Wednesday, August 11, 2010

Wahab's, The Best Cendol In Town.

Ops tersasul buat entry pasal makanan lak. Halalkan lah eah? Aci tak? :D. Jangan baca sambil telan air liur tau...nanti batal puasa. Wa ok, ada aku kisah? padahal tertelan dah satu titik airliur.


Kelmarin adalah penamat segala-galanya. Selagi belum puasa, aku pulun makan apa perut aku nak. Aku sms Lynn, ajak makan. Kebetulan lama betul tak jumpa minah ni. Lin ko cakap aku banyak boyfren? Aku ada 4 ex je la...tu pun time sekolah ada 3 bf. Cinta monyet je tu.


Aku ajak dia pergi cari cendol. Mula aku cakap kat dia cari cendol Pak Mat kat Wangsa Maju..tapi...sebenarnya nama dia..

Wahab. Pak Wahab. Hahaha. Main tibai je aku sebut nama Pak Mat. Kedai di Wangsa Maju berdekatan dengan JJ Wangsa Maju. Pak Wahab dulu jual cendol dengan van je. Sekarang dah buat kedai. Tapi, lagi syok kalau makan tepi jalan bersama-sama van bukan?


Aku try cendol durian, RM 3.00. Sedap! Santan terasa. Ikhlas Pak Wahab menjual :). Memang santan asli dia pakai. Dan durian pulak bukan durian kacukan ke apa. Aku rasa macam durian kampung! Yang kecik-kecik, tapi isinya lemak berkrim! Ada bermacam-macam jenis cendol. Nora, ko patut try. This is the best one!


Lepas tu aku order rojak special. Share-share sebab abang yang ambil order tu cakap, banyak! Oh memang banyak. Dengan sotongnya, dengan telur matanya, dengan ayamnya, dengan meenya, dengan cucurnya. Macam-macam dalam rojak tu. Memang berbaloi walaupun rojak tu beharga RM 8.00.


Dan aku order mee rebus. Mee rebus dia pun ok. Tak manis sangat seperti yang pernah aku makan sebelum ini.


Jom jumpa Pak Wahab!!! Dia ada kat dalam kedai jaga kaunter. Memang sebiji muka dia macam kat poster atas tu :D.



.:. By .:.

4 comments:

fabulous.farah said...

banyak kat blog review pasal cendol ni..aku yang tak sampai2 lagi..kalo puasa xboleh cakap pasal food makanya aku xboleh update blog okeh! haha

Bai said...

f.f : hahaha sampai macam tu? harap bersabar. ko guling2 atas katil k? jangan masuk blog makanan. hahaha

Umijie said...

By dulu zaman kak jie dok are sana, dia jual pakai basikal. Lagi nostalgik giler cendol dia. Kaya dah pak cik ni :-)

Bai said...

Umijie : ye ke? wah!!! usaha tangga kejayaan :)