Friday, March 5, 2010

Bila mata asyik pandang coding, data, testing dan diri ini pergi meeting tapi tak paham...

Ha lantak korang la fikir aku kerja apa? Itu skop kerja aku..Hahahaha! *gelak jahat. Korang perasan tak entry aku tak sengancam dulu? Macam dulu ngancam sangatlah? :P

Lately ini mata aku letih gila. Sangat! Kalau tak ada aktiviti malam, sure aku tidur pukul 9.00 malam sampai ke pagi :D. Mata pun macam panda dah. Tiap kali balik sure aku rasa nak letak ais kat mata aku. Nak rehatkan mata. Nasib baik badan aku tak jadi macam kungfu panda. Kalau tak aku golek-golek je badan aku sampai ke office :D. Keji tak?

Ada petua ke nak rehatkan mata?

Yang pasti aku nak pergi jalan-jalan. Tapi bukan ke shopping mall atau tempat penuh dengan orang. Tapi sekarang ini, semua tempat penuh dengan orang. Korang nak tahu apa yang aku nak? Aku nak tengok kehijauan!!


Broga Hill, Semenyih. Korang dah pergi? Best ke?

Sudah plan mahu ke mana..tapi tidak tahu jadi atau tidak...Kita yang merancang, tuhan yang menentukan! Cewahhh...Biasa la mana tahu last minit ada program lain pula kan?


Letih mata ini boleh membuatkan aku tak ada idea untuk menulis!!

*pictures google-ed

4 comments:

mrs shaifull said...

bai, b4 nak p bercuti, ni tips ala2 dr kmiza, ambik uncang teh yg dah guna, letak dlm peti ais, bila nak bumm letak lah 1/2 hour, bila dah nak terlena tu buanglah :) insya-allah

Byzura Mj (By) said...

CT NORAMIZA : mana ok dari timun kak? huhuhuhu ;( teh by tak cuba lagi...

nanti by cuba..thanks kak

Mag said...

aku suke letak timun..teh pernah try..mcm xsyiok

Byzura Mj (By) said...

f.f : timun aku pernah letak..memang best!!