Thursday, July 29, 2010

Pesta durian kembali!

Tunggu punya tunggu, ada rupanya pesta durian. Terus sms Iz. Kebetulan juga dia pun mahu sms saya (kan aku cakap dah nak tukar aku kepada saya). Kitaorang selalu berfikir benda yang sama :D. Jangan suka pakwe yang sama sudah! Haha. Oh dia lagi suka Edward. Saya suka Jacob!


Ok berbalik pada Pesta Durian. Pesta ini sampai 29 (hari ini) kalau tak silap, di Muzium Telekom. Siapa nak pergi, sila serbu cepat-cepat! Semalam saya dan Iz pun hampir kempunan tak boleh makan durian. Pukul 4 petang baru durian sampai sebab dah habis.



Gila apa kalau saya dan Iz nak tunggu. Apa tak kojo ke? Dengan muka sedih lagi berpeluh merayu nak masuk makan durian. Akhirnya, kitaorang diberi peluang! Yahooo!



Masuk seperti biasa RM 15. Makanlah sebanyak mungkin. Sampai lalok pun boleh ;).

Ni gambar di hadapan Muzium Telekom. Saya ingat Iz nak Ambil gambar banner tu. Eh ada gambar saya :D. Terima kasih Iz. Kamera mu tetap ku kenang.


Muka macam stim jumpa durian. Nak nak ada orang serve. Siap botol mineral pun saya suruh mamat bangla tu bukakan. Manjanya saya~ Iz terus memandang ke arah saya. Apa kau nampak macam aku keji Iz? Hahaha!


Oh saya hanya berdua dengan Iz. Sebab pakwe kami jauh nun bekerja. Hahaha!


Tengok lah isi. Betapa gembiranya saya berjumpa dengan Raja Buah ini. Tebal, mantap, lemak! Kitaorang menghabiskan lebih kurang 5 biji durian.




Eh eh....nanti dulu....








nak









sedawa








Blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrppppppp!




Bau doyan! ^_^




.:. By .:.

10 comments:

Mag said...

free ke bai??

Byzura Mj (By) said...

f.f : ha tak baca betol2 la ni. hahaha. rm 15. boleh makan banyak mana.

~zack~ said...

sedapnye...dh la sy ni hantu durian ye...

Byzura Mj (By) said...

zack_blossom : so wajib pergi! hari ni last! :D

Mag said...

ouh..ye ke..haha..nampak durian aku terus tak nampak semua benda. 15 berbaloi2 la kalo ko makan 5 biji. haha

Byzura Mj (By) said...

f.f : memang berbaloi sebab kalau luar D24 dalam berbelas ke rm 10 sekilo. sebiji dah 2 kilo.

takpe aku maafkan untuk ibu-ibu mengandung :P

Lady of Leisure said...

adoi tak tahan tau tengok durian huhu

madihahmanshor said...

aaaa..bai makan durian..nak beli lagi lah!!

Byzura Mj (By) said...

Lady : kan? sedappp... ni tahap makan stok setahun hehehe

Byzura Mj (By) said...

Madi : sila beli!!! :D