Tuesday, June 15, 2010

Jaguh Kampung Dusun...

Ha ni dia gambar aku masuk jogathon hari tu. Aku memang jarang berlari sakan. Kalau rajin pun takkan jogging pastu borak lebeh, boleh. Kalau nak lari sepanjang jalan, non stop. Harap maklum.


Memang haram jadah aku nak lari je. Bukan apa, nanti hidung kembang kempis tengah ambil nafas. Dan-dan pulak laki macho lari kat sebelah. Ha menjawab! Tak ke buruk rhupa?? :D.


Ni pun sebab terpaksa. Sebab, nak tengok stamina macam mana. Nanti bulan Julai dah ada tournement netball.


Jam kira-kira pukul 7.30 pagi dah start. Mula-mula lepaskan wanita open dulu. Nasib baik tak guna pistol. Kalau tak aku pengsan dulu.


Tengah-tengah lari agak kagum melihat pasangan cina suami isteri, masih kuat berjongging. Dan kagum juga dengan keindahan di Tasik Bandar Pemaisuri. Rupanya ramai jejaka macho bangun pagi, berjogging kat situ. Bolehlah pergi lagi.


Masa aku kat check point last, ada mamat macho lagi gagah perkasa lari kat tepi aku. Kira berhadapan dengan aku. Dia bawa piring terbang. Tersenyum. Konon-konon macho la bawa piring terbang?


Takpa, next time aku bawa putu piring. Kita makan sama-sama ^_^.


Then sampai kat bukit. Aku lari reverse. Sakit lutut la kalau berlari ke depan. Kalau reverse lutut tak kecong sangat. *mengaku jelah dah tua.


Dekat checkpoint last gak aku dikerah lari. Tapi, aku slambe buat dek, malas nak lari. Kalau paksa nanti pengsan.*alasan.


Sampai je ke garisan penamat, orang dah bersorak. Malu! tahu malu? Siap tepuk-tepuk tangan. Hai sabar je lah. Pakcik tak ade gigi yang paling semangat tepuk.

Nampak tak aku? kasut nak pink cina yang pakai sweater biru tu. Dia johan vateran. Vateran pon dia johan segala. Aku baru nak lari 10 tapak. Dia dah pergi jauh. 100 meter ke depan.


Tu bukan hadiah untuk aku tu. Untuk kawan aku. Aku dapat tempat ke-8. Kira ok la kan? Jogathon sambil bercerita pasal Yogyakarta. hahaha! Dalam gambar tu, coach netball. Muka aku biasa macam haram. Kalau bangun tidur, memang susah nak surut tenbamnya. *padahal muka sentiasa tenbam*

Ni geng-geng netball. Aku adalah yang paling muda ^_^. Muda lagi tak hadir. Mana ntah diaorang pergi.


OK habis aktiviti sihat aku.


.:. By .:.

2 comments:

Mag said...

ok r tu n0 8. aku dulu pernah join masa sekolah no 15 kut. haha. dapat ;lah hadiah tupperware

Byzura Mj (By) said...

f.f : ok la tu. ko dapat gak hadiah. aku? letih berborak. hahaha