Showing posts with label PR bleeding. Show all posts
Showing posts with label PR bleeding. Show all posts

Sunday, August 8, 2010

PR bleeding......again...again... :(

Tak tahan gambar macam orang putus cinta. Darah sekali dengan bunga ros :D. * pict google-ed.



Eh hari tu kan dah 2-3 hari aku kena PR bleeding (boleh click kat side bar if nak tahu details) lagi. Aku tak tahu lah kenapa. Kali ni macam sakit sikit dekat permukaan dubur. Eh jangan imagine k :P. Hahaha!



Antara lagi membesar luka ke apa aku tak tahu. Dah lama aku tak pergi checkup. Kalau aku call Dato', for sure Dato' suruh datang untuk buat pembedahan. Takutlah pulak!



Dato' ada pesan anytime aku boleh buat pembedahan. Siapa ingat cerita aku pasal PR bleeding tu tahulah kan? Mak aku tak kasi buat pembedahan. Nanti buruk. Kata orang biar cantik luar mahupun di dalam. Ehem!



Erm.. Haritu mak ada kasi makan teh cina. Bukan teh cina yang biasa tu, tapi for buasir. Aku tak try makan lagi. Cuma, sekarang aku amalkan minum air suam. Dan pagi-pagi aku telan madu tualang sekali dengan selawat bagai.



Mungkin, sebab itu kot buasir tu gugur dan berdarah sedikit. Dato' pun ada pesan if berdarah dan sakit, mungkin buasir tu dah gugur. Kalau gugur pendarahan akan berlaku. Dan kalau betul-betul itu berlaku, alhamdulillah :).



Moga aku sihat sebelum kahwin selamanya!


.:. By .:.

Tuesday, June 15, 2010

Memang aku dalam dilema. Serius dilema.

Ingatkan pasal PR bleeding? Tadi aku tak pergi checkup. Aku tipu Dato'lagi. Aku cakap aku outstation. Nasib baik assistant Dato' baik. Dia cakap, tak datang untuk checkup pun tak apa. Weeehuuu!!! Tapi, bila dah bersedia untuk pembedahan aku kena call balik pihak hospital.

Itu salah satu persoalan yang membuatkan aku dalam dilema. Nak stapler atau dibedah.


Ini gambaran jika aku nak stapler.


Lepas tu lagi besar pen'dilema'an aku adalah mak aku.

Mak aku tetap tak nak aku buat pembedahan. Dia kata nanti lagi teruk. Nak berubat cara kampung. Sebab itulah aku tipu Dato'. Aku tatau apa alasan aku nak bagitahu Dato'.

Serius aku dalam kebingungan. Dilema. Aku jadi takut. Nak-nak bila tengok gambar ni.....

Sesiapa yang geli, boleh close. Aku tak paksa korang tengok. Aku sengaja kecilkan gambar ni sebab aku sendiri pun geli. Gambar ni menunjukkan tahap kritikal. Bila dah tahap kritikal macam ni, haruslah dibedah dengan segera. Kira level 4. Aku belum lagi, baru level 2.

Serius aku jadi takut. Bila difikirkan, aku nak cepat-cepat bedah buang benda alah tu. Tapi, disebabkan tak mahu jadi anak derhaka. Melawan. Tinggi suara. Aku ikutkan aja mak aku.

Mungkin cara kampung boleh elok. Siapa tahu?

Aku bukan tak percaya cara kampung. Tapi, ni melibatkan pendalaman. Kita mana tahu kalau benda tu betul-betul dah elok kan?

Aku akan bincang perkara ni lagi. Kalau jadi aku akan buat pembedahan pada bulan 8 :(.

.:. By .:.

Tuesday, May 25, 2010

Dapat 5 botol for gaviscon advance, 2 papan 4 gastric and 1 botol untuk senang berak.

Mesti dah boring kan? Asyik-asyik cerita my checkup. Dato' still nak operate tak pun stapler. For me, baiklah operation dari stapler. Stapler akan dibuat dalam keadaan sedar. Aku takut.

After operation, aku tak boleh bersukan selama 1 bulan. Pergh!!! Macam mana aku nak wakil company macam ni? Tournement netball bulan 7. Bulan 7.

Tapi, Dato' said benda ini tak payah nak rush-rush. Dato' bagi lagi 2 minggu. Then, decide and tentukan tarikh untuk operation.

