Friday, October 22, 2010

Sabah : Day 3.

14 Oktober 2010.

Kundasang dan kaki Gunung Kinabalu.

Aku tak pasti area Kundasang mana. Ke aku yang tertidur lena? Hahaha. Ngantuk dek buaian kereta pacuan 4 roda itu ^_^.


Pergi ke sini semata-mata nak tengok Gunung Kinabalu yang sayup-sayup memanggil kami ketika menaiki bot ke pulau pada 13 Oktober. Sangat besar dan cantik pemandangan Gunung KK dari pulau!!! Bayangkanlah, nampak puncaknya dan di tengah-tengah di kelilingi awan. Oh macam di dunia khayalan!


Sampai je tempat yang sepatutnya nampak gunung, gunung tak kelihatan sebab tetiba awan menutupi gunung. So, kami agak gunung itu malu ^-^.

See tak nampak!! Sepatutnya dia betul-betul di hadapan kami.


Aksi dalam kereta. Sekali pandang Wak Ajim tu macam pakai rantai pula -__-".


Ok dah sampai kaki Gunung. Abang Alfian gigih terangkan macam mana dia mendaki. Mentang-mentanglah dah naik. Wuuuuuuaaaa. Jeles di situ. Pagar yang budak 2 orang tengah snap picture tu, itulah entrance nak mendaki gunung. Gila kecilkan?


Nak merasa minum di kaki Gunung Kinabalu ;). Feel macam kat obesea. Sejuk masa ini.


Entrance Masilau Nature Resort. Resort ni betul-betul kat kaki gunung.


Di entrance lagi satu. Masa ni nampak orang TM transmission nak pergi pasang apa benda ntah. Gila gigih diaorang bekerja. Sampai gunung didaki. Tsssk.


Cantik. Kalau panas nampak cahaya suluh di tengah-tengah tu.

Ha balik baru dia tunjuk muka!!! Tu Gunung Kinabalu!! Jaga kamu, nanti aku daki kamu!!


Karambunai!!

Oh entry ini paling dinantikan? Karambunai. Sebenarnya aku tak tahu sangat tempat ni sehinggalah Iz bagitahu aku, tempat ini adalah tempat yang satu-satunya dia nak pergi.


Memula ingat abang Alfian nak bawa pergi taman. Tapi bila masuk je tempat ni....mak ai!!!! Macam privacy place!! Cantik.. Aku suka!! Jatuh hati pandang pertama. Wish list untuk honeymoon. Hihihi boleh?



Sangat cantik resort ni. Sangat-sangat eklusif!

Homai..ho mai... pondok macam ni lah akak aku bagi idea dulu. Masa tu aku tengah couple. Dia cakap kalau ada rezeki, dia dekor rumah dia macam ni. Then, aku boleh bersanding atas tu... Oh bukan aku je berangan. Dia pun -__-". Tapi, tak tahu tercapai ke idak..


Persisiran pantai.


Jangan tengok how sweetnya aku. Tapi, tengok how sweetnya sunset kat belakang tu. Hahaha.


Makan Malam di Pasar Philiphine.

Ini permintaan khas. Aku teringin sangat nak makan ikan bakar kat Pasar Philiphine. Bila sampai, mak aiiii lautan ikan,udang,sotong, ketam bakar!!! Banyak sangat lauk-lauk.

See!!


Banyak!! Tapi pelik. Boleh ke diaorang jual semua ni dalam sehari? Bila makan, semuanya rasa fresh. Maknanya bukanlah diaorang bakar harini dan esoknya bakar lagi kan?

Salah satunya benda pelik aku jumpa kat sini. Rumpai laut. Makan macam makan ulam. Sedap!! Boleh makan lagi kalau pergi sini.


Semua yang kami makan adalah berjumlah RM 35. Murahkan? Kalau sini udang seekor yang besar tu pun dah berapa harganya. Kalau ke Sabah, jangan lupa makan seafood puas-puas ya!


Aktiviti bebas : Bowling.

Last lepaskan stress kerja yang di bawa dari KL ke Sabah, dengan bermain bowling. Pada mulanya abang Alfian amat gerun tengok muka kitaorang yang ala-ala pandai main ni. Last-last dia yang score lebih!! Pffttt!


Day 4, shopping di pasar Philiphine dan berangkat pulang ;(

.:. By .:.

4 comments:

mrs shaifull said...

hai dik, apa khabar? bestnya pegi sabah, makan lg, jalan2 lg, semuanya best, congrats, akak baru tau yg awak dah bertunang masa baca kat blog CPM, again, congrats ye dik! :)

Mimis said...

hi.. bestnyeee..
mmg cita-cita nk gi Karambunai & Kundasang bulan Jan thn depan...

Byzura Mj (By) said...

mrs shaifull : kabar baik ;)...

o eah? terima kasih kak...lama tak online eah?

Byzura Mj (By) said...

Mimis : semoga capai cita-cita tu k!! =D