Saturday, September 18, 2010

Meh nah update sikit.

1. Semalam, pergi tengok-tengok doorgift untuk majlis bertunang. Kira bajet. Hahaha. Ingat nak bagi biasa-biasa je. Erm.. ada orang bagi telur. Tapi, rasanya tu nak buat time kahwinlah kot. InsyaAllah. Dah pupus dah tradisi bagi telur kan? Ramai orang cakap telur lagi mahal dari doorgift lain. Betul ke?


2. Mak pesan jangan syok sangat. Itu penting! Oh menu untuk majlis nanti pun dah bincang, semalam... Menu permintaan ramai. Masak lauk kampung je. No more nasi minyak lagi!


3. Hanya 3 hari beraya sakan. Lain aku nak uruskan hal-hal kecil. Bukan apa, nanti kerja..time bila lagi aku nak buatkan? Sedikit sebanyak aku dah done beli barang untuk pihak lelaki. Tinggal sejadah dan baju melayu je. Hias belum lagi. Itu nanti bila cukup semuanya, baru hias.


4. Doorgift untuk keluarga 20% baru siap! Hadoi~ Susah gak kalau semuanya nak buat sendiri.


5. Veil pun dah nak done, esok ambil. Tinggal tudung je.Veil tu pun tatau lagi nak pakai ke tidak. Standby je dulu.


6. Bunga untuk mini pelamin pun dah gubah tadi dengan mak... Minta tolong mak. Mak memang pakar mengubah. Tapi mak cakap takyah la mini-mini, macam kahwin pula. Aku yang beriya nak. So tunggu je la. Jadi ke tak aku ada mini pelaminnya.


7. Makeup, aku ambil kawan aku je baby. Aku percaya pada ketulusan kau makeup aku b! *peluk*


8. Lens tak beli lagi. Orang cakap nak nampak lain, pakai lens.Nak beli warna apa? Dan dan dan bulu mata palsu. B, kita test dulu pagi tu. kalau tak ok aku taknak pakai. muahahaha


9. Threading kening. Erm.. dah bagi tahu mak. Mak cakap sikit je threading-nya. Nanti tak nampak series. Baik~ terima kasih mak!


10. Ramai dah pesan darah manis. hati-hati... Baik~


11. Kanopi pun dah selamat book. Standby je. Nanti Wak Ajim takkan nak masuk dalam dengar orang bincang pulak kan?


Apa lagi eik?


Semoga tuhan permudahkan segalanya. Amin amin amin



p/s : hantaran belah lelaki hanya tak done 1 je lagi! cis! Lagi hebat! Itu sahaja lah aku update dulu. Belog ni pun dah penuh dengan persiapan pertunangan dah... Aku letak sini semuanya adalah untuk peringatan dan share. Mana-mana terkurang-terlebih, blogger lain boleh nasihatkan kan kan? Thanks you all!


.:. By .:.

4 comments:

Mur said...

perghh.bai dah nak bertunang!syabas bete syabas...hah buat betul betul.Godspeed.

Byzura Mj (By) said...

Mur : thanks beb! insyaAllah ;).

Baby Gina said...

lens tu try awal2 nnt tak biasa mata ko merah lak masa 1s time pakai..
hehehe..siap sedialah aku nak menconteng arang ke muka ko!!
muahahaahaha!!!

Byzura Mj (By) said...

akak gina : baiklah!

siot! tak habis2 takotkan aku... Love! peluk skit!! =D