Saturday, August 7, 2010

Huh! Tegang-tegang urat, loya-loya plak tu.

Tula padan muka. Balik tadi tegang segala urat leher. Ni mesti nak penin then loya-loya. Selalunya macam tu lah. Rasa nak pitam dah dalam kereta. Tahan je badan ni supaya kuat.


Bukan sebab ngandung atau sakit hokeh!


Tapi sebab lain. Aku pergi teman mak-mak dara pergi karok. Hahaha. Gelak tak ingat punya!!!


Ada yang gelek tak ingat suami kat rumah . Hahaha. Lagi best masa diaorang nyanyi lagu 100% cintaku- Mas Idayu. Memang gelek habis! Somput nafas den.


Pitching jangan cakap lah, lari semua. Pastu suara lagi lambat dari lirik sebab duk mengeja satu-satu. Hahaha! Cewah By sedap ko kutuk ya!


Main nyanyi je. Tak de tune apa apa dah. Hahaha. Lawak. Aku pilih lagu, pastu duk berebut lagu aku pilih. Hampeh. Yela aku kan kalau karok mesti lagu lama. Lagu-lagu yang diaorang tahu. Tu pasal lah berebut. Bila dengar je muzik, diaorang ramai-ramai duduk berebut micr pastu cakap...ooooooooooooo lagu ni.. Nak nak nak nyanyi. Hadoi Lepuk kang baru tahu! :P


Bila aku nak nyanyi je...diaorang mesti sampuk gak. Pastu nyanyi dengan nada tinggi. Sampai aku terikut sekali menjerit. Lagu tu sebenarnya tak perlu nak menjerit. Tapi ntah napa diaorang tinggikan nada diaorang. Yang aku ikut skali apahal kan? Hahaha!


Balik semua suara dah serak-serak. Ada yang tak ada suara terus. Hahaha! Mula-mula nak lepak tapi tak jadi. Semuanya dah penat.


Sampai lift pun diaorang nampak lirik berlegar-legar kat dinding. Lawak!





ok lah itu saja untuk hari ini. Sekian hari saya bersama-sama mak dara :);

.:. By .:.

2 comments:

Lady of Leisure said...

hehe last time karaoke d bukit tinggi ngan hubby about 2-3 yrs ago.. tapi masa tu malu2 lagi nak nyanyi nyiahaha

Bai said...

Lady : i dulu pun malu2. ikut je tapi tak nyanyi. Tapi skang dah syok pulak :P.