Nak tahu cost untuk operation??? 10 k beb. 10 k. Kalau buat hantaran kahwin pun boleh tu. Kalau stapler RM2500. *lap air peluh*

Oh dalam dilema lagi. Nak ke taknak operate ini. Dato' asyik cerita pasal bersalin bla bla bla. Lagilah buat aku gerun.

So, untuk check up yang ini dapatlah hadiah dari Dato' :

5 botol for gaviscon advance, 2 papan 4 gastric and 1 botol untuk senang berak.


p/s : Dato' cakap buasir bukan disebabkan dari pemakanan yang pedas ok?? bukan cili!! Buasir adalah kerana disebabkan sewaktu kita meneran berak dan sembelit. Makanan pedas boleh memudaratkan buasir kerana boleh menyebabkan luka sewaktu kita membuang air besar. Itu saja info ringkas.


.:. By .:.

Oh aku kena checkup hari ini!!!

Minggu lepas, aku takut. Tapi, minggu ini aku terpaksa pergi. Dah set untuk kali keduanya. Kang tak pasal dato' mengamuk.

Aku tak bersedia lagi untuk di operate atau beroperate. Mak aku tak kasi sebenarnya, dia nak berubat kampung. Korang tahu ke apa-apa pasal perubatan kampung untuk buasir? Kalau ada yang tahu, sila bagitahu ya?

Kalau ikutkan hati yang gagah(poyo, bau hospital pun nak pitam) ini, nak je operate. Malas dah nak pikir. Orang cakap kalau operate, buasir tu akan jadi lebih besar. Betul ke??? Wuaaaaa!! Dugaan sungguh!!

Tapi, bila mak dah tak kasi. Aku rasa macam anak durhaka lak. Buat tanpa diredhai. Cewah! Kang apa-apa jadi masa dato' toreh ke tersekat apa-apa ke siapa nak tanggung? Eh dah macam bersalin lak.

Ermmm.....Tak tahu lah apa dato' nak cakap hari ini....


.:. By .:.

Wednesday, April 21, 2010

Chekup terakhir...

Bukan!!!! Ini bukan checkup terakhir. Ntah kenapa Dato' suka jumpa aku :D.

Act, semalam aku diskus dengan Dato'..aku nak operate ke taknak.

1. Jalan terbaik adalah operate.Sebab, aku perempuan. Buasir tu akan jadi besar secara pelahan. Nanti bila beranak, nak 'push' takut jubo dubur terkeluar.

2. Stepler. Ni pun boleh..Tapi agak sakit. Doktor lagi suka kalau buat operate. Aku pun suka sebenarnya. Boleh pengsan-pengsan :P.

Doktor bagi aku masa untuk fikir. Lagi sebulan, checkup lagi.

Oh ya, dengan hati yang tabah tak tabah sangat..aku dah bagi tahu mak aku. Mak aku suruh cara kampung.*ntah bila nak balik kampung. Ada sesiapa tahu tak, ada cara kampung?

Doktor tambah lagi ubat. Hah jadi 5 botol!! Sampai la ni aku tak makan lagi. Hadoiii

Oh ya alat inilah yang akan digunakan masa operate nanti. Tak macam gerudi ke?*gerun*

Aku nak bagi info pasal buasir.

Buasir ni bukan dari pemakanan je, tapi..

Penyebab buasir adalah, sembelit dan meneran semasa membuang air besar, struktur otot-otot dubur kenyal akan membengkak. Selepas otot itu kenyal, maka ia terkeluar dari anus. Proses ini sering diiringi dengan pendarahan.


.:. By .:.

Tuesday, April 20, 2010

Out ~ app with Dato'

Minta-mintalah, hari ini hari terakhir checkup. Last..... last..... tolonglah! Pada sudut hati aku, aku tak kena operate. Minta-mintalah. Tapi kata hati aku tetap mengatakan tak kena operate!!!!




Kalau kena operate, jangan aku buat muka macam ni sudah!





Motif? Terkejut beruk.

Bak kata Suci, Ichu...gelieeeeew je amik ambar*gambar cam ni...

(apsal budak sekarang suka taip sms banyak w kat belakang? Nina suka taip macam tu, naik juling aku baca sms Nina.)
.:. By .:.

Friday, April 16, 2010

PR bleeding..Part V

OK ini last :D. Jemu pula nantikan? Hari itu, Dato' ada tunjuk beberapa lukisan. Yang aku sedia maklum sejak dulu, aku tetap tak boleh faham tulisan doktor. Kenapa tulisan doktor susah nak faham?

