Tuesday, March 30, 2010

Ice skating dan menonton 3D...

Kan aku dah cakap, aku tak pandai main..dah tercampak gigi besi aku :D. OK TIPU. First time aku jejak kaki ke Ice Skating, Sunway Pyramid.

Mula-mula, biru juga la muka nak pakai kasut tu. My BIL siap gelak-gelakkan lagi. Serius hampeh. Dia suruh aku jalan-jalan dulu kat tempat biasa. Aku cakap, tempat biasa boleh la. Cuba kat dalam,tengok! Licin nak mampos. Dia gelak lagi. OK tak kelakar bagi aku. Sebab, hati aku sedang gundah gulana. Hahaha!

Bermulalah episod masuk ke kandang Ice Skating. Pergh, sangat licin. Aku pegang je kat dinding-dinding. Jalan-jalan, pastu berhenti. Jalan, berhenti lagi. Sampai ada orang kat belakang aku push aku suruh jalan dan jalan. Tak tahu, aku tengah ketar lutut. Jangan haraplah aku nak lepaskan tangan dari dinding. Sure tergolek macam nangka busuk!

Sedar tak sedar, dah jauh aku jalan. Nina ntah ke mana dah. Ada budak laki ajar dia. Last-last aku tengok, Nina dah pandai. Aku? Masih pegang dinding :D. Nak patah balik dah jauh :(. Nak taknak aku teruskan 1 round.

Sampai suku dari tempat mak aku, ada seorang jejaka ambil aku. Kaki aku dah sakit, sebab duduk mengeras je kat situ. Hahaha! Harapan lah aku nak lepaskan dinding tu. Takut!

Tengok muka gembira bila sampai kat tempat mak aku duduk. Siap mak ambil gambar, gembira tengok anaknya sampai ke garisan penamat. Hahaha!

Main tak semena. Tapi bergaya perlu mak!

Bergaya lagi walaupun tak pandai. Lantaklah orang cakap aku jakun :D.


Lepas main Ice skating, pergi pula tengok wayang dengan 2 orang anak buah aku. Lain, aku suruh wondow shopping. Nak belanja mahal! Sebab, 3D. Hahaha! Gila keji.

Suci antara yang jakun untuk menonton 3D.

"Adik lupa lah nak bawa spek...adik pinjam tok unye.."

"nak buat apa pinjam tok unye(punya) spek.."

"ichu kan cakap aritu, adik kena pakai spek.."

"haish..nanti dia bagi la..bukan spek itam tok tu.."

OK dia salah faham rupanya :D.


Tengah-tengah tengok cerita, Suci duduk buka-pakai spek 3D. Tak paham aku. Agaknya, dia nak tengok perbezaan kot. Malas aku layan :P.


Orang nak bergambar dia pun nak gak! Tengah tunggu BIL ambil, rupanya diaorang dah ke ioi mall, Puchong. Agaknya sengal buntut dah tunggu kitaorang.

Akhir kata, kata penonton yang telah disponsor oleh pihak penaja. BEST 3D ampak(nampak) dragon gemokk..

Kenapa ntah, Suci ni suka perkataan gemuk. Agaknya taste dia memang yang berisi kot (^ 0 ^)

6 comments:

mushy shizzy gina said...

aku dah agak dah..aritu dia(uchi) usha aku lebey2 plak hahahah

Bai said...

MSG : hahaha tu la..duk jeling jeling kan?

Lynda said...

aku ingt g ngan eyrul kat sini dulu

fabulous.farah said...

cantik ah baju..mak suka..mane ade ko gemuk bai..aku sekeh kang..hahahah

Bai said...

Lynda : ko dating ke apa ngan eyrul?

Bai said...

f.f : terima kasih~ :)..hehehe gemok pipi :P