Monday, September 13, 2010

Hari ini, 13.09

Pagi tadi bangun awal. Sebabnya, kucing kencing atas konfeter. Sedap-sedap mimpi jadi CSI untuk kes Sosilawati, si putih datang kencing. Hampeh betul.


Eh cerita pasal Sosilawati. Kalau betul, takziah buat keluarga beliau. Zalim betul orang yang buat kerja tu.... Ermmm.. ok lah tunggu cerita terkini malam ni pula. Sini sold out paper. Gila lah!


OK berbalik pada cerita hari ni, siap-siap mandi semua then pergi cari kedai renew roadtax. Masih dalam misi mencari. Susah betul nak renew kat sini. Siapa tahu area Mentakab, Pahang ni mana nak renew roadtax?


Misi kedua mencari cat. Setle! Seharian mengecat hari ini. Baru niat nak bungkus-bungkus doorgift. Erm... banyaknya benda tak buat lagi... Nasib baik ada Nina (anak buah). Itu pun kena upah buat kerja. Haih. Duit sekarang amat penting. Hahaha. no money no talk, no work.


Hish. Malam ni misi untuk buat barang-barang bertunang pula. Dah berapa hari lagi ni..


Eh oklah ada tetamu datang. Daaaa~ love. Selamat Hari Raya. Saya rasa sampai Ahad ni. Isnin depan baru kerja :).


.:. By .:.

2 comments:

mimis said...

Bila date bertunang? I tumpang gembira utk U..

Byzura Mj (By) said...

mimis : around october. insyaAllah...

thanks Mimi ;)