Thursday, August 5, 2010

Akhirnya dapat juga merasa ke Soul Garden.

Hi,

Nak berhi-hi lak. Hihihi. Yerp, semalam dapat merasa ke Soul Garden. Dah lama plan dengan 'kawan sebulu' tapi tak sampai-sampai gak. Ni pun bukan pergi dengan dia, tapi dengan se-team kat tempat kerja. Iz nanti kita pergi k?


Act, ni cadangan bos. Mungkin sebelum puasa, dia bagi anak buah makan puas-puas dulu :). Especially aku. Hahahak! Memang tak tolak lah kalau makan-makan ni.


Soul Garden ni adalah Restoran Korean yang menyediakan Korean-styled BBQ Buffet. Satu kepala for lunch RM 26.88 ++. Semalam dapat harga RM 33 sekepala. Boleh duduk seberapa banyak jam pun :). Kalau duduk lama lagi best. Dapat makan macam-macam.


Ada kimchi, ada udang, ada daging, ikan, semua kita boleh pilih sendiri nak banyak mana. Airpun ambil sendiri. Boleh reload-reload :). Termasuklah desert. Tapi desert dia hanya rojak, aiskrim dan air batu campur je.

Kitaorang pilih tomyam sup. Tomyam dia tak pedas, almaklumlah orang Korea mana makan pedas-pedas kan? Tepi tu pulak bahagian bakar membakar. Elok-elok jangan sampai naik api besar! Hahaha!


Aku pulun daging bakar dengan udang bakar. Cicah air asam. Melayu tu melayu gak. Air asam tetap di hati.


Yeah kita bakar sampai muka pun naik minyak! Sesiapa nak pergi sila bawa tisu lebih hokeh.

Makan dan makan lagi. Sessi gambar jangan dilupa.


Sana sinun ada kamera. Terima kasih ya jurugambar. Hamba menyilok saja gambar dari diaorang. Hahaha. eh Suri tu macam nak cium aku lak.

Time ni big boss dah datang. Duduk sebelah lak tu. Haih bantut nafsu makan :D. Malu..hahaha!


Ni desert satu untuk aku satu lagi Suri. Lepas melahap ABC campur ais krim jagung, aku tibai ais krim durian. Durian ok kawan-kawan. Durian.


Team Inventory.

Team Inventory + OSM.

Dan last gambar perempuan bajet photographer profesional.



Sesiapa yang tahu lebih lanjut pasal Soul Garden,- sila click sini-.




.:. By .:.

6 comments:

C!kpuanmuda® said...

aku plan ngan wan nak gi hujung minggu ni.. bedal sebelum pose.. haha

babe, ko dah put on weight ke?

iZZie said...

baiklah kak by! nanti kita pergi mamam kat sana. apa barang baru 55kg! kasik up sket la.. T_______T

Byzura Mj (By) said...

CPM : bedal jangan tak bedal. Ko jangan makan sebelum pergi. kasi puasa. hahaha


Nape? Nampak ketara ke? Mungkinlah. Hiks. Dan mahu sikit lagi :).

Byzura Mj (By) said...

Izzie : hahaha. lu 55kg? wa dah bawah 50 kot? huhuhu. Tapi wa nak maitain dan turun skit lagi ..nanti tak muat itu bajuuuuuuuuuuu erk raya! :D


Lu kasi up lebih takpe, umur lu masih panjang. hahaha. apekes dengan umur lak :P.

Mag said...

huhuhu..best. makan sampai muntah..lunch murah sikit eh.kiteorang biasa g malam 35++ kut..

Byzura Mj (By) said...

f.f : aah ah lunch murah. malam mahal skit.