Wednesday, June 16, 2010

Ahkok yang tiada rasa telurnya...

Dah susah nak cari kuih kampung sekarang. Jarang ada. Tapi, semalam sempat singgah kat restoran Kelantan kat area Kampung Baru.

Banyak gak kuih. Tapi, aku betul-betul mengidam kuih ahkok. Best kalau dapat makan panas-panas di tepi sawah. Sambil menghirup udara, sabut kelapa bakar. Dekat Kelantan banyak lah orang jual macam tu.

Sayang. Bila aku rasa kuih ahkok, rasanya macam kuih bakar. Bingka. Kurang telur. Sayang. Kuih ni kalau telur banyak. Memang lemak berkrim.


Lepas tu aku nampak tepung pelita. Kuih favourite ni. Nampak macam sedap. Aku beli 3 biji.



Tenyata sedap!!! Lemaknya, pandannya cukup! Walaupun aku bukan penggemar santan, tapi kalau kuih macam ni memang buat aku berselera.


Aku tak suka ada sesetengah tepung pelita tu hijaunya, pewarna je lebih. Nak bagi orang mati cepat ke apa. Lagi satu, nama kuih tepung pelita tapi ada sekuang di dalam. Aku rasa diaorang silap nama kot kan?Tu bukan kuih org cina melaka ke?


.:. By .:.

2 comments:

fabulous.farah said...

susah nak cari akok best kat kl..telor mahal kut

Bai said...

f.f : tu la pasal. tp mcm sama je harga telor kat lain...mcm mana leh kedekut telor :D