Wednesday, June 9, 2010

Yogyakarta day 4

Bila masuk day 4, boleh rehat sikit. Ok tipu. Rehat sementara tunggu my BIL dan akak uruskan urusan kargo. Sampai 2 cubic diaorang bawa balik barang. Aku tumpang sekaki :D. Kitaorang tak bawak balik dengan AirAsia. Mau lendur kapal terbang. Hahaha!


Amacam day 4? Ada tenbam ka?? Aku duk usik Nina suruh bangun pergi jalan-jalan. Dia membuta je. Penat katanya.

Baru sempat nak ambil gambar hotel yang kitaorang menginap. Ni no bilik. Unik?

Ni depan hotel. Swimming pool ada kat building hijau tu.

Yes berjaya ajak Nina jalan-jalan. Macam perkampungan kan? Memang kampung pun. Tapi area ni paling banyak mat saleh menginap sebab tempatnya nyaman dan tenang.


OK. Kakak dah balik. Jom sambung jalan!!!

Ni Busana Melya, Taman Sari. Yes memang aku banyak pergi tengok busana pengantin di sana T__T.

Depan busana ada orang jual satay. Aku teringin sebab bau dia harum. Tapi takut tak halal. CANCEL. Memang ramai jual satay macam ni kat sana.


Ni tempat art. Printing kad kawin pun ada. Upah printing 1000rph, RM 0.35 sen. Murah kan??

Ni dalam Busana Melya tadi. Baju ala kejawaan memang banyak. Tapi, kalau untuk lelaki memang wak karman terus. Hahaha!

Oh dah ke bandar Yogyakarta. Telekom ^__^.


Butik batik. Rambang mata. Sampai tatau pattern mana nak ambil. Semua batik. Tapi batik kan ada makna tersendiri kan?

Di hadapan Istana Negara. Noted. Pakai baju jalur macam ni menampakkan aku lagi gemuk :(.

Suasana Malioboro. Ingatkan Sabtu Ahad je penuh, tapi hari biasa pun ramai.

Di Ny.Kamtu restoran. Sini semua makanan berasaskan ikan. Oh botol tu bukan botol arak ya. Botol sos.

Hasil rembatan di kedai silver day 3. Bukan tangan aku tu.

Makanan kat Ny. Kamtu. Tauhu, ikan, telur. Sedap!!

Bihun fishball.


Sepanjang Jalan Malioboro. Dipenuhi dengan orang menjual. Rambang tak rambang la gak mata. Sini pergi murah. Sini lagi murah. Gilak!


Gambar yang sempat aku snap. Perhatikan nenek tu. Last-last tumbang, dia tidur. Wakakaka. Dah tua pun mencari duit lagi. Gigih. Mana pergi anak dan cucu? :(


Tengok apa akak aku pegang tu. Lukisan. RM 35 je. Kalau sini RM500++ - 1k.

Ni pulak martabak Terang Bulan. Memang glamer martabak ni. Dalam RM3.50 yang special. Guna telur itik. Terang Bulan ni sebenarnya nama kampung. So orang tak boleh ciplak nama la. Kalau martabak, memang dari Terang Bulan.

Tengoklah bungkusan dia. Walaupun Yogyakarta macam kuno kan? Tapi, packaging gempak!

Ni rupanya martabak tu. Siap bawang jeruk. Yogya kan tak makan pedas, so dia bekalkan cili api. Bapakkkk!! Pedas. Sahaja suruh aku buasir lagi.

Ni pun Terang Bulan jual. Apam balik. Korang pilih nak letak apa. Cokelat? Chesse? Semua ado.


p/s : Sikit-sikit pasal kahwin kan? Erm actually adalah benda yang aku beli utk persedian. Tapi aku tak tunjuk kat sini. Nanti basi la weeee :P. Persiapan ok??? Persiapan. Tapi bukan untuk kahwin lah :P. Kahwin next vacation :P.

.:. By .:.

4 comments:

Mag said...

ahaha..ape la yang korangborong sampai bercargo..perabot ke?

aku dah terhidu2 nasi minyak

Anonymous said...

bestnyer jalan2..tempt tu pun mcm best je..murah la kalau 35 sen..kat tganu ni pun yg simple tu je 18 sen..

Byzura Mj (By) said...

f.f : adalah sikit barang :P.

ooo nasi minyak kedai depan tu ha..hahaha

Byzura Mj (By) said...

AmyLiana8886 : 35 sen tu dah gempak dah...huhuhu. 18sen? tu kad macam mana tu?