Showing posts with label istana budaya. Show all posts
Showing posts with label istana budaya. Show all posts

Friday, December 6, 2013

Lawak ke der? 3

Hai.


2 hari lepas, pergi ke Istana Budaya tengok Lawak ke der? 3. Lama rasanya tak jejak kaki ke IB, tetiba terasa gatal kaki nak pergi. Hehehehe. Last rasanya ombak rindu kot. Masa aku pregnant-kan Faris. Lamakan? Sekarang Faris dah 1 tahun 8 bulan.


Macam biasa, mak offer jaga Faris =D. Haih semenjak dua menjak ini asyik bagi chance je kat kitaorang dating. Ada apa-apa ke mak? =P. Faris pula ok je kalau ditinggalkan. Langsung tak hirau aku. Amboi kemain ko ada tok ya. Takpe-takpe. Bagi chance mama dan abah dating. Good boy sangat kerana memahami. Hakhakhak. Eh gelak ada makna =P.


Ok lawak ke der? 3 kali ini ada Nabil, Douglas, Harith Iskandar dan Jambu. Masa aku pergi ini adalah malam pertama lawak ke der? 3.



Tengok laki aku. Kemain happy kau bang dapat tengok Lawak ke der?. Laki aku ini memang suka tengok lawak-lawak ini. Kalau ajak dia tengok Puteri Gunung Ledang...dia layankan juga... dia layankan......... tidur dalam IB. Hahahaha.



Kami. 


Macam biasa, host dia mestilah Nabil. Nabil, biasa je..ada je lawak dia tu. Jambu pun so-so. Kenape Jambu macam dah tak ada idea? Maybe malam first kot eah. Sebenarnya agak hampa sikit sebab Jambu tak menyengat sangat. Aku suka Jambu nak nak Yus =D. 


Haris Iskandar? Pun sama. Agak kekurangan idea. Aku sukalah juga layan lawak dia, sebab lawak educated. Tapi, kalau orang jenis tak paham sindiran-sindiran dia, orang akan blur tak ketawa. Hehehe.


Dan last Douglas. Aku selalu tengok Daouglas dekat super spontan. Kali ini kat Lawak ke der? 3. Dia sorang-sorang. Memula itu terfikir...apalah budak cina ini nak melawak. Tetiba dia start, mak aiii sampai habis aku gelak tak berhenti. Sakit otak ok duk gelak. Memang terbaik Douglas!! Keep it up ok! Support you =D. Oh ya. Masa akhir persembahan dia menyanyi lagu. Mak aii best suara! Tak sangka pelawak berbangsa cina ni ada bakat! Keseluruhan Douglas paling best! Hehehehe.



Ok sesiapa nak tengok, masih ada masa. Hari ini dan esok dan. Tiket? Aku tatau la ada lagi ke tak. Hehehe.



Barisan pelawak.


Dan last aku selitkan gambar booth kat luar. Boleh lah sesiapa nak beli buat kenangan. 



Itu sahaja. Harap lawak ke der? 4 kekalkan Douglas. Hehehe. bye!



+ By +

Tuesday, November 15, 2011

Badai Semalam 11.11.11

Yeah nak kembali sikit-sikit untuk terus menulis. Bukan malas. Tapi, atas kesihatan tertentu terpaksa berhenti mengarang kejap. Just blog walking je.


Ni cerita 4 hari lepas, pergi tengok teater Badai Semalam. Tiket dah lama dibeli oleh adik manes, Iz. Selalunya dia roger atau pun aku roger kalau-kalau ada teater baru.


Rasa, ramai kot menggelupur sebab Abang Aaron memegang watak sebagai Karim kan? Rasanya melalak-lalak korang kat twitter nak pergi :P. Hihihi.


Teater ni adalah cerita dari novel, Badai Semalam. Tak pernah baca novel ni. Tapi, nak dekat tengok teater ni adalah review sikit-sikit. Baca mukasurat depan, tengah dan belakang. Itu pun baca online :D. Sebab novel tu tak dapat di cari. Huhuhu.


So masa sampai tu adalah tercari kot kot ada jual ke tak novel ni... rembat 1 untuk kenangan :).

Mak buyung bersama rakan-rakan taulan.


Malas nak review panjang lebar sangat. Kalau nak details pergi tengok! :P.

oklah oklah. Kita just review watak best nak? For me, watak abang Aaron (disukai ramai) boleh dibanggakan. Sebab menjadi perangai 'sengal' dia dalam teater ni. Paling best masa disco dance. Sampai naik tocang wak Ajim tengok. Hahaha. Duk praktis kat rumah. Oh no no no!


