Sunday, May 9, 2010

Dah pandai pegang dan menggunakan mikrofon...

Ha, dah lama tak membebel dekat blog :D. Mampuslah korang muntah darah baca entry-entry cerita lapuk aku. Entry-entry cerita lapuk aku akan menyusul nanti :P tunggu~. Baru sekarang dapat terjah blog-blog orang lain dan baca bagai nak juling.

Eh lari tajuk pulak. Wooot!!! Aku dah pandai menggunakan mikrofon dan melaungkan suara yang lunak merdu macam kambing!!!

Kalau dulu, aku malu-malu pergi karok. Masuk dan duduk diam. Bila orang kasi mikrofon, mesti aku cakap, "Sini-sini byzura..roger and out". Apa kes ntah aku cakap macam tu. Konon lawaklah?

Aku tepis rasa malu itu sikit-sikit. Tapi, depan 'kawan-kawan' tertentu je. Yang lain malu lagi :D. Kang terkejut pulak tengok muka aku, sekali tarik suara nampak gigi besi.

Bukti? Ini ha bukti..hihihi *tutup muka*





Eceh mikrofon nak senget. Ko ingat Jaclyn Viktor? :D. Itu belum tengok aksi aku buat Mas Idayu. Confirm gelek 180 darjah. Ok tipu.

Abaikan muka yang berminyak yang baru balik dari pejabat itu. Aku nyanyi nada rendah je. Nada tinggi aku pas kat orang lain :D. Senak dada dowh... nyanyi nada tinggi-tinggi ini. Nanti tak pasal aku minta abg N CPR.


Aku nyanyi sampai bocor.Agaknya period aku pun stress dengar suara aku :P. Nyanyi nak lagu lama-lama je :D. Nasib baik ada kawan yang sporting. Jenis tak kisah. Malu pun ada tapi nak buat macam mana. Heavy period! Maka akibatnya, aku balik pakai baju lain. Nasib baik aku bawa baju. Kalau tak, sure aku pinjam baju staff Neway! :D.

Neway dah tak ada buffet dah. Gila tak best ;(


.:. By .:.

4 comments:

.::WaNiE::. said...

wat? neway dah xdek buffet??

oh downnn

Bai said...

WaNiE : masa aku pergi dah takda..huhuhuhu tak best langsung

fabulous.farah said...

aku nyanyi suka nyanyi lagu rock kapak jer..haha

sebab ko jerit2 kut bocor. boleh?=p

Bai said...

f.f : samalah :D.

mungkin lah sebab tu. hahaha!