lepas selesai urut, dia bagi aku air hijau. Kalau dulu pil (bila kencing keluar air hijau), kali ini lain pula. Dia bagi aku air. Habiskan satu mug.

Kesannya, hari ini aku asyik keluarkan angin. Di bahagian bawah lak tu keluar. Terkumat kamit aku tahan. Pergi toilet..Preeet preettt!! :D.





Hari ini rasa ringan sikit pergi kerja.

Friday, March 19, 2010

Karaoke semalam...

Nak kata keciwa tak terpilih untuk futsal kebangsaan (company), tak juga. Aku masih ada peluang tahun depan. Masih boleh mencuba. Walaupun umur pada ketika itu agak tua. Tua ke? :P. Tulang pun bunyi keletak keletuk dah agaknya.

Tak jadi ke futsal, aku berkaraoke :D. Dah lama tak jejak kaki ke karok, so apa lagi. Sebelum sampai, kemain lagi duduk fikir nak nyanyi lagu apa... Padahal tiap kali pergi, mesti aku tak bernyanyi sangat. Dalam kereta boleh la jerit sorang-sorang. Bila karok, perasaan malu tapi mahu menguasai diri. Hampeh!

Semalam aku berjaya (tak berjaya sangat sebenarnya) nyanyi lagu :

1. Wali band : Cari jodoh ~ boleh bawa walaupun semput sikit. Tapi, bila masuk part "aku yang sudah malu pada teman-teman ku, ku tak laku-laku", agak sentap gak la.


2. Aizat : lagu kita~ lagu ini boleh bawa sampai habis. Tangkap leleh~


3. Jamal Abdillah : Kamar hatiku ~ Resah hatiku, merinduimu..terbayang-bayang senyuman dan tawamu...Suara aku tak garau macam jamal, tapi macam suara mak nobita adalah.


4. Ungu : sejauh mungkin ~ lagu ini pun aku bawa sampai habis. Sebenarnya lagu ini banyak membantu aku. Pulihkan, semangat aku. Sebab aku kena buang jauh-jauh, seseorang dari hati aku. Oh! Mendengar lagu jiwang adalah salah satu terapi untuk saya ya!


5. Dondang-dendang : Noraniza Idris dan CT~ berduet dengan kawan aku. Tapi lagu ini sangat tinggi. Aku mana boleh bawa weh!!


6. Jangan ada dusta di antara kita : Broery Marantika dan Dewi Yull ~ tak sampai separuh pun nyanyi, aku dah jerit, next!! Tapi, bila nyanyi sorang-sorang boleh pula. Malu dengan seseorang agaknya ;).


7. Penghujung Rindu : Jamal Abdillah ~ yeah berjaya bawa habis!! Lagu fav ni dek non!!


8. Dan : Son7 ~ nyanyi sama-sama dengan seseorang.


Cuba korang kira, berapa banyak lagu artis perempuan aku nyanyi? :D


Dialog aku bersama seseorang suatu ketika dulu:

Aku : Macam mana I nyanyi ok tak?

Seseorang : bolehla. Nak kata tak sedap kang terasa pula...

Aku : Ala cakap la..sedap ke tak!! (saja buat-buat gertak).

Seseorang : okla.. macam line-line nasyid gitu...


Eh, dulu aku memang wakil nasyid sekolah peringkat negeri ok!