Monday, June 21, 2010

Haiyak! Karate Kid best dan Jakel, kenapa mahal sangat??

Cerita weekend. Dah, sekarang aku lak boleh senyum lebar macam lembu, sebab dah dapat tengok Karate Kid. Gila belagak kan? Bukan, berlagak dengan Nina (anak buah aku ) je. Dia dah dua kali ulang tengok movie ni. Asal aku balik rumah kakak, mesti Nina duk cerita dari pagi sampai malam, cerita ni best. Tension tahu?


Seperti biasa, tidak mengganggu time bola T____T. Rasa pelik lak tengok wayang time siang. Selalu malam je.


Awal-awal aku nak cakap cerita ni best. Boleh? Aku nak bagi 5 bintang. Ada sedih, lawak dan ada pasal semangat.


Dah la Sabtu lepas, aku memang down gilakan? Memang sesuailah movie ni untuk pulihkan semangat aku :D.


Rasa tak boleh nak kelip matapun. Kalau berkelip, aku rasa rugi :D. Nak-nak bila scene sampai kat Beijing. Aku tak pernah pergi Beijing, so teringin gila-gila bila tengok scene yang dekat Beijing.


Pandai budak cina jahat tu bawa watak. Aku lak rasa macam nak tumbuk dia.


Dah malas nak cerita banyak. Pergi tengok!!! Dijamin best :D.

Jackie Chan dah tua erk? Terasa sayu pulak.

Teringin nak anak macam ni. Berambut kerinting. So kiut ^__^. Pandai Jaden Smith berlakon. 5 bintang for him!!

*berapa kali berlinang airmata tengok cerita ni. Semangat :P

Lepas tengok wayang, misi adalah ke Jakel, Shah Alam (yang terbesar tu) untuk membeli kain ciffon. Aku suka pergi Jakel, sebab ada bermacam jenis kaler. So senang nak pilih.

Tapi bila tengok..

Kain lace labuci, mak aiii kenapa mahal sangat!!! Terasa rugi bila teringat di Yogyakarta lagi murah. Nak dibandingkan di sini, mahalnya sepuluh kali ganda aku rasa. Mana taknya RM3800 semeter kat Jakel??

p/s : tengah tunggu mr.boyfie hantar gambar pergi Genting, Khamis lepas (eh kantoi :P). Lambat sungguh!!!


.:. By .:.

10 comments:

Mag said...

kalo ko slalu g indon tayah la beli kat jakel..tapi orang kata kualiti lain..tp kalo ko nak buat kawen pakai sekali jer..

Byzura Mj (By) said...

f.f : same. same!! huhuhu.. memang aku pegang sama!!

sanding tak la..kalau nikah mungkin. boleh leh pakai majlis lain.. *gila berangan sampai tahap tu:D

Azirah said...

huh da nk kawen..

eh2 tiba2 je.. haluu..

i'm silent reader..br skrg x reti silent..hahahahahah

Byzura Mj (By) said...

Are-Gya : haahahah kan dah kantoi..

eh belum lah :)

Espresso Guy said...

Babe... meh shopping kain kt Arab St... lagi lawa, more exclusive and murah drp jakel or euro moda...

Byzura Mj (By) said...

Espresso Guy : yeke? tapi duit sana mahal la :(

Espresso Guy said...

Ape lak mahal... kawan aku br je beli satu kain lace dgn dua tone warna... lawa... tue baru dlm SGD150 je utk dua meter... dia kata dia dh tgk kt jakel n euro moda b4 dtg kt sini, n sini lagi murah + lawa n xde jual kt jakel/euro moda...

Byzura Mj (By) said...

Espresso Guy : erk?? murahlah!!!

tapi bandung lagi murah..wakakaka..

erm nanti aku plan g sana. tapi belum tahu bila ^__^.

beb handbag murah2 tak?

Espresso Guy said...

bandung murah tp tue local fabric... nie imported fabric babe... french, italian etc...

beg murah2 gak... gucci around sgd599 pn ada... hehe... bleh buat hantaran wedding ko nnt... =p

Byzura Mj (By) said...

Espresso Guy : no lah. kat bandung tu ada yang kedai from french gak. kena pandai pilih...

Gucci? tak mampulah. cukuplah besederhana :)