Tuesday, October 26, 2010

Anggaran bajet untuk kahwin.

Pelik. Cik Bedah ni makin ramai kan? Berjenis-jenis puaknya. Mana datang pun tatau. Tapi, bukan Cik Bedah je wujud, Pak Bedah pun ada. Oh mushkil! Kalau lelaki yang kepochi, kita nak panggil apa?


*habis selingan*


OK. Sekarang ni dah start draft sikit-sikit apa perlu aku buat. Semuanya aku bincang dengan Wak Ajim. Minta pendapat dia dan keluarga. Cuma aku draft sorang-sorang dulu. Nanti Naahhhhh hambik!! Hahaha *keji*.


Baru ni agak penin juga, fikir nak start yang mana dulu. Sebab semuanya samar-samar lagi.


So, aku start dengan bajet. Then, aku boleh proceed untuk project DIY aku yang kecil-kecilan dan beli sedikit demi sedikit hantaran. Kalau beli sedikit-sedikit, tak terasa sangat kan?


Masa blogwalking aku nampak post tentang bajet....dari belog nadirabaharudin.Sebelum tu aku lupa, Xora pun ada send file excell untuk bajet-bajet ni. So copy dari belog nadirabaharudin, untuk panduan diri sendiri. Ada beberapa list yang mungkin aku titikberatkan dan ambil tahu.


OK start. *tarik nafas*



1. Kursus kahwin
Ha ni paling penting sekali. Tapi, aku tak pergi lagi. Konon-konon nak feel macam artis, nak pergi sama-sama pakai baju sama kaler =D. Anggaran RM80 kan? - Status : 0%


2. Mas kahwin
Dah bagitahu keluarga dua-dua belah. Siapa nak tahu, datang je la masa nikah nanti. Dengar sendiri, InsyaAllah. Status : 10%


3. Wang hantaran
Dah tambah tolak bahagi darap masa majlis merisik dan bertunang hari tu. Dah tetap jumlah banyak mana, bila kasi... Status: 10%


4. Upah juru nikah atau tok kadi
Yang ni aku tak survey lagi. Sebab lain tempat lain harganya kan? Lagipun tak tahu nak buat kat mana. Antara Selangor atau Pahang. Status : 0%


5. Barang hantaran
Ni pun belum decide nak bagi apa. Cuma catit dalam buku je. Dah cakap dekat family, apa yang diberi masa bertunang tak payah nak repeat lagi. Status : 0%


6. Gubahan hantaran
Memang kalau ikutkan hati nak yang cantik kan? Erm decide untuk buat sendiri! Yeah! Status :0%


7. Cincin atau barang kemas yang lain
Tak tahu belah pihak lelaki nak bagi apa. Cincin? Tak kisahlah janji jalan! Tapi, kalau boleh tak payah la nak cincin lagi (nak juga tapikan? hehehe). Status : 0%


8. Pelamin
Pun tak decide...Tengah usha-usha. Kalau boleh nak kerusi gabak tu =D. Status : 0%


9. Baju pengantin
Mungkin baju for nikah nak design sendiri. Persandingan nak sewa je..Status : 0%


10. Kad kahwin
Ha ni pun tak decide. Macam nak DIY sendiri, then pergi printing. Tapi, mahal ke eak? Marcos? Bersediakah anda untuk bergabung tenaga? Hehehe. Tapi, kalau untuk tetamu vateran, takkan nak kasi kad ada kartun kot kan? Kad ni kalau fikir pening juga.... Status : 0%


11. Kenduri / jamuan
Yang ni baru usha semalam. Lepas tu sms kakak..Kalau buat di Selangor, harganya agak murah berbanding Pahang. Pahang tak ada choice. Nak tak nak kena ambil yang tu je. Dah la RM 11 satu kepala. Lepas tu, mostly tetamu yang makan di majlis kenduri (yang ambil khidmat katerer ni) sakit perut. Kesian tetamu. Status : 0%


12. Khemah dan kelengkapan lain
Yang ni pun usha semalam. Ada katerer yang providekan makan + kanopi sekali. So tu lagi jimat kot. Nak lagi jimat, ada pelamin semua. Haaaaa. Status : 0%


13. Juru gambar
Jurugambar pun tak pasti siapa. Mungkin ambil salah seorang adik BIL. Oh luckyly adik dan BIL adalah photographer. BIL dah cakap awal-awal dia tak boleh sebab, kena sambut tetamu. So nak taknak kena keluarkan kos lah walaupun biras =D. Status : 0%


14. Hiburan
Semalam pun sms kakak, dah cakap hajat di hati nak gamelan. Tapi, tak tahulah tertunai ke tak.. wuwuwuwuwu. Status : 0%


15. Honeymoon
Ni tak terfikir lagi. Agak-agak kering, honeymoon kat bilik air sudah. Opssss!! =D


So aku start with 0% beb!!!

.:. By .:.

6 comments:

Anonymous said...

10k xcukup nie..huhu.

SheLLy said...

uish..Pahang ngalahkan KL je mahal gilerz katering...tp aku byk dgr Pahang nie demand gile..semuanya serba mahal..

Byzura Mj (By) said...

~AmyLiana8886~ : Apa lagi? Hhuhuhu.. Banyak lagi kan?

Byzura Mj (By) said...

SheLLy : bukan demand kak elis... tak de saingan...tu pasal mahal...

Suzie Ahmad said...

Bai klu ko nak lagu gamelan aku rs bole download kot.. antara yg famous kan main ms mjlis kawin or majlis yg melibtkn raja2 ni ko carik lagu 'timang burung' or 'perang manggong'. pas tu burn la dlm CD. akunyer CD dlu dah bg ke budak gamelan yg kawin thn lepas..xde copy

Byzura Mj (By) said...

SuZiE : ala melepas! ok..thanks for you info!! =D