Thursday, June 10, 2010

Yogyakarta day 5 (Part 2)

Ok sambung dari part 1. Tak habis-habiskan? Gosip lain pun dah banyak abaikan. Nak setlekan cerita Yogyakarta ni dulu. Siapa nak muntah silakan :P.

Aku tak habis-habis tengok pasu kat Jalan Kasongan. Ni antara pattern yang aku minat. Yang kecik tu 65k rph. Tak sampai RM35 duit kita.

Ni sungai Jalan Kasongan. Hirup udara, jernihkan mata dan tahan kesabaran untuk membeli belah :D.

Lukisan yang beharga 200+k rph. Dalam 80+.

Tadi ambil merah lain. Ni nampak yang lagi merah, so tukar!

Ni pula beharga 2juta rph. RM700. Wishlist :D.

Ni beharga 1 juta rph. RM 350. Macam raja lak kan?

Abaikan muka yang pucat lesi, hitam bagai. Sana panas, itu sebab aku balik sini aku demam.

Dah habis shopping, jalan-jalan. Lalu tepi sawah lagi ^_^. Aku pasang lagu kat hp aku, then nyanyi lagu jiwang. Lantaklah wak beca tu nak cakap apa. Pedulik :P.

Ni tandanya ada orang kahwin. Nampak tak daun kelapa tu di letakkan kat tempat yang tinggi? Kalau macam tu rupanya, tanda ada perkahwinan. Kalau dia letakkan di atas jalan, maknanya ada orang mati.

Dah petang, kitaorang ke Spa. Hari ke-6 dah nak balik. Memang set time untuk ke Spa last-last day. Badan pun penuh dengan daki. So, memang sesuailah kan?

Spa ni gunakan scrup asli. Dibuat sendiri. Dari bahan seperti kunyit, timun, carrot, susu, macam-macam lah. Pilih je.

Bilik di mana badan aku discrupkan.

Tempat di mana untuk rilek dan urut kaki sambil mendengar lagu jawa :D.


Bukti. Aku ambil facial + scrup badan + massage. 195k rph. Aku cukupkan 200k rph, beli ramuan lulur. RM 70 semuanya. Murah?


Lepas setle semua, dia bagi minum teh. Rasa mint-mint sikit. Letak pudina kot.

Balik hotel singgah swimming pool jap.

Then, keluar balik pekena roti bakar bandung. Chesse + Cokelat. Sedappppp.. RM 3.50 sebuku besar tu.
Then lepak kat gerai buat susu panas. Susu lembu ok!!! Sedap oooo sambil bau lembu. Hahaha. Aku pilih susu cokelat.


Tak puas aku order susu original. Sebab, susu cokelat tak bau lembu :D.

Lepas tu, kitaorang jalan ke Kratun. Kawasan Istana. Saja nak ambil udara malam kat sana. Korang ingat tak aku cerita 2 pokok misteri tu? Kitaorang try!!! Gambar atas tu untuk menyewa penutup mata. Ingat rule dia kena tutup mata dengan sesuatu.

Ntah apa my BIL cakap. Lurus yang. Lurus yang. Mesti boleh tembus tengah. Last-last ke kanan. Aku *gelak guling-guling.

Cuba sorang lak. Tak puas hati kata my BIL. ke kiri. Wakakakaka. Tapi, dia dapat tembus jalan tengah 2 kali whoooot! clap clap.

Cuba lagi. Ke kanan jugakkkk. Hahaha. Aku tak try sebab aku dah penin pala ketawakan diaorang.







Dah habis day 5!! Day 6 lak...fewhhh *lap air peluh
.:. By .:.

8 comments:

~AmyLiana8886~ said...

wow..bestnyer..kerusi tu kalau kat malaysia rasenyer mahal..murah2 lah barang kat sana ek..

Bai said...

AmyLiana8886 : kat sini memang mahal la :(. telan air liur je kalau tengok kat da vinci sebelah sogo tu. huuhuhu.

Sangat murah. Banyak beza.

mrs shaifull said...

best gila, pasu cantek, murah, ish ish ish, mmg menaikkan nafsu betullah kan dik? :)

fabulous.farah said...

wish list tu ko nak buat ape? puteri beradu?
huhuhu

murah gak set spa die tu..

Bai said...

mrs shaifull : sangat! nasib baik la takde rumah lagi

Bai said...

f.f : hehehe letak kat ruang tamu :P.

murah. massage pun lama.

Asrol said...

Wah.. lau aku tau, aku kirim pasu bunga rm38 tuh.. hahaha.. lawa seh.. post yg ni paling best aku baca sebab ko wat aku tergiur.. wakaka..

Bai said...

Asrol : hehehe. dah terlambat. takpe nanti g lagi :P. hahaha. tergiur? wow!