Thursday, August 5, 2010

Kenapa pengabisan SALT macam itu?

Semalam, tengok cerita SALT kat Mid Val. Boleh pulak terserempak dengan kawan sebulu Iz (Izzie). Rancak berborak Iz? Hehehehe. Hampir tak kenal Mr.K :P.



Sampai pun dah lewat. Pastu tunggu Mr.boyfie siapkan kerja. Dekat 30 minit tunggu. Baikkan i? Tu pengorbanan tu, kalau u tak hargai siaplah u.hoh.



Masuk-masuk dah sampai adegan ahkak Angelina naik motor. Terus tenganga. Kali ni ahkak Angelina berlakon dengan bagus sekali. Berjaya.



Kagum dengan watak yang diberi. Nak-nak time action yang ada tumbuk menumbuk. Kuat gila tenaga. Minum tongkat ali ke apa? Heh.

Aku suka masa adegan masa ni. Ahkak Angelina sangat cool hokeh. Dia warnakan rambut untuk kaburkan orang. Best-best.



Tapi, kenapa SALT pengabisan dia macam tu? Sangat tak puas hati. Ada SALT 2 ke?



Then lepas menonton movie, jalan-jalan kejap. Berjaya merembat syampoo dari LOREAL. Saja nak tukar angin. Selama ni guna Rejoice je. Dari kecik sampai besar guna Rejoice. Balik rumah terus mandi dan syampookan rambut.


Oh ternyata kamu sangat memuaskan hatiku ;). Lembut sehalus sutera + ombak-ombak rambut ku dan dan wangi!!! Ingin kekalkan selamanya.



*pict google-ed


Sekian hari ngedate saya ;) ;

.:. By .:.

8 comments:

fabulous.farah said...

suka jugak shampoo ni, lembut rambut dah la wangi..tapi dia punya kesan lembut tu kalo rambut aku tahan 2-3 minggu jer, lepas tu macam tak de efek. so kene tukar2-tukar ngan shampoo lain, pastu pakai shampoo ni balik rambut lembut balik

Bai said...

f.f : ok la tu 2-3 minggu..hehehe rejoice sehari pon tak..


tak rosak ke ko tukar2 syampoo?

fabulous.farah said...

aku guna 2 shampoo, bila shamppo tu dah xbekesan tukar head shoulder dalam sebulan pastu pakai shampoo ni balik. hahaha..over 2-3 minggu. 2-3 bulan lah! silap. kalo terus pakai shampoo ni die macam xde kesan, keras kejung jugak..

Bai said...

f.f : hahaha. eah? ok kita tunggu dan lihat rambut aku...

aku lak tak leh pakai head shoulder. mulalah berkerak rambut ;(

.::WaNiE::. said...

tak penah try syampoo ni

selama ni kalau try pantene ke head n shoulder ke rejoice ke mesti balik ke sunsilk limau purut jugak :P

huhuhuhu

Bai said...

WaNiE : Sunsilk limau purut pun ok. Elakkan kulit kepala berkerak.. :).

iZZie said...

hoh.. malo wa kantoi dengan lu n team member wa gak. nasib baik wa behave semalam. hahaha

elseve tu wa pakai gak dulu. memang best. bau harum. tapi skang wa brenti kejap sebab pakai tanamerah busuk tu.

Bai said...

Izzie : hahaha. tu la jauh je jalan2. hahaha. wa pun nasib baik tak terpegang tangan :D.

oh tanamerah. elok tak?