Wednesday, April 14, 2010

Pergi skodeng di Templer Park, Rawang...buat mak panassss!!

Terlebih dahulu, mak ucapkan ribuan terima kasih kepada para peminat berpusu-pusu menghantar sms, memberi kata-kata semangat kepada mak semalam (cewwah! Peminat pula :D). Tak lupa kepada blogger-blogger juga (walaupun ada sekerat je rakan blogger.hihihi). Mak ucapkan terima kasih. Doa kalian didengari oleh Tuhan. Alhamdulillah, mak dah discharged semalam. Heh lari tajuk pula! Nanti mak ceritakan detik-detik semalam dan result ok?

Tu dia mukadimmah :D.

Hari Ahad aritu, aku pergi Air Terjun Templer Park, Rawang. Konon-konon nak tenangkan fikiran sebelum masuk ward buat skop tu.

Aku masakkan nasi lemak sotong. Terlebih rajin pula. Malangnya aku terlupa langsung nak snap :D. Terima kasih kepada yang memuji.

Mula-mula, aku pakai jeans. Tapi, tak boleh tahan tengok diaorang mandi manda.. aku salin seluar. Dalam semaaaaaaaaak pun jadi :P. Gila tak senonoh. Buatnya ada orang skodeng, snap bagai. Konpemmm keluar artikel 'Gadis bertudung salin seluar dalam semak' .Huahuahuahua. Nak turun ke toilet jauh pula. Kitaorang pergi naik tempat kedua tertinggi kalau tak silap.

After tukar seluar, haruslah terus terjun!


Tengok, tengah-tengah mandi pun bergosip. Perempuan-perempuan. Lakonan je tu.


Pergh muka aku tengah stim makan nasi lemak ke tu? :D.


Tengok tempat kitaorang mandi. Kalau jatuh tak ke haru biru? :p.


Ape kes aku main air coke dalam air. Konon-konon nak bagi sejuk agaknya.


dan...


gambar yang boleh buat aku panas!!

*

*

*

*


Beruk ni duduk rehat kat motor warna PINK. PINK HOKEH... Siap telek muka dia kat side mirror. Ingat cantik la tu? Panasss..mak panaaas! :P. Spesis aku suka pink agaknya. hahaha







.:. By .:.

2 comments:

fabulous.farah said...

huhuhu..khusyuk betul makan nasi lemak=p

Bai said...

f.f : huhuhu...sangat kusyuk :D