Kedua, watak Emelda..isteri Adlin. Kelakau habis perempuan ni.


Dan yang ketiga Jasmin Hamid. Buat orang menjerit dalam pagung sebab ada part dia naik atas badan atas abang Aaron yo!! hahaha. Makcik semua menjerit sakan! :P



so far, keseluruhan teater ni so-so je. Nak kata best pun tak. Tak best pun tak. oh ya! Tempat duduk kitaorang adalah berdekatan dengan Diana Halik (wife AA)! Sangat gojes!! Umur sama dengan haku, dah ada anak..badan sekeping! huhuhu jeles tau! Sweet tau korang!



p/s : Abg fiz kena study lagi. Nak nak part nyanyi lagu tu. Nganga skit mulut. Tapi dengar, abg Fiz sakit gigi ya!!


Dah rasa macam kaku menaip sebab lama kot tak mengarang :P dah tu je. Babai.


Friday, October 1, 2010

Gabungan Erra Fazira, Zizan dan Esma Daniel.

Kali ini perasaan sangat mendebarkan untuk menonton teater. Mana taknya, macam-macam cerita di war-warkan untuk teater Tun Mahathir The Musical. Boleh buat hati merundum taknak tengok. Bukan sahaja cerita diwar-warkan, tetapi pada mulanya juga hati sudah tidak begitu ghairah pabila mendengar nama-nama pelakon yang diumumkan di akhbar. Kecuali nama Zizan -_-".


Setelah masuk ke panggung. Perasaan menjadi ghairah. Eh boleh? Sebabnya tempat duduk adalah barisan kedua... Di hadapan sekali!!!! Boleh melihat segala jerawat batu artis, sukakkk!!!



OK sambung. Kalau difikirkan watak-watak yang dipikul bukanya senang untuk dilakonkan. Nak-nak mengisahkan kisah Tun Mahathir. Tetapi, jujur aku katakan,teater ini berjaya dari penyampaian teater Natrah. Message yang disampaikan agak berkesan. Tidak kisahlah tentang politik pun, kita tetap kena tahu perjuangan beliau.


Teater ini mengisahkan tentang kisah Tun masih kecil hinggalah beliau meletakkan jawatan. Bilamana aku tahu tabiat beliau, yang suka baca buku. Kemana-mana berkepit dengan buku, best student, padanlah dia layak menjadi Perdana Menteri. Bukan itu sahaja beliau juga tegas dalam segala hal dan lantang menegakkan sesuatu. Oh kagum!


Itu kisah perjalanan beliau dari segi karier. Tapi, dalam teater ini diselitkan juga kisah percintaan beliau dengan Tun Siti Hasmah. Kalau sesiapa yang pernah mendengar sendiri cerita percintaan beliau pasti akan tahu sejauh mana kebenarannya.


Masih ingat lagi, aku pernah pergi ke Majlis berkaitan dengan Wanita di Kelab Shah Alam. Pada masa itu, Tun Siti Hasmah juga ada. Beliau tidak segan silu menceritakan bagaimana beliau berjumpa Tun Mahathir. Seperti dalam teater ini, jujur aku katakan kisahnya sama seperti mana Tun Siti Hasmah cerita!! Perwatakan Tun Mahathir yang sweet, agak malu... sama!!


Kalau mereka share gambar beliau masa muda dalam teater ini sepertimana di sharekan di majlis itu, mesti lagi best! Mungkin itu private. Tak boleh disharekan sebarangan.

Salah satu barangan milik Tun yang disharekan. Surat yang membuktikan beliau pernah berkhidmat di Hospital Kerajaan.


Ok done pasal review teater TMTM.


Jom kita review artis yang melakonkan watak ni =D.


Jalaluddin Hassan.

Ayah kepada Tun Mahathir. Owh sungguh berkaliber! Suaranya agak tersekat-sekat. Tak pasti adalah masalah sound microfon atau memang suara beliau. Tapi, aku suka lakonannya... Dia tak romantik hokeh dalam teater ni! =D.


Budak kecik yang comel.

Aku lupa nama dia. Memegang watak Tun Mahathir waktu kecil. Pandai berlakon, pandai memikul watak, pandai buat mimik muka Tun. Geram rasa macam nak buat adik angkat. =P.


Zizan.

Owh my sweetheart! Bahahaha.