Cantikkan Dato' lukis? Usus ok ;). Syukur..sangat clean!


Ini pun Dato' lukis dan tulis. Tengoklah tulisan dia. Aku faham no ulser je. Lain, haram jadah aku nak faham. Syukur ;) Tiada apa juga. Cuma bleeding di ulu hati.

CD masa buat Endoscopy. Syukur ;) Tiada bahan lucah di sini. Hahaha! Aku sendiri ngeri tengok dalaman aku. Tapi, yang aku nampak..dalaman aku sangat bersih.



Nah! nak saksikan sangat video kan?



Hamik ni!







Video ini telah ditapis oleh FINAS :D. Harap Maklum.

OK. Ini soalan-soalan lazim tuju kepada aku:

1. Ko tak takut ke buat tu?
Ntah lah. Yang pasti aku kena tempuh. Takkan aku nak lari pecut seribu bila nampak alat-alat dalam ward tu. Yang pasti Redha..(jawapan sedapkan hati).

2. Ala By, tu biasa lah..Buasir tu..tak ada apa apa..(ni soalan ke apa?)
Bagi aku, benda macam ini eloklah dirawat dengan kadar segera. Nak-nak benda yang melibatkan dalaman. Nak pakai lama... Kita ni perempuan. Bukan buasir je. Aku ada bleeding di saluran ulu hati. Kalau bomoh telek pun, benda ini boleh membawa maut. JANGAN PANDANG RINGAN.

3. By tak sakit ke masa doktor buat skop tu?
Aku pun tak pasti, aku sedar ke tidak. Aku mamai masa tu. Aku cuma ingat-ingat lupa...Bila doktor masukkan skop tu..aku jerit..sakit!! sakit!! Aku rasa macam skop tu masuk dalam usus yang berlingkaran itu. Aku tak tahu lah aku mimpi ke apa.

4. Apa sebab eah?
Kalau dah usus, memang berkaitan dengan pemakanan. Makan pedas, makanan tak hadam betul-betul,kurang minum air(tapi aku rasa aku banyak minum air),makan jeruk, lain-lain korang boleh search kat google. Aku memang suka makan pedas. Cili tu aku boleh buat ulam je.

5. Betul ke kena bedah?
Dato' kata kena. Aku pun tak pasti. Ada lagi check up nextweek. So minggu ni aku memang jaga betul-betul pemakanan aku. Aku taknak dibedah. Nanti nak ketawa pun susah, langgar bonggol pun sakit. Seminggu adalah jangkamasa pendek, namun kita masih boleh mengubatinya.

6. Tabah eah ko? tak takut pon.
Apa-apa yang korang kena hadapi perlulah tabah. Semangat itu penting. Kalau kamu melawan, fikir positif..pasti penyakit itu hilang :).


Ada lagi pertanyaan? Sila-sila. Mak buka Q & A untuk PR Bleeding.



.:. By .:.

Thursday, April 15, 2010

PR bleeding..Part III

Lepas je aku jerit-jerit kesakitan, aku mati keras. Bak kata orang Kelantan, mapuh keghaaaaah...Pengsan. Terus tak sedar apa dah. Sampai sekarang, aku fikir betul ke aku jerit tu atau aku mimpi :D. Lupa nak tanya doktor. Tapi kalau aku jerit, tak nak masuk neraka....lagilah harukan? :P

Iklan jap.
Ubat ini memang sesuai untuk diet. Clear terus usus aku :D. Memang tak ada apa-apa. Air je yang tinggal. Tapi, tak bley blah bila minum. Bayangkanlah ginger + lemon. Korang bayangkanlah rasa dia macam mana! After 1 jam, terus proses. Tahu proses? Terus tersembur bahan kumuhan aku. Padanlah doktor suruh duduk rumah je. Selang 10 minit macam tu keluar dan keluar lagi.

Habis iklan.

Aku tak tahu aku sedar dalam pukul berapa. Sebab kat ward tu tak ada jam. Tengok-tengok, aku dah kat bilik 3. Sebelum itu di bilik 1. Still mamai-mamai. Nampak nurse tanya aku ok ke tak. Pastu aku tidur balik.

Dan lepas itu, aku terjaga. Rasa sihat je. Elok badan aku ditutup selimut bagai. Macam tak diliwat pun :D. Rapi je baju aku.

Lepas itu, nurse bagi baju aku. Suruh salin. Dia nak pakaikan. Aku cakap takpalah. Aku ok lagi. nurse tu pelik, tanya aku tak mamai ke? Aku cakap, tak...aku ada kuasa kuda. Muahahaha *please By jangan bergurau.

