Thursday, March 11, 2010

kesian mulut itu....

Mulut busuk itu
mengejek
menghina
mencerca
mencari siapa silap
jelajah segala kekurangan
lalu tersenyum puas

Mulut lancang itu
mengumpat
mengutuk
mengata
memfitnah
tanpa sebarang asas
yang jitu dan jelas
lantas tertawa senang

Kemana dia pergi
mulut jahat itu selalu menyongsong
tak pernah tercicir langsung

Singgah di laman orang
jadi tetamu tak diundang
siap maki hamun macam mulut jalang

Bertandang dirumah orang
sah tak ada kerja
mencaci mencerca
lagak macam dia yang menyara

Adakah mulut itu sedang berdakwah
mengapa meletak taraf begitu rendah

Adakah mulut itu sedang berceramah
mengapa bongkak tak tahu berhikmah

Adakah mulut itu sedang menasihat
mengapa dahsyat penuh hasad

Kesian mulut
Selagi nyawamu dikandung badan
selagi tanahmu belum menelan
selagi tuanmu macam syaitan
selagi itu kau mengikut arahan
walau tak ketahuan
tak tahu asal tujuan

kesian...

jiwa sendiripun tak keruan
badan sendiri pun tak ketentuan
sanggup merempat mencari bahan

Mengintai ke sana
Mengendeng ke sini
Entah siapa lagi jadi sasaran.


untuk renungan~ memang kerana mulut busuk badan binasa...

copy from model-80an

6 comments:

ita cutevirus said...

bagus la puisi ni... cam terkena ngan manusia² durjana itew..

mrs shaifull said...

hehehe sapa yg mkn cili dia lah rasa pedas kan bai? :)

Mag said...

huhuhu..kenapa ni bai?

Byzura Mj (By) said...

ita cutevirus : yerp :D

Byzura Mj (By) said...

CT NORAMIZA : jangan monyet jangan...hahahaha :D

Byzura Mj (By) said...

f.f : renungan je...tp bak kata kak CT NORAMIZA siapa makan cili dia yang rasa pedas :)