OK serius. I want to say wow! Loghat kedah no!! Senyum je. Ades. Tiap kali dia datang depan aku, aku berdebar. Wakakaka. ok-ok =D. Dia melakonkan watak sebagai Tun zaman remaja. Pandai dia berlakon. Pandai menggayakan how sweet Tun Mahahir. Tak kaku, tapi aku nampak jari dia ketar. Mungkinkah dia bedebar?


Erra Fazira dan Esma Daniel.

Samakan?

Erra Fazira adalah biasa-biasa sahaja. Bab kelembutan menjadi. Sebab, Tun Siti Hasmah pada dasarnya pun tuturkatanya lembut.


Esma? Owh masa ni hati tak excited nak melihat dia berlakon. Tapi, bila dah start. Nah! Jalannya, cakapnya sebijik Tun Mahathir. Mesti dia study gila-gila watak ni. Bukan senang, bukan senang....


Lain-lain ok. Tapi, silalah ramaikan pelakon.



Tapikan, Lagi best ermmmmmm... Aku nak suggest someone untuk tambahan pelakon teater ini...



























Wakakakakka!! Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


I love U Mahathir!!!



Airmata yang jatuh pada hari peletakan jawatan beliau adalah kenangan buat aku untuk selamanya!!


Last, pergilah menonton. Tak akan sia-sia jika pergi. Teater ini dilanjutkan sehingga 9 Oktober.

.:. By .:.

Wednesday, July 28, 2010

Cuci The Musical 2

Semalam pergi tengok teater Cuci The Musical 2. Kempunan yang dulu tak dapat tengok...erm..apa yang nak cakap pasal teater ni..erm...

Wa cakap lu, rugi lu tak tengok!!!! Gila gelak memanjang. Sampai sakit urat otak wa.



Walaupun AC Mizal tak ada, Nabil juga setanding sebagai pengganti. Agak spastik lakonan Nabil. Namun, dia adalah penyeri. Aku rasa ada adegan spontan dia. Sampaikan Hans dan Awie sendiri tergelak sampai tutup mulut dan pandang ke belakang. Lawak gila diaorang ni.



Lakonan Awie juga penyeri. Lembut-lembut gitu. Pandai gak dia berteater eh? Lakonan Aflin jangan cakap lah. Memang dia pak lawak pun. Besar gila perut dia heh.


Adegan spontan dari Nabil dan Awie sangat mencuit hati. Boleh tengah-tengah berlakon, diaorang berinteraksi dengan penonton. Memang sempoi.


Hans pulak suara agak garau. Tapi dia henseeeeeeeemmm wa cakap lu. Aku dah tersengeh-sengeh tengok Hans. Nak-nak bila dia peluk Vanida tu. Peeewit!!!


Dan rasa macam.....

Nak peluk orang sebelah. Heh gatai!


Kali ni membawa K yang lain. Hahaha. Nasib baik tak diganti dengan Dato' K. Heh.


Vanida memang berbakat. Siap berhiphop. Perut dia tak nampak*jeles*. Masih bergetah! :D


Empat orang ni memang serasi bersama. Gelak memanjang. Food massage kata Nabil. Hahaha!


Penamat. Walaupun 4 jam. Berbaloi gila bagi aku. Nasib baik tak putus urat gelak.


Barisan artis yang terlibat. Jac pun ok. Bab rambut kembang tu tak tahan.


Totally sangat menghiburkan hati dan puas hati!


.:. By .:.

Friday, April 23, 2010

Teater Tun Mahathir, siapa gerangan heronya?

Hihihi saja je aku nak gedik buat entry ini. Korang tahu, nanti ada Teater musikal Tun Mahathir?Pastilah aku nak tengok!! Aku suka Tun!!

Gambar ini, pasti akan lebih hangat daripada entry Dr. SMS. Aku sahaja bikin panas. Hahaha! *keji. Aku pernah tunjuk gambar ni kat dalam blog. Tapi mungkin pengikut korang tak perasan sebab, dekat entry lama.




Hihi panas tak? Masa ini umur aku baru ye baru... 22-23 tahun. Slim je. Memang macam tengkorak hidup :D. Pakai baju pun selebehhhhhhh~ Bontot pun tak ada ^_^.


OK. Sekarang ini tengah ada audition dekat Istana Budaya. Siapa yang berangan nak jadi pelakon teater boleh lah serbu ya.

