Thursday, April 8, 2010

PR bleeding..

OK meh aku cerita. hari Isnin haritu, aku buang air besar. Tak terfikir pun nak telek ke apa ke masa proses tu, sebab aku ingat pesan ustazah aku. Jangan tengok najis, nanti otak jadi lembab.

Tapi, terdetik kat hati aku nak tengok. Tiba-tiba, OMG! Darah! Banyak juga. Macam darah period. Otak dah celaru, fikir kenapa. Aku tengok dekat panties..Tak pula period ke apa. Ni darah keluar mana ni?

Aku pregnant dan gugur ke? Haish, bila masa pula aku dinodai? :D. Fikir punya fikir, maybe darah biasa. Mungkin luka dalam atau buasir. BUASIR? Tengok esok pula macam mana(selasa).

Selasa, aku tak buang air besar pun.

Rabu, aku buang air besar seperti biasa. Tiada sembelit, tiada teran-meneran. Ia sama seperti hari Isnin lepas. Isnin lepas keras sikit(tidak meneran sama sekali).*pls jgn imagine :D. tapi, darah keluar lagi.

Dah dua kali. Aku memang dah set, if dua kali..aku mesti jumpa doktor,jumpa,jumpa! Takut apa-apa, kang lambat menyesal.

Bila aku jumpa doktor. Aku cerita segalanya. Doktor cakap maybe buasir. Tapi, dia juga tak dapat kepastian apakah itu..So dia bagi aku surat cinta!

Doktor suruh aku jumpa doktor pakar untuk rawatan lanjut. Takut ada masalah dalaman. Masa ni, tuhan je la tahu hati aku macam mana. Ketar lutut, ketar jubo! Tahu?! Bau hospital pun aku dah jadi lemah gemalai. Silap-silap, boleh pengsan.


Sampai je kat Hospital Pantai, reception tanya aku nak pergi mana. Aku pun tunjuk surat. Dia suruh aku pilih doktor. Aku kalau boleh nak doktor perempuan. Malulah, kalau doktor lelaki yang menelek segala. I anak dara sunti lagi u~ :D.

Tapi, doktor perempuan tak ada. Kalau nak, another next-next week. Erm, aku kalau boleh taknak tunggu lama. Nak-nak berkaitan dengan dalaman ini (mana tahu ada alien ke?). Better dicepatkan. So, aku cakap..lelaki pun lelaki la.

Sampai je turn aku, doktor check perut dengan dalam keadaan baring. Masa tu, perasaan malu sesangat! Tapi nak buat macam mana tugas dia. Takkan aku nak tengking lak, mahu kena pelempang. Apa gila minah ni nak meroyan kat sini. Padahal doktor tu, check je pun.

Lepas itu, aku kena baring mengiring, dengan keadaan lutut touch ke dagu. Ha..korang praktiklah macam mana :D. Doktor start check bahagian bawah (dubur ya dubur..bukan kat tetttt). Aku tak tahu dia guna alat apa. Aku dapat rasa je. Tak nampak apa-apa pun.

Doktor touch keliling dan akhirnya ketemu tempat berdarah itu. Dia tanya sakit tak, aku jawab tak.

Then, masa diskus dengan dia. Dia tunjuk bahagian mana yang berdarah itu. Bahagian tengah pukul 12. Dan tempat yang berdarah itu adalah di dalam.

So, dia amik keputusan nak tengok usus aku macam mana. Takut dalam usus aku yang bleeding.

Aku kena masukkan skop(camera) dari bahagian atas dan bawah pada hari Jumaat ni.Wuaaaaaaaaa. Kalau usus aku ok, tapi aku still kena bedah katanya. Sebab aku punya pendarahan itu kat tengah. Berbahaya. Dia nak blok dari merebak dan terus merebak.

Aku kena makan ubat ni pada pukul 3.30 petang hari ini (Rabu). Untuk clearkan usus dari segala najis. Then, aku tak boleh makan sampai aku habis rawatan. Hanya air dibenarkan. Seeloknya air masak.
*siapa nak diet, aku rasa boleh minta ubat ni kat aku.

Esok aku nak pakai color biru. Kasi sejuk hati sikit :D.

Kepada kawan-kawan semua doakan aku. Aku akan sepi sampai hari Sabtu, mungkin. Moga tiada apa-apa berlaku. Think +ve.

Jangan rindu-rindu aku ok! :D. Maaf kalau terkasar ke apa. Kepada ex bf semua, aku dah maafkan korang. hahaha! *sempat.

Jangan sedih, jangan nangis. Teruskan perjuangan. Macam ucapan pelajar AF kena buang lak.

Oklah! Neway doakan aku baik-baik sahaja ok. Luv u all!.





.:. By .:.

18 comments:

mushy shizzy gina said...

baik2 uya..aku doakan takde pape seyes..cuma period je nak memain ngan ko..i love u uya..mmmuaahhhh!!!

Lynda said...

la teruknya.ko tak ckp pun semalam

C!kpuanmuda said...

aku doakan yang baik-baik aje.. jangan la jadi yang bukan2. aminnnn

driedroses said...

kak by.. sila sihat semula dengan kadar cepat..!!

@kezek said...

i know what u feel bai..

ita cutevirus said...

semoga cepat sembuh...

Bai said...

MSG : terima kasih b... ni lubang dubur la b...tak de kaitan dengan darah period..

Bai said...

Lynda : tak terucap :D

Bai said...

driedroses : baiklah..terima kasih :D

Bai said...

CPM : terima kasih! amin...

Bai said...

@kazek : dupdapdupdap

ita cutevirus : me kacihhhh

mrs shaifull said...

dik, akak doakan x de apa2 yg serius, take care..

Bai said...

mrs shaifull : me kasih akak...insyaAllah amin :)

fabulous.farah said...

haha..adeh..walopn ko sakit tapi buat enrty mengarut jugak..miscarriaged la pulak kalo berdarah kat belakang.isk2

tc dear. jaga makan

fabulous.farah said...

haha..adeh..walopn ko sakit tapi buat enrty mengarut jugak..miscarriaged la pulak kalo berdarah kat belakang.isk2

tc dear. jaga makan

Bai said...

f.f : hehehe :D. hidup mesti hapi kan?

thanks..memang jaga makan..huhuhu

Asrol said...

mana gambar yg di katakan bleeding tu? nak jgk tgk cmne.. hakhakhak...

Bai said...

Asrol : gilak! hahaha