Monday, March 22, 2010

Sri Mersing lagulah melayu..di bawa lah oleh~

Cewahh nyanyi pula aku..serius sampai sekarang masih terngiang-ngiang lagu Sri Mersing, gurindam jiwa dekat telinga aku ni. Yes!! Akhirnya aku dapat tengok Sri Mersing!! Terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa yang bertungkus lumus membawa aku ke Istana Budaya.

Dapat tengok Adiputra punya badan!! Muahahaha...gelak syaitonnnnnn...OK tak kelakar. Itu tak sopan namanya..

pict google-ed : berita harian

Untuk pertama kalinya, tidak berbekalkan camera ke Istana Budaya *tsssk nangis

Owh, dari awal sampai akhir, Dada Adipuutra jelas kelihatan :D. Apa kes aku duk cerita dada Adiputra kan? Ni bukan tengok teater, ni tengok Adiputra namanya! :P. Yang pasti aku suka sebab dada tiada bulu...kikikikik *nakal.

OK sambung. Teater ini boleh dikategori best! Teater yang penuh dengan elemen-elemen klasik dan melayu lama. Masih mengekalkan ke'tradisional' annya. Masih tidak melupakan lagu-lagu melayu, gurindam jiwa..

"Apa?! Anak Mersing makan orang kah?! Ini anak Pahang! Kalau berani masuklah!" . Antara dialog yang aku jadi seorang yang tak sopan masa ini. Tetiba aku tepuk tangan, pastu aku cakap feewitt.. Gila apa? Selambe aku jerit macam tu :D. Peduli apa dengan orang sebelah. Bangga jap jadi anak Pahang. Hahaha!

Suara Elly Mazlin yang lunak dan suara Adiputra yang nampak kejantanan sangat memukau. Rasa nak berdiri tepuk tangan! Aku ni, kalau tengok benda yang aku suka, macam ni lah aku. Tak sopan jadinya :D. Bila-bila masa boleh buat kelakuan yang di luar jangkaan. Nasiblah siapa ber'wakwe'kan aku..hihihi.

‘Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, Dagang Pak Malau dagang berlipat, Dagang saya musafir lalu”. Antara dialog yang paling dapat tepukan gemuruh oleh semua penonton. Termasuklah aku (yang sekali lagi membuat kelakuan di luar jangkaan :D). Nak tahu apa? Aku jerit..weeewiitt cayalah! :D. Aku tak tahu orang depan dengar ke tak.. Masa Adiputra sebut je perkataan ini, terus aku membayangkan filem melayu dahulu. Hebat bukan?

Lagu-lagu, tarian..semua aku suka. Semua membuatkan aku teringat pada kelas tarian yang pernah aku join dulu. Hanya 2 bulan. Tapi aku sempat belajar tarian seperti tarian dalam teater Sri Mersing. Haih!! Sungguh rindu.

Sambung. Hati aku tersentuh bila Elly Mazlin jerit "Damakk..damak...abg Damak!!!"... Gila!! Luluh hati aku!! Siap leleh beb! Hihihihi Tangkap feeling-feeling hindustan lak aku :D.

Pengajaran : Setianya Sri Mersing sampai tidak berkahwin dengan sesiapa. Cintanya hanya seorang, abg Damak.. Owh..syahdu~~~

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga


5 comments:

.::WaNiE::. said...

hehehe

adiputra itu ensem kan

hahaha ooo boleh ke fokus kat tempat lain selain dada adiputra??

haha nakaaalllll

mushy shizzy gina said...

trust me..dada dia cam cacat sedikit! hakhakhak

Bai said...

WaNie : hahaha sangat hen!! walaupun dia semakin tua :P..

tempat lain? hohohohoh pls pls jangan nakal!! :D

Bai said...

MSG : gilak ko! Ko tengok sampai ke situ ? clear sungguh matamu :P

Anonymous said...

tggu la cmne pon kat pinrtu syorge tu..klu da x kawen mmg da xle nk jmp la kat syurga.ingt bini ke??seri mersing ni x blajar agama lg time ni kot..kesetiaan yg xle dipakai=p