Aku tak tahu nak buat apa. Nurse suruh tunggu doktor, nak bagitahu result dan apa susulan dia. Bosan gila. Perut kosong pula tu. Laparrrrr..

Nurse buatkan milo dan bagi aku sebungkus biskut (ada 3 keping je dalam bungkusan tu). Aku ingat dapatlah nasi briani ke apa. Ni biskut kering je. *Bersyukur By bersyukur. Nak minta lagi malu. Perut kosong haruslah di isi segera.

Pastu, aku kacau lagi pesakit. Last-last aku kena halau ke bilik menonton TV. Hahaha! Padan muka. Tak duduk diam.

Dalam pukul 4.30 petang( Aku agak-agak je) Aku ke tempat discharged. Tiba-tiba, aku tengok ada orang menunggu! Aku siap buat 'lambaian kasih' dan peace. Gembira sungguh.

Dalam 5.30 petang aku discharge.*macam office hourkan?

Result doktor:

1. Memang kena buasir, dah haruslah di operate dan di stapler.

2. Ada tempat lain yang bleeding, di saluran ulu hati.

3. Next week, doktor nak jumpa lagi untuk tengok improvement.




So, doktor bagi aku ubat ni untuk perbaiki masalah kedua. Hamik sekali 3 botol dia bagi. Kena habiskan 14 hari!!


Budak ini sanggup temani saya. Siap ambil cuti, cancel meeting. Ribuan terima kasih diucapkan. Lain-lain ucapan, underground :P.


Aku request nak makan domino pizza. Teringin gila. Tapi perut aku kan kosong. Still pedih nak terima makanan.

p/s : Aku was was nak bagi tengok video ni. Sebab aku sendiri takut nak tengok!!! Eh ada lukisan, doktor bagi. Nanti aku tepek kat sini.

.:. By .:.

Wednesday, April 14, 2010

PR bleeding..Part II

Seperti yang dijanjikan(erk janji ke?) di entry lepas, aku nak pakai baju tudung warna biru ke hospital buat skop kan? Konon-konon cool....

Padahal tak tahu dalam hati ada tamannnn~ Ketar lutut. Aku rasa tak boleh drive! Nak pitam pun ada.

Masa ini tengok tv kat rumah, bagi denyutan jantung reda sikit. hihihi


OK. Start. Time appointment adalah pukul 10.30 pagi. Aku sampai pukul 10.25 pagi. Main parking je, sebab parking full. Gila apa! Aku rasa hospital patut tambah parking. Dah la aku tengah ketar lutut, kena buang masa cari parking. Nak jalan pun, aku rasa dah longgar skruuuu.. longlai~

Sampai je kat daycare, aku terpaksa menunggu sebab ramai. Kata nurse, hari ini sibuk sikit sebab esok ada Tamil festival. Ermmm layankan je la. Boring gila duduk tengok chanel Discovery je. Pasang lah AF ke apa. Boleh aku nyanyi-nyanyi. Kata ketar lutut kan? :D

Tiba-tiba, nama aku dipanggil oleh nurse. Check berat dan juga darah. Yesssssssssssss! Berat badan aku turun 2 kilo!! 2 kilo!! :D. Senyum-senyum sorang macam kerang busuk.

Lepas itu, nurse bagi baju untuk salin. Tak boleh pakai spenderrr. Bra je. Nasib baik bra tak payah tanggal, kalau tak nampak nasi lemak I. Ueeeewwww :D.

Aku pun beria-ria lah salin. Ikatan tu, aku siap buat reben-reben lagi. Konon-konon perasan kiut. Pastu aku pergi kat bilik aku. Tersengeh-sengeh lagi macam kerang busuk.

Tiba-tiba, nurse tu cakap "dikkkkkkk, adik salah pakai ni. Tali ni kat belakang!!!! " (dengan nada ketawa-ketawa). Cesss!! Sia-sia aku buat reben, mana aku tahu. Kata fisrt time, masuk bilik skop :D. Patutlah pakcik kemas bilik itu gelak-gelak, tengok aku.

Lepas itu, aku disuruh baring. Tunggu doktor. Haih! Mana aku boleh duduk diam. Baring pula tu. Seriusss aku jadi sengal. Duduk main kain selimut.

