Friday, March 19, 2010

Karaoke semalam...

Nak kata keciwa tak terpilih untuk futsal kebangsaan (company), tak juga. Aku masih ada peluang tahun depan. Masih boleh mencuba. Walaupun umur pada ketika itu agak tua. Tua ke? :P. Tulang pun bunyi keletak keletuk dah agaknya.

Tak jadi ke futsal, aku berkaraoke :D. Dah lama tak jejak kaki ke karok, so apa lagi. Sebelum sampai, kemain lagi duduk fikir nak nyanyi lagu apa... Padahal tiap kali pergi, mesti aku tak bernyanyi sangat. Dalam kereta boleh la jerit sorang-sorang. Bila karok, perasaan malu tapi mahu menguasai diri. Hampeh!

Semalam aku berjaya (tak berjaya sangat sebenarnya) nyanyi lagu :

1. Wali band : Cari jodoh ~ boleh bawa walaupun semput sikit. Tapi, bila masuk part "aku yang sudah malu pada teman-teman ku, ku tak laku-laku", agak sentap gak la.


2. Aizat : lagu kita~ lagu ini boleh bawa sampai habis. Tangkap leleh~


3. Jamal Abdillah : Kamar hatiku ~ Resah hatiku, merinduimu..terbayang-bayang senyuman dan tawamu...Suara aku tak garau macam jamal, tapi macam suara mak nobita adalah.


4. Ungu : sejauh mungkin ~ lagu ini pun aku bawa sampai habis. Sebenarnya lagu ini banyak membantu aku. Pulihkan, semangat aku. Sebab aku kena buang jauh-jauh, seseorang dari hati aku. Oh! Mendengar lagu jiwang adalah salah satu terapi untuk saya ya!


5. Dondang-dendang : Noraniza Idris dan CT~ berduet dengan kawan aku. Tapi lagu ini sangat tinggi. Aku mana boleh bawa weh!!


6. Jangan ada dusta di antara kita : Broery Marantika dan Dewi Yull ~ tak sampai separuh pun nyanyi, aku dah jerit, next!! Tapi, bila nyanyi sorang-sorang boleh pula. Malu dengan seseorang agaknya ;).


7. Penghujung Rindu : Jamal Abdillah ~ yeah berjaya bawa habis!! Lagu fav ni dek non!!


8. Dan : Son7 ~ nyanyi sama-sama dengan seseorang.


Cuba korang kira, berapa banyak lagu artis perempuan aku nyanyi? :D


Dialog aku bersama seseorang suatu ketika dulu:

Aku : Macam mana I nyanyi ok tak?

Seseorang : bolehla. Nak kata tak sedap kang terasa pula...

Aku : Ala cakap la..sedap ke tak!! (saja buat-buat gertak).

Seseorang : okla.. macam line-line nasyid gitu...


Eh, dulu aku memang wakil nasyid sekolah peringkat negeri ok!

7 comments:

*Dak kecikkk* said...

Bai,anda telah di tag..
sila terjah ke belog saya ye.:)

Lynda said...

nasyid 1K4

Byzura Mj (By) said...

Dak kecikkk : tag? huhuhu baiklah~ tunduk mengalah :D


Lynda : itu sekolah menengah sampai kelas je...sekolah rendah ada gak

Khairul Onggon said...

patutlah KL ujan lebat semalam ehekkk.. jgn marah gurau jerr.. :) hehehe..

Mak Su said...

salam ziarah :)

maksu kalu karaoke suka in group...sebab takut terlebih sumbang, ahaks

Byzura Mj (By) said...

Kal Jis : hahahaha! tu la suara sumbang dah kelua..tp ok gak..takde la panas kan? :P

Byzura Mj (By) said...

Mak Su : hahaha! oh mana aci! boleh cover la mcm tu..hehehehe