Monday, May 10, 2010

Feel macam pelancong :D

Oh begini rupanya, bercuti di dalam KL. Memang betullah orang cakap feel macam pelancong dari luar negara :D. Tidur hotel di bandaraya pastu jalan-jalan di sekitar bandaraya. Memang seronok!!

Lepas jalan-jalan cucimata tengok mat salleh hensem kat BB, pergi makan kat kedai mamak fav kat luar BB plaza. Dekat dengan Metro. Selalu juga lepak sini. Tapi, dengan BIL dan kakak je la :D. Baikkan 'saya'?

Kuah kacang dhal dia amat sedap!! Pekat dan tak kedekut dhal. Selalunya aku makan, sure cair je kuah kacang dhal. Benci! Aku suka kuah dhal, dari kari dan sambal. Tak boleh campur. Kalau campur, rasa tak ada ke 'original'an dhal. Macam mak mertua cerewet kan?

Lagi-lagi gambar budak ini :D. Tengah belasah tok dia punya roti canai.

Oh budak tenbam pakai baju merah itu, memang kuat makan. Tengok saja pipinya. Lebih besar dari ibunya bukan?


dan...




Tempat aku menginap! Nanti aku ceritakan apa yang berlaku. Tarapapa!!!

.:. By .:.

2 comments:

.::WaNiE::. said...

eh hotel sungguh comel

ye kalau makan roti canai mestila kuah dhal

kari2 tak main campur lagi tak suke ahaha

Bai said...

WaNie: memang sangat comel!!

aah ah. samalah!! :D