Wednesday, June 23, 2010

Tafsir mimpi...

Sedang enak melayan sms selepas sesi ulangan menonton Full House. Tepuk-tepuk bantal nak tidur. Sms semalam sangat menyeronokkan. Sambil tersenyum nak tidur. Tak fikir langsung apa-apa.


Malam yang panas tapi tiba-tiba sejuk. Peluk bantal busuk. Tilam yang lembik-lembik. Cadar yang baru ditukar. Ohhh bestnya tidur.


Tapi, dalam syok tidur aku mimpi, aku lihat banjir besar. Sangat!! Ombak yang sangat kuat. Aku lihat dengan tenang. Aku tak panik pun. Malah aku kayuh sampan dengan tenang. Pelik, air itu tak mengalir ke arah aku.


Last-last aku terjaga. Hati aku tetap tenang dan bangun dengan mengukir senyuman. *angau apa ntah aku ni*


Kata orang, kalau lihat banjir besar, akan mendatangkan rezeki.
Ni ada fakta sikit kalau kita mimpi berkaitan dengan air.


Air

Jika anda bermimpi berjalan diatas air alamat anda akan beruntung.
Sedang mimpi tenggelam dalam air sungai alamat buruk. Dan bila
bermimpi lihat air masuk kedalam rumah alamat anak dan anda akan
mengalami sakit. Anda bermimpi menangis melelehkan air mata alamat
akan datang kegembiraan. Dan memimpikan air buah menandakan tak lama
lagi (dalam hitungan hari) akan menerima kabar gembira dari sanak
famili atau teman Anda. Mimpi melihat air banjir, bersirat akan
mendapatkan rerzeki. Mimpi melihat air mengalir, bermakna aka
mendapatkan kabar yang mengejutkan.




Kiranya, aku akan mendapat wang besar kah?


Atau, apa yang di sms kan kepada aku semalam akan menjadi kenyataan?


ok nak senyum lagi. Dan berdoa, ia menjadi kenyataan :D.



p/s : Mimpi melihat air mengalir, bermakna akan mendapatkan kabar yang mengejutkan.mengejutkan kalau difikir positif tu, ada orang nak melamar ke? bahahaha verangan lagi. *muntah hijo*. Lepas ni mesti ada orang cop aku dessssssperate nak kawin :D.



.:. By .:.

7 comments:

Asrol said...

esk dpt gaji kot.. huhu..

Asrol said...

esk dpt gaji kot.. huhu..

Bai said...

Asrol : tiap2 bulan dapat gaji :D. mimpi ni setahun sekali belum tentu..

Madi @ Aed said...

desperate nk kawin xpe..bende baik..hee..

Bai said...

Madi@Aed : hahahaha!

Are-Gya said...

bai da xsabr nk awen tu..cept2 sikit nk mam nasi minyak ni..da lame x g umh org kawen

Bai said...

Are-Gya : huhuhuhu awak lah dulu :P