Thursday, October 7, 2010

Intai Projek DIY yang dah siap 100%

Seronok tengok follower semakin hari semakin bertambah. Thanks all. Aku dah terjah satu-satu. Cuma ada yang aku baca, aku tak tinggal komen. Aku lak jadi silent reader korang. Hahahaha.


Hari ini hari last keje. Aku cuti esok. Tak sabar rasanya nak balik kampung untuk buat persiapan seterusnya. Esok adalah misi nak siapkan semuanya. Kecuali sirih junjung, bunga rampai dan buah je pada malam esoknya kejadian.


Ni antara projek DIY yang berjaya 100%.

Ingat tak pada bunga carnation ni? Aku dah buatkan sebanyak 5 biji pomander ball. Dan misi seterusnya untuk bunga ini, anggaplah tidak berjaya. Tin susu? Ingat? Aku tak sentuh lagi. Kalau ada masa aku curi-curi buat.


Projek doorgift yang buatkan aku hampir pening kepala. Lain ada lagi(berbentuk lain). Ni aku bagi untuk budak-budak. Aku agihkan sebab tau je la budakkan? Nanti dia kacau maknya pula.


Dan ini alas dulang. Aku tambah manik-manik tu supaya alas tu menjadi berat. Oh dulang orang panggil lampan kan? Serius aku tak tahu. Bantai je panggil dulang.


Jangan fikir apa-apa untuk majlis ini ok? Sila kosongkan pemikiran anda. Hahaha


Mungkin belog ini akan sepi untuk sementara waktu. Mungkin jugak aku hangkut laptop ni balik kampung, untuk tidak sepikan belog ini!


Ya Allah permudahkan segalanya. Amin amin amin..

.:. By .:.

9 comments:

Anonymous said...

aku panggil baki. anyway congrat!
munies

Anonymous said...

aku panggil baki. anyway congrat!
munies

Bai said...

Munies : Baki? Mak aih lagi pelik!=D.. Thanks beb.

littlehumblelynn said...

by

alahai...org nak bertunang nih!!dah ct lum?selamat hdknya majlis itu nanti..sila senyum paling ayu & sila malu2 kucing ok..:)

Bai said...

Kak Lynn : hehehe cop cop, ct tu ape??


amin :). Nak buat senyum ayu + malu kucing tu payah tu. Nanti muka masam kelat sebab takot! hahaha

kasihredha said...

Amin...semoga lancar ye Bai

Bai said...

kasihredha : insyaAllah, amin =). Thanks!

Bai said...

kasihredha : insyaAllah, amin =). Thanks!

littlehumblelynn said...

CT TU CUTI DEAR ;)