Monday, October 18, 2010

Erti cinta : Part 2, tententen.....Alhamdulillah.

Mulakan dengan kenangan 1.8.10 dulu, dengan majlis merisik. Atas persetujuan 2-2 belah pihak, berlansunglah majlis merisik dengan sempurna. Alhamdulillah.


Aku tak pasti time ni aku sama-sama tepuk bahu ke terus peluk... Yang pasti masa sarung cincin tu aku ketar nak mampus. Macam orang parkison. Sampaikan mak Wak Ajim tegur, nape ngan jari ko ni? Selambe aku pegang jari jari lain (read-genggam) dan biarkan jari manis je. Hihihi.



Dan tanggal 10.10.10 termaktri la aku seorang tunggangan tunangan orang. Masa