Nak tengok aku calonkan siapa? hihihihi*gedik*


*pict google-ed

1. Akim Af.
Aku calonkan untuk Tun masa kecil :D.


*pict google-ed

2. Faizal Tahir.
Aku calonkan untuk di masa remaja + dah kahwin bagai. Hihihi. Aku pilih Faizal sebab dia mempunyai suara lantang dan dia seorang yang tegas!



dan Tun di masa tua..










*pict google-ed

Pastilah jejaka malaya, Dato Rahim Razali



Amacam cara tak pilihan aku?

Ada ke orang calonkan Farid Kamil?? ^_^



.:. By .:.

Monday, March 22, 2010

Sri Mersing lagulah melayu..di bawa lah oleh~

Cewahh nyanyi pula aku..serius sampai sekarang masih terngiang-ngiang lagu Sri Mersing, gurindam jiwa dekat telinga aku ni. Yes!! Akhirnya aku dapat tengok Sri Mersing!! Terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa yang bertungkus lumus membawa aku ke Istana Budaya.

Dapat tengok Adiputra punya badan!! Muahahaha...gelak syaitonnnnnn...OK tak kelakar. Itu tak sopan namanya..

pict google-ed : berita harian

Untuk pertama kalinya, tidak berbekalkan camera ke Istana Budaya *tsssk nangis

Owh, dari awal sampai akhir, Dada Adipuutra jelas kelihatan :D. Apa kes aku duk cerita dada Adiputra kan? Ni bukan tengok teater, ni tengok Adiputra namanya! :P. Yang pasti aku suka sebab dada tiada bulu...kikikikik *nakal.

OK sambung. Teater ini boleh dikategori best! Teater yang penuh dengan elemen-elemen klasik dan melayu lama. Masih mengekalkan ke'tradisional' annya. Masih tidak melupakan lagu-lagu melayu, gurindam jiwa..

"Apa?! Anak Mersing makan orang kah?! Ini anak Pahang! Kalau berani masuklah!" . Antara dialog yang aku jadi seorang yang tak sopan masa ini. Tetiba aku tepuk tangan, pastu aku cakap feewitt.. Gila apa? Selambe aku jerit macam tu :D. Peduli apa dengan orang sebelah. Bangga jap jadi anak Pahang. Hahaha!

Suara Elly Mazlin yang lunak dan suara Adiputra yang nampak kejantanan sangat memukau. Rasa nak berdiri tepuk tangan! Aku ni, kalau tengok benda yang aku suka, macam ni lah aku. Tak sopan jadinya :D. Bila-bila masa boleh buat kelakuan yang di luar jangkaan. Nasiblah siapa ber'wakwe'kan aku..hihihi.

‘Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, Dagang Pak Malau dagang berlipat, Dagang saya musafir lalu”. Antara dialog yang paling dapat tepukan gemuruh oleh semua penonton. Termasuklah aku (yang sekali lagi membuat kelakuan di luar jangkaan :D). Nak tahu apa? Aku jerit..weeewiitt cayalah! :D. Aku tak tahu orang depan dengar ke tak.. Masa Adiputra sebut je perkataan ini, terus aku membayangkan filem melayu dahulu. Hebat bukan?

Lagu-lagu, tarian..semua aku suka. Semua membuatkan aku teringat pada kelas tarian yang pernah aku join dulu. Hanya 2 bulan. Tapi aku sempat belajar tarian seperti tarian dalam teater Sri Mersing. Haih!! Sungguh rindu.

Sambung. Hati aku tersentuh bila Elly Mazlin jerit "Damakk..damak...abg Damak!!!"... Gila!! Luluh hati aku!! Siap leleh beb! Hihihihi Tangkap feeling-feeling hindustan lak aku :D.

Pengajaran : Setianya Sri Mersing sampai tidak berkahwin dengan sesiapa. Cintanya hanya seorang, abg Damak.. Owh..syahdu~~~

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga


Tuesday, March 16, 2010

Hati tak boleh tahan! Sabar By!!

Kenapa hati aku berkocak-kocak nak tengok? Kerana Adiputra tak pakai bajukah? :D...

Aduh. Sangat teringin nak menonton. Disebabkan, duit tidak memberangsangkan maka hanya pendam saja di dalam hati. Ada sesiapa nak belanja? Atau aku sendiri keluarkan duit simpanan semata-mata untuk menonton teater ini.

Aduh. Tolonglah!!

Semakin hari semakin berkocak nak tengok..

Nak-nak bila dengar Elly Mazlin nyanyi lagu Sri Mersing, lagulah melayu~~~ nak pergi 4shared jap, nak pergi download lagu Sri Mersing!!!