Nurse cakap nanti masukkan ubat dan jadi lalok. Aku tengok 'jiran-jiran' sebelah, semua berdengkur tidur. Oh agaknya macam ini lah, nurse tu maksudkan. Aku juga mungkin tidur bedengkur?

"OK ready ya Baizura...kita nak masuk bilik skop.." GLUPPPP!!! Dah nak masuk ke? Sengeh lagi, walaupun hati gundah gulana.

Bila katil aku ditolak dan diheret ke bilik skop tu. Aku duduk tergelak-gelak. Macam cerita dalam drama pulak. Serius aku jadi jakun :D.

Bila sampai je bilik skop...mak aiii banyak nya TV!! Wayar!! Pastu nurse nak cucuk aku. Nak masukkan ubat bagi aku pengsan. Dia suruh aku tahan. Kalau sakit cakap.

Siap nurse tu cakap "be strong ya Baizura.." *Macam kronik je penyakit aku, ko suruh aku tabah :D. Dah siap cucuk, nurse tu cakap "good gurl..". OK layankan je la. Aku tahu ko nak sedapkan hati aku.

Pastu dia pasangkan wayar untuk oksigen. Then, kepitkan ibu jari untuk jantung. Aku asyik tanya, ni untuk apa, wayar ni untuk apa. Nurse penat kot nak melayan aku.

Bila, nurse tak ada..aku duduk main nafas. Tengok jantung....Pastu keluar ♥ ♥ ♥ ♥ ♥... Hahaha gila jakun lagi.

"OK dik...doktor dah sampai.." *Dupdapdupdap!

Sempat aku cakap "Tak ngantuk pun.............."

"Sabar dik, doktor tak cucuk lagi ubat tu..takot eah?" Gila sengal. Masa nurse cucuk kat tangan aku rupanya itu baru lubang. Ubat tak masukkan lagi. Huahuahuahua.

Bila doktor masuk, dia cucukkan ubat 'pengsan' tu. Aku still boleh borak-borak. Haih tak ngantuk pun!!! Kebal kah aku????

Pastu, doktor masukkan skop kat lubang dubur. Haih!! Still aku boleh nampak!!! Siap tengok dekat TV lagi. Tengok usus aku macam mana... Grrrr!! Geram kat dalam hati, apsal aku kebal ini!!


Tempat ubat 'pengsan' dimasukkan dalam badan aku.

Tiba-tiba, aku terasa perit, pedihhh... Aku jerit..doktorrrr!!! Sakit!!!! Sakitt!!!! Sakit!!!!! Nurse usap belakang badan aku. "Tahan ya Baizura..tahan...."




Penat pula jari taip, rehat lah dulu :D. Nak tengok video masa buat skop tu? Tunggu..hihihihi




.:. By .:.

Monday, April 12, 2010

Doakan saya moga tiada apa apa.

Kini berada di rumah. Entry ini telah di autopublish. Tapi, memang selalunya pun buat autopublish :D. Tak yah lah aku nak terangkan. Sudah bersuluh dah pun.

Aku akan makan ubat dan berpuasa start 3.00 pm hari ini sampai esok. Lepas buat skop itu, aku boleh makan sebanyak yang mungkin. Boleh turun 2 kilo ni. Tak yah susah-susah aku nak berdiet :D. Memang target aku nak turun 2-3 kilo lagi. Heh!

Moga-moga result aku ok esok. Berdebar juga jantung bila nak dengar result tu...

Nasib baik ada yang baik hati, cuti temani aku :D. Aku sayang kamooo! Eh terlebih pula :P.


*pict google-ed

Aku akan dibius. Sekali lagi aku ulang, di biussssssssssss dan pengsan. Jangan jadi macam ini sudah :D.


Doakan aku ya! Terima kasih kepada kawan yang memberi kata-kata semangat di entry-entry yang lepas.

Terasa macam nak makan durian, after buat skop tu :D. Boleh kan? Mana pulak nak cari durian By oiiiii!






.:. By .:.

Emak ahkak tak tahu...

Mengenai PR bleeding lagi. Haih. Korang lap air peluh je lah ye, aku duk bercerita pasal PR bleeding.

Sebenarnya, mak aku tahu pasal bleeding tu. Tapi, tak tahu aku kena buat checkup sampai melibatkan skop-skop tu. Aku tak nak dia risau. Bukan apa, kang dia bawa satu bas pergi Hospital Pantai.. Bawa pisang setandan, ubi kayu rebus, sambal ikan bilis, pucuk ubi kayu, sambal belacan mangga...perghhhh~ Tak ke haruuuuuuuuuu?

