Setelah masuk ke panggung. Perasaan menjadi ghairah. Eh boleh? Sebabnya tempat duduk adalah barisan kedua... Di hadapan sekali!!!! Boleh melihat segala jerawat batu artis, sukakkk!!!
OK sambung. Kalau difikirkan watak-watak yang dipikul bukanya senang untuk dilakonkan. Nak-nak mengisahkan kisah Tun Mahathir. Tetapi, jujur aku katakan,teater ini berjaya dari penyampaian teater Natrah. Message yang disampaikan agak berkesan. Tidak kisahlah tentang politik pun, kita tetap kena tahu perjuangan beliau.
Teater ini mengisahkan tentang kisah Tun masih kecil hinggalah beliau meletakkan jawatan. Bilamana aku tahu tabiat beliau, yang suka baca buku. Kemana-mana berkepit dengan buku, best student, padanlah dia layak menjadi Perdana Menteri. Bukan itu sahaja beliau juga tegas dalam segala hal dan lantang menegakkan sesuatu. Oh kagum!
Itu kisah perjalanan beliau dari segi karier. Tapi, dalam teater ini diselitkan juga kisah percintaan beliau dengan Tun Siti Hasmah. Kalau sesiapa yang pernah mendengar sendiri cerita percintaan beliau pasti akan tahu sejauh mana kebenarannya.
Masih ingat lagi, aku pernah pergi ke Majlis berkaitan dengan Wanita di Kelab Shah Alam. Pada masa itu, Tun Siti Hasmah juga ada. Beliau tidak segan silu menceritakan bagaimana beliau berjumpa Tun Mahathir. Seperti dalam teater ini, jujur aku katakan kisahnya sama seperti mana Tun Siti Hasmah cerita!! Perwatakan Tun Mahathir yang sweet, agak malu... sama!!
Kalau mereka share gambar beliau masa muda dalam teater ini sepertimana di sharekan di majlis itu, mesti lagi best! Mungkin itu private. Tak boleh disharekan sebarangan.
Salah satu barangan milik Tun yang disharekan. Surat yang membuktikan beliau pernah berkhidmat di Hospital Kerajaan.
Ok done pasal review teater TMTM.
Jom kita review artis yang melakonkan watak ni =D.
Jalaluddin Hassan.
Ayah kepada Tun Mahathir. Owh sungguh berkaliber! Suaranya agak tersekat-sekat. Tak pasti adalah masalah sound microfon atau memang suara beliau. Tapi, aku suka lakonannya... Dia tak romantik hokeh dalam teater ni! =D.
Budak kecik yang comel.
Aku lupa nama dia. Memegang watak Tun Mahathir waktu kecil. Pandai berlakon, pandai memikul watak, pandai buat mimik muka Tun. Geram rasa macam nak buat adik angkat. =P.
Zizan.
Owh my sweetheart! Bahahaha.
OK serius. I want to say wow! Loghat kedah no!! Senyum je. Ades. Tiap kali dia datang depan aku, aku berdebar. Wakakaka. ok-ok =D. Dia melakonkan watak sebagai Tun zaman remaja. Pandai dia berlakon. Pandai menggayakan how sweet Tun Mahahir. Tak kaku, tapi aku nampak jari dia ketar. Mungkinkah dia bedebar?
Erra Fazira dan Esma Daniel.
Samakan?
Erra Fazira adalah biasa-biasa sahaja. Bab kelembutan menjadi. Sebab, Tun Siti Hasmah pada dasarnya pun tuturkatanya lembut.
Esma? Owh masa ni hati tak excited nak melihat dia berlakon. Tapi, bila dah start. Nah! Jalannya, cakapnya sebijik Tun Mahathir. Mesti dia study gila-gila watak ni. Bukan senang, bukan senang....
Lain-lain ok. Tapi, silalah ramaikan pelakon.
Tapikan, Lagi best ermmmmmm... Aku nak suggest someone untuk tambahan pelakon teater ini...
Wakakakakka!! Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
I love U Mahathir!!!
Airmata yang jatuh pada hari peletakan jawatan beliau adalah kenangan buat aku untuk selamanya!!
Last, pergilah menonton. Tak akan sia-sia jika pergi. Teater ini dilanjutkan sehingga 9 Oktober.
.:. By .:.
12 comments:
bdk kcik tu afiq die comel ;D
twinkle twinkle : comel sangat. macam gurl kalo banyak kali pandang. hehehe. nak buat adik angkat! =D
akak sgt jeles tgk pic yg terakhir!!! akak jugak nanges masa dia umum nak letak jawatan! dan masa baca komik dia pun smpai dekat page letak jawatan tu pun berlinang2 gak air mata! huwaaaaaa
don3angi3 : hahaha! tu kenangan gak tu! jumpa Tun kat Sogo -_-".
huhuhu sedih ok? komik?? komik apakah? nak pinjam! =D
huwaaaa... kedengaran sangat best teater ni, ni yg buat lady rasa nak tengok sangat2 ni...
komik riwayat kehidupan tun dr kecil, bercinta, kahwin, sampai letak jawatan. mcm buku komik lat tu. mcm tu la. akak tak beli, duduk bersila kat MPH baca sampai heheh. rasa nya ada lagi kot kat MPH
Lady : kalau nak tengok boleh lagi... sampai 9 oktober. dilanjutkan.
don3angi3: hehehe. oo ye ke? ok nanti By pergi terjah MPH...thanks kak ;).
Oh nanti ade teater komik lat tu.. pergilah.
don3angi3: hehehe. oo ye ke? ok nanti By pergi terjah MPH...thanks kak ;).
Oh nanti ade teater komik lat tu.. pergilah.
don3angi3: hehehe. oo ye ke? ok nanti By pergi terjah MPH...thanks kak ;).
Oh nanti ade teater komik lat tu.. pergilah.
ala...nak tengok jugak!
harzharun : sila2..sempat lagik ni!
Post a Comment