Seperti biasa, tidak mengganggu time bola T____T. Rasa pelik lak tengok wayang time siang. Selalu malam je.
Awal-awal aku nak cakap cerita ni best. Boleh? Aku nak bagi 5 bintang. Ada sedih, lawak dan ada pasal semangat.
Dah la Sabtu lepas, aku memang down gilakan? Memang sesuailah movie ni untuk pulihkan semangat aku :D.
Rasa tak boleh nak kelip matapun. Kalau berkelip, aku rasa rugi :D. Nak-nak bila scene sampai kat Beijing. Aku tak pernah pergi Beijing, so teringin gila-gila bila tengok scene yang dekat Beijing.
Pandai budak cina jahat tu bawa watak. Aku lak rasa macam nak tumbuk dia.
Dah malas nak cerita banyak. Pergi tengok!!! Dijamin best :D.
Jackie Chan dah tua erk? Terasa sayu pulak.
Teringin nak anak macam ni. Berambut kerinting. So kiut ^__^. Pandai Jaden Smith berlakon. 5 bintang for him!!
*berapa kali berlinang airmata tengok cerita ni. Semangat :P
Lepas tengok wayang, misi adalah ke Jakel, Shah Alam (yang terbesar tu) untuk membeli kain ciffon. Aku suka pergi Jakel, sebab ada bermacam jenis kaler. So senang nak pilih.
Tapi bila tengok..
Kain lace labuci, mak aiii kenapa mahal sangat!!! Terasa rugi bila teringat di Yogyakarta lagi murah. Nak dibandingkan di sini, mahalnya sepuluh kali ganda aku rasa. Mana taknya RM3800 semeter kat Jakel??
p/s : tengah tunggu mr.boyfie hantar gambar pergi Genting, Khamis lepas (eh kantoi :P). Lambat sungguh!!!
.:. By .:.