Kakak aku pun baru tahu, Sabtu lepas.

Pastu dia bagitahu BIL aku. Ada ke dia cakap kat BIL aku...aku nak operate Jubooooooooooooooooooo?

Haih malo tahu? :D


.:. By .:.

Sunday, April 11, 2010

Penat! Tapi hilang bila tengok blogger-blogger cantik di luar sana

OH. Aku kepenatan setelah berhempas pulas bermain netball hari ini. Balik dari tournement netball, terus aku terbaring atas sofa. Ketiak mashaaaammm pun aku bantai tidur.

Bangun. Mandi, makan maggi, lumur minyak panas. Tidur balik. Sampai termimpi, kenapa boleh kalah untuk first game. Haih* lap air peluh. Tapi kelab kami, adalah menang untuk tempat pertama dan kedua. Kira menang keseluruhanlah tu. Yeah! nanti mesti ada makan best untuk meraikan kemenangan. Budak pipi gemuk ini sedang mahu makan manisan di hotel-hotel 5 bintang ya! ;).

Lepas bangun tidur, terkebil-kebil sorang. Nak peluk suami, suami tak ada. *bermakna kena cari suami sekarang :D. Boring punya pasal, balik ke rumah kakak. Tadi sombong taknak balik. Tapi rindu pula pada Si Suci dan Si Siti (kucing). Eh Suci tu anak sedara aku.

Sekarang, mata aku tengah bulat sebab banyak tidur tadi. Mari kita pergi baca blog blogger yang cantik di luar sana! :D. Aku suka!

Nak tahu aku selalu jenguk blogger mana? Hah nanti aku cerita.

Oh ya. Mungkin esok pergi picnic! Menikamati nasi lemak sotong di tepi air terjun amat syokkkk bukan?


p/s : sambil-sambil duduk baca pasal PR bleeding. Aku takut sebenarnya.


.:. By .:.

Friday, April 9, 2010

Masih beraksi walaupun PR bleeding..

Bosan pulak korang baca entry aku. Semua pasal PR bleeding. Entah-entah, tak ada apa-apa. Hahahaha! *amin.

Aku dah tanya doktor, boleh tak aku aktif walaupun aku kena PR bleeding. Doktor cakap. boleyyyyyyyyyy. Tak kisah selagi benda itu tidak memudaratkan.

Rasa mahu peluk itu doktor dan cium sebab kasi aku aktif dalam sukan. Suka hati sangat tahu?

Sebenarnya, esok aku ada tournement netball... sekali dengan pemilihan untuk team KL.

Aku 'let go' kan exam SPA aku, esok. Aku decide untuk pergi tournement netball. Sebab, aku rasa aku dah tua. Biarlah aku concerntrate dengan kerjaya yang sekarang. Dan teruskan, majukan prestasi untuk naik dan terus naik. *amin.

Kalau aku ada rezeki lain untuk SPA, aku akan cuba....

So wish me luck ok untuk esok!!! Nanti aku tampal-tampal gambar netball kat sini. Kalau ada camera la... :D. Pakai handphone sudeeeeeyyyy~

Ni gambar aku, join netball untuk Unibesiti antara unibesitiiii Malaysia. Tapi, aku tak main masa ini. Mak rehat je nyah sebab mak injured dari awal lagi. Mak duduk habiskan pisang untuk pemain-pemain lain. Sian korang :D



.:. By .:.

Kepingin kerang cicah air asam..

*pict google-ed

Tahukah bahawa aku sangat kepingin nak makan kerang bersama air asam? Sangat nakkkkkkk tahu? Bila tak boleh makan air asam, aku rasa macam nak nangis. Tiada nikmat untuk makan lagi.

Semalam aku makan kerang hanya bersos cili dan kicap. Aku makan dengan nasi panas. Dan hanya makan tempe goreng. Budak rumah goreng khas untuk aku. Dan dia makan tempe goreng pedas. Bila aku rasa teringin, duk telan air liur tengok dia makan..aku hanya ambil secubit. Terasa air mata mahu mengalir, seakan dunia ini menjadi sekecil-kecilnya. Aku hilang nikmat makan.

Buat masa ini, aku memang jaga pemakanan. Aku takut nak makan pedas. Takut makan benda keras. Kalau makan benda keras, aku mesti kunyah sampai lunyai.

