Tuesday, June 15, 2010

Siapa nak datang By bertunang?

Ini cerita, masa aku attend kenduri kahwin adik kawan kepada akak aku, hari Ahad lepas. Bukan pergi berdua je. Tapi, dengan kawan-kawan akak aku. Bila jalan seiring, tetiba terasa macam sebaya dengan diaorang pulak ^_^".


Bila makanan masuk mulut. Wt**?? Sedap bangat masakan!! Daging hitam dia power! Aku pun terus amik leaflet kat atas meja.


Belek punya belek dengan akak aku, ada harga murah. Akak aku dah excited, siap kira berapa anggaran. cait.


Tiba-tiba ada yang menyampuk..


"Bila ni??" * sambil tunjuk aku.

"Tatau lagi"

"Tu tengok leaflet tu..mesti nak dekat"

"Tengok je. Mana tahu ada yang murah. Boleh simpan contact number"

"OOoooo nanti bersanding buat lah warna merah...cantik...akak suka. Pastu pelamin bla bla bla"

*dalam hati kalau kena kejar lembu macam ne akak oi??

Dan sorang lagi menyampuk..

"Dengan orang mana? Kerja mana? Bila nak bertunang???"

*mak ai banyaknya soalan..

"Dengan org %#%$#dfs, kerja fsfr%##fsfs, insyaAllah kalau tak ada aral #@42FSF#@#" Kata akak aku macam tak ada perasaan nak jawab..

"Buat kat mana?? Buatlah kat Pahang. Nak datang. Mesti gempak!!! Tapi kalau kahwin dengan pangeran la"
sambil gelak-gelak.

^_^" penat nak menjawab.


"Betul ke nak datang??" Tanya kakak.





"Betullll.....kitaorang datang punya!!" Sambil gelak dan menunjukkan muka macam beriya nak datang.



Lalu akak aku menjawab....




"Kalau nak datang, bawa lah hadiah sorang satu ya!!!" Kata kakak selambe...


OK kali ni aku nak gelak sakan. Wakakaka


Ada ke orang tunang kena bawak hadiah??



Nak tahu apa kakak-kakak kecoh tu buat??


Hanya terdiam sambung makan.....Dan sorang lagi cepat-cepat salam nak balik..



Dah habis drama sebabab bai aka lebai :D.





.:. By .:.

4 comments:

SheLLy said...

wujud lai kaum cmtu..haihh!!

Bai said...

SheLLy : masehhhh!!!

fabulous.farah said...

huhuhu...biaso. lepas ni ko kawen orang tny bile nak anak. bila dah ade anak org tanya bila nak tambah

Bai said...

f.f : tak habis2 kan? nanti lah rekod pastu bagi diaorg dgr je jawapannya..hahaha