Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Monday, August 16, 2010

Pagi ini adalah pagi yang hebat!

Tengok nak masuk jalan ke office dah sesak. Tu belum korang tengok jalan yang aku hadapi dari Puncak Alam ke Office. Fewwwh~ Aku rasa tobakk. Tau tobak?



Pagi tadi, after sahur.. aku tak tidur. Kalau, tidur sure terbabas. Tak pasal aku kena ambil EL atau MC :D. Tapi, dalam hati ada gak nak buat macam tu tadi. Hahaha!


Layan Syahadah dengan kakak aku. Best Syahadah tahun ni, pergi India. Memang selalu layan Syahadah, sebab suka tengok cara umat Islam lain berpuasa. Tapi, bila picit TV3, rasa mual-mual lak tengok Nur Kasih. Berapa kali nak ulang da~ Mebi aku dah layan banyak kali kat laptop aku dulu. Tu yang mual tu. Hihihi. Salahkan ulangan pulak *lempang laju-laju*.


Pukul 6 pagi dah bersiap-siap. 6.20 pagi aku dah panas enjin. Sampai je dekat Kayangan Height. Damn! Jemmmmm sampai federal, sampailah ke office. Nak tahu aku sampai pukul berapa? Pukul 8.30 pagi brooo...


Itu belum campur masa aku mendaki tangga dari level 5 ke lobi. Daki ya mendaki. Lift lambat. Sampai lobi dah cungap-cungap. Nasib baik ingat puasa. Kalau tak dah lama aku singgah cafe. Oh laksam! *tetiba*


Ha itu masa mendaki. Belum campur masa aku pergi tandas cangkung..


Nak dekat pukul 9 pagi gak la aku baru dapat duduk kat kerusi comel kesayangan ni.



p/s : kejap lagi aku nak buat entry makan-makan. Matilah meleleh airliur korang baca. Bukan korang je termasuk aku sekali.




.:. By .:.

Friday, June 11, 2010

Pedepeeekkk . good try bebeh!!

Pagi tadi. Tengah drive, mata aku pun layu-layu lagi. Macam nak tutup lagi. Tapi, tak boleh sebab KL tengah banyak kereta. Nanti berlanggar pula. Tapi, kalau ada mamat macho dekat sebelah sure mata bukak punya. Ni tak, semua apek-apek tua pergi kerja. Mana pergi mamat macho? EH.

Pedepeeeeekkk!! Terus mata aku terbukak luas..Dem!!!!


-
-
-





-


Ikut tepi sebab nak ambil gambar ^_^. Nampak? Tahi burung!!! Dan dan pulak, air wipper kereta aku habis. Huk huk huk huk. Saja ko ya burung?? Kereta aku ko pilih?

Tak pe. Tak pe. Ada hikmah. Heh. Hikmahnya aku perlu cuci kereta setelah sebulan tak cuci :D.


.:. By .:.

Friday, March 5, 2010

Bila mata asyik pandang coding, data, testing dan diri ini pergi meeting tapi tak paham...

Ha lantak korang la fikir aku kerja apa? Itu skop kerja aku..Hahahaha! *gelak jahat. Korang perasan tak entry aku tak sengancam dulu? Macam dulu ngancam sangatlah? :P

Lately ini mata aku letih gila. Sangat! Kalau tak ada aktiviti malam, sure aku tidur pukul 9.00 malam sampai ke pagi :D. Mata pun macam panda dah. Tiap kali balik sure aku rasa nak letak ais kat mata aku. Nak rehatkan mata. Nasib baik badan aku tak jadi macam kungfu panda. Kalau tak aku golek-golek je badan aku sampai ke office :D. Keji tak?

Ada petua ke nak rehatkan mata?

Yang pasti aku nak pergi jalan-jalan. Tapi bukan ke shopping mall atau tempat penuh dengan orang. Tapi sekarang ini, semua tempat penuh dengan orang. Korang nak tahu apa yang aku nak? Aku nak tengok kehijauan!!


Broga Hill, Semenyih. Korang dah pergi? Best ke?

Sudah plan mahu ke mana..tapi tidak tahu jadi atau tidak...Kita yang merancang, tuhan yang menentukan! Cewahhh...Biasa la mana tahu last minit ada program lain pula kan?


Letih mata ini boleh membuatkan aku tak ada idea untuk menulis!!

*pictures google-ed

Thursday, October 1, 2009

Berita baik ke ntahlah..

Ingat tak entry ni? Berita baik yang pertama is personal :P. Hanya terdekat je lah tahu perasaan aku macam mana.. Gembira, takut, gabra semua ada. Sebab ni lah pertama kali aku lalui. Dah lupakan! :P


Berita baik yang kedua, ni pun aku tak tahu nak cerita atau tak. Bukan berbangga ke apa.. Tapi, nak luahkan rasa hati yang tengah gundah gulana ini. Haritu meeting, ada structure baru. Aku adalah salah yang tercalon atau di ambil secara rawak? oleh AGM aku.. untuk menjadi leader (ntah lah sebenarnya tak suka membahasakan sebagai leader).


Aku bukan apa susah nak manage orang ni..Yelah hati orang kan? Kita mana tahu, orang suka atau tidak kat kita. Erm, lama aku berfikir. Macam nak letak jawatan pun ada. Sebab aku ni very shy (ye ke? auw!!). Lagipun aku susahlah nak arah-arah orang ni.


Tapi bila difikirkan balik.. Dulu, Tuhan pernah kasi aku jawatan sebegini. Kali ini, DIA bagi lagi. Mungkin DIA merencanakan sesuatu yang baik kat aku. Siapa tahukan? :D


So keputusannya aku kunci lirik ini! aku terima dengan hati yang terbuka dan berdoa pada Tuhan, supaya aku dapat hadapinya dengan tenang, tabah dan sabar :).



Cik By