Aku cuma risau, apa-apa terjadi pada usus aku. Tu paling aku bimbang. Mula teringat program BERSAMAMU, Tv3. Ada program pasal orang susah mengidap penyakit usus..

Susahnya tuhan je la tahu. Nak kencing, nak berakkkk semua ikut tiub.

Aku mintak jauh.*doakan aku.


pict google-ed

Oh air asam, kini hanya melihat dan telan air liur sahaja *sigh


.:. By .:.

By kena liwat?

Hahaha!Tergelak baca komen. Tapi, ada juga kawan aku cakap macam itu, bila aku ceritakan secara 'live' kepada mereka. Aku di liwat?

Gila! Kira aku telah dinodailah masa checkup PR bleeding tu ye? Hahaha!

Oh no!!!

Korang tak tahu apa yang aku fikir masa doktor tu tengah buat checkup untuk aku.

Macam-macam fikir. Apa doktor ini buat? Kepala dia pun aku tak nampak. Puas dah aku jenguk-jenguk, apa benda dia buat kat lubang tu...tetttttttttt~

Nasib baiklah ada nurse perempuan yang sudah mengandung masa proses doktor ' telek' benda itu. Rasa lega juga. Kalau tak mesti aku meroyan, cakap doktor tu nak rogol aku :P.

Setiap malam aku fikir, apa akan jadi masa aku buat rawatan susulan itu nanti (minggu depan) dengan menggunakan skop. Doktor bagi aku ubat bius. Dia cakap aku pengsan.

Wuuuuuuuuuuuuuuuaaa.. lagi lah aku gerun. Apa benda dia nak buat kan?

Jangan lepas bius, aku jadi kebal pula taknak pengsan. Lagi haru biruuuuuuuuuu nampak semua benda.

Sekarang kalau aku nampak Hospital Pantai walaupun sekadar logo, terus aku rasa ketar lutut mahu pengsan. Hahahaha!

Ada siapa nak teman aku masa di wad nanti tak? Please...please... :D




.:. By .:.

Thursday, April 8, 2010

Checkup : PR bleeding..(part 1)

Aku nak cerita apa yang aku jalani. Tak kisahlah, aku tak malu pun nak cerita benda ini. Sebab, in case sesiapa yang jadi benda yang sama. Sila berjumpa doktor dengan kadar segera. Kita tak tahu apa masalah dalaman, rite?

Aku tak nampak pun apa yang doktor lakukan masa tengok lubang dubur itu. Aku dah maklumkan sebelum ini (entry yang lepas), aku hanya baring mengadap dinding dan lutut aku kena touch dagu. Agaknya nak lubang tu besar kot :D.

Sebelum itu, doktor check dulu bahagian perut. Aduh punya lah malu. Nasib baik tak semakkkkkkkkk je :D. Hahaha! Ops! Terlebih sudeeeeyyy :P.

Lepas itu, aku disuruh meneran. Aku pun buatlah. Dalam hati, oh begini agaknya meneran sewaktu beranak, mungkin :D.

Nak tengok tak nampak. Just rasa je apa yang doktor lakukan. Aku tak tahu lah dia guna jari atau tak. Tapi, aku rasa dia guna jari (part ini perlu disembunyikan. Malo! :D).

Lepas itu, dia masukkan tiup seperti ini : *jangan imagine benda lain ok? :D


Doktor tanya sakit ke tak. Aku langsung tak rasa sakit. Doktor pelik, sebab itu dia nak buat rawatan susulan.

Ni pula gambar semasa diskus dengan doktor:

luka aku di dalam. Bahagian tengah. *lukisan tak cantik,layankan je lah.


dan



ini pula keadaan aku masa checkup:



















*pict-google-ed

OH NO!!! Hahaha. Aku still pakai baju ok!

Selasa depan(13 April, patutnya esok..), aku akan dimasukkan dalam ward sehari kot. Aku pun tak tahu. Doktor nak masukkan skop atas dan bawah. * pengsan. Memang pengsan pun sebab doktor bagi bius cinta dan pengsan.


.:. By .:.

Good news about PR bleeding!

Rawatan aku akan tunda ke 13 April!! Yahooo!!! Sebab aku period :D. Hari kedua aku selalu heavy. So, tak boleh buat skop tu, takut tak clean result aku..


.:. By .:.

PR bleeding..

OK meh aku cerita. hari Isnin haritu, aku buang air besar. Tak terfikir pun nak telek ke apa ke masa proses tu, sebab aku ingat pesan ustazah aku. Jangan tengok najis, nanti otak jadi lembab.

