Friday, April 16, 2010

PR bleeding..Part V

OK ini last :D. Jemu pula nantikan? Hari itu, Dato' ada tunjuk beberapa lukisan. Yang aku sedia maklum sejak dulu, aku tetap tak boleh faham tulisan doktor. Kenapa tulisan doktor susah nak faham?

Cantikkan Dato' lukis? Usus ok ;). Syukur..sangat clean!


Ini pun Dato' lukis dan tulis. Tengoklah tulisan dia. Aku faham no ulser je. Lain, haram jadah aku nak faham. Syukur ;) Tiada apa juga. Cuma bleeding di ulu hati.

CD masa buat Endoscopy. Syukur ;) Tiada bahan lucah di sini. Hahaha! Aku sendiri ngeri tengok dalaman aku. Tapi, yang aku nampak..dalaman aku sangat bersih.



Nah! nak saksikan sangat video kan?



Hamik ni!







Video ini telah ditapis oleh FINAS :D. Harap Maklum.

OK. Ini soalan-soalan lazim tuju kepada aku:

1. Ko tak takut ke buat tu?
Ntah lah. Yang pasti aku kena tempuh. Takkan aku nak lari pecut seribu bila nampak alat-alat dalam ward tu. Yang pasti Redha..(jawapan sedapkan hati).

2. Ala By, tu biasa lah..Buasir tu..tak ada apa apa..(ni soalan ke apa?)
Bagi aku, benda macam ini eloklah dirawat dengan kadar segera. Nak-nak benda yang melibatkan dalaman. Nak pakai lama... Kita ni perempuan. Bukan buasir je. Aku ada bleeding di saluran ulu hati. Kalau bomoh telek pun, benda ini boleh membawa maut. JANGAN PANDANG RINGAN.

3. By tak sakit ke masa doktor buat skop tu?
Aku pun tak pasti, aku sedar ke tidak. Aku mamai masa tu. Aku cuma ingat-ingat lupa...Bila doktor masukkan skop tu..aku jerit..sakit!! sakit!! Aku rasa macam skop tu masuk dalam usus yang berlingkaran itu. Aku tak tahu lah aku mimpi ke apa.

4. Apa sebab eah?
Kalau dah usus, memang berkaitan dengan pemakanan. Makan pedas, makanan tak hadam betul-betul,kurang minum air(tapi aku rasa aku banyak minum air),makan jeruk, lain-lain korang boleh search kat google. Aku memang suka makan pedas. Cili tu aku boleh buat ulam je.

5. Betul ke kena bedah?
Dato' kata kena. Aku pun tak pasti. Ada lagi check up nextweek. So minggu ni aku memang jaga betul-betul pemakanan aku. Aku taknak dibedah. Nanti nak ketawa pun susah, langgar bonggol pun sakit. Seminggu adalah jangkamasa pendek, namun kita masih boleh mengubatinya.

6. Tabah eah ko? tak takut pon.
Apa-apa yang korang kena hadapi perlulah tabah. Semangat itu penting. Kalau kamu melawan, fikir positif..pasti penyakit itu hilang :).


Ada lagi pertanyaan? Sila-sila. Mak buka Q & A untuk PR Bleeding.



.:. By .:.

6 comments:

.::WaNiE::. said...

beb ko jawab soalan tu cam jawab tag lak
kakakakaka

Byzura Mj (By) said...

WaNiE : nak tunjukkan betapa skemanya aku..hahaha!

Mag said...

takut ah nak tgk video tu bai..takpelah..terima kasih=p

video aku buat dnc sampai ke sudah aku tak tgk=p

Byzura Mj (By) said...

f.f : aku pun takot. tapi yang ni aku dah tapis dah..

hihihi..

Zoe Ana Yusof said...

macam dahlambat je baru bace, mahal tak semua2 cost? macam nak pergi check tapi takut pulak mahal sebab slalu berak darah2 tapi tak penah nak take serious. and SUKA GILE makan makanan pedas and jeruk T__T

Byzura Mj (By) said...

zoe ana : huhuhu. bukan makanan pedas penyebabnya.

Act by g under panel. Tahu cost operate je sebab doc tu cerita. checklah sebelum terlambat.