Monday, August 23, 2010

Bubba Gump, the Curve.

Walllah!!! Dimulakan entry hari ini dengan makanan ya kengkawan :D. Dah masuk 7 hari tak berpuasa. Hari ni last kot. Esok boleh puasa balik. Yehuuuu!!!


Semenjak tak puasa ni, memang tak ada sangat kepingin nak itu nak ini. Malah, tidak makan sangat di siang hari walaupun boleh makan. Hanya kemam cokelat atau gula-gula kat opis. Mesti berat pun sudah berkurang! Harus pergi timbang. Tapi kalau penimbang tu cakap "awak dalam kategori kurus", tak tahu lah nak ketawa ke nak nangis. Haih serba tak kena!


Owh hari pada Sabtu, misi kedua berjaya. Dalam process pembuatan.


Dan hari Ahad, hanya duduk kat rumah tengok Adam Maya kat youtube. Sangat suwet itu budak Hussein kan? Ada ke lelaki macam tu? Owh!!


Dan bila tiba nak dekat pukul 5 petang, BIL ajak makan kat Bubba Gump, the Curve. Pernah dengar dari kawan. So peluanggg!! Hahahaha! Malu gak tapi makan jangan ditolak :D.


Aku sampai lambat sikit. Sebab nak isi minyak dulu bagai. Seperti biasa si kancil (Suci) dan si Buaya (Nina. Mati kalau tahu aku panggil buaya), ikut naik kereta aku. Terkedek-kedek jalan. Tahu je lah Suci kalau jalan dengan aku, nakalnya lebih sedikit. Lari sana lari sini. Nasib baik Cik Su tak puasa dekkk.



Sampai-sampai penuh dengan makanan atas meja. Nampak pun dah penin. Macam mana nak habiskan?



Nah hamik! Nak sangat makan kat Bubba Gump kan?


Air ni aku tambah 2 kali. Dahaaaagaa. Owh air adalah free untuk menu Ramadhan.

Pelik. Maklumlah jakun. Mana ada orang hidang atas surat khabar kan? Mula-mula agak lain gak tapi sebenarnya memang dia 'deco' macam tu. Hahaha! Jakun-jakun.



Desert yang paling best di abad ini. Bawah tu macam dia letak biskut oreo. Atas? Aiskrimmm. Ada 2 desert, tapi aku sempat snap yang ni je...


Semua ok. Udang yang banyak. Makanan yang banyak. Aku rasa 2 menu kita boleh share dalam 4 orang makan.


Kelebihan restoran ni adalah dia ulang tayang movie forrest gump. Dan restoran ini memang berkonsepkan movie tu....




Sekian, hujung minggu;
.:. By .:.

3 comments:

Madi @ Aed said...

woh..peliknye lapik paper~~tp mcm menarik kedai tuh..

Bai said...

Madi : tu la pasal...menarik..sentiasa penuh dengan orang :)

ros said...

"salam ziarah..jemputlah singgah ya..tq"