Tapi, terdetik kat hati aku nak tengok. Tiba-tiba, OMG! Darah! Banyak juga. Macam darah period. Otak dah celaru, fikir kenapa. Aku tengok dekat panties..Tak pula period ke apa. Ni darah keluar mana ni?

Aku pregnant dan gugur ke? Haish, bila masa pula aku dinodai? :D. Fikir punya fikir, maybe darah biasa. Mungkin luka dalam atau buasir. BUASIR? Tengok esok pula macam mana(selasa).

Selasa, aku tak buang air besar pun.

Rabu, aku buang air besar seperti biasa. Tiada sembelit, tiada teran-meneran. Ia sama seperti hari Isnin lepas. Isnin lepas keras sikit(tidak meneran sama sekali).*pls jgn imagine :D. tapi, darah keluar lagi.

Dah dua kali. Aku memang dah set, if dua kali..aku mesti jumpa doktor,jumpa,jumpa! Takut apa-apa, kang lambat menyesal.

Bila aku jumpa doktor. Aku cerita segalanya. Doktor cakap maybe buasir. Tapi, dia juga tak dapat kepastian apakah itu..So dia bagi aku surat cinta!

Doktor suruh aku jumpa doktor pakar untuk rawatan lanjut. Takut ada masalah dalaman. Masa ni, tuhan je la tahu hati aku macam mana. Ketar lutut, ketar jubo! Tahu?! Bau hospital pun aku dah jadi lemah gemalai. Silap-silap, boleh pengsan.


Sampai je kat Hospital Pantai, reception tanya aku nak pergi mana. Aku pun tunjuk surat. Dia suruh aku pilih doktor. Aku kalau boleh nak doktor perempuan. Malulah, kalau doktor lelaki yang menelek segala. I anak dara sunti lagi u~ :D.

Tapi, doktor perempuan tak ada. Kalau nak, another next-next week. Erm, aku kalau boleh taknak tunggu lama. Nak-nak berkaitan dengan dalaman ini (mana tahu ada alien ke?). Better dicepatkan. So, aku cakap..lelaki pun lelaki la.

Sampai je turn aku, doktor check perut dengan dalam keadaan baring. Masa tu, perasaan malu sesangat! Tapi nak buat macam mana tugas dia. Takkan aku nak tengking lak, mahu kena pelempang. Apa gila minah ni nak meroyan kat sini. Padahal doktor tu, check je pun.

Lepas itu, aku kena baring mengiring, dengan keadaan lutut touch ke dagu. Ha..korang praktiklah macam mana :D. Doktor start check bahagian bawah (dubur ya dubur..bukan kat tetttt). Aku tak tahu dia guna alat apa. Aku dapat rasa je. Tak nampak apa-apa pun.

Doktor touch keliling dan akhirnya ketemu tempat berdarah itu. Dia tanya sakit tak, aku jawab tak.

Then, masa diskus dengan dia. Dia tunjuk bahagian mana yang berdarah itu. Bahagian tengah pukul 12. Dan tempat yang berdarah itu adalah di dalam.

So, dia amik keputusan nak tengok usus aku macam mana. Takut dalam usus aku yang bleeding.

Aku kena masukkan skop(camera) dari bahagian atas dan bawah pada hari Jumaat ni.Wuaaaaaaaaa. Kalau usus aku ok, tapi aku still kena bedah katanya. Sebab aku punya pendarahan itu kat tengah. Berbahaya. Dia nak blok dari merebak dan terus merebak.

Aku kena makan ubat ni pada pukul 3.30 petang hari ini (Rabu). Untuk clearkan usus dari segala najis. Then, aku tak boleh makan sampai aku habis rawatan. Hanya air dibenarkan. Seeloknya air masak.
*siapa nak diet, aku rasa boleh minta ubat ni kat aku.

Esok aku nak pakai color biru. Kasi sejuk hati sikit :D.

Kepada kawan-kawan semua doakan aku. Aku akan sepi sampai hari Sabtu, mungkin. Moga tiada apa-apa berlaku. Think +ve.

Jangan rindu-rindu aku ok! :D. Maaf kalau terkasar ke apa. Kepada ex bf semua, aku dah maafkan korang. hahaha! *sempat.

Jangan sedih, jangan nangis. Teruskan perjuangan. Macam ucapan pelajar AF kena buang lak.

Oklah! Neway doakan aku baik-baik sahaja ok. Luv u all!.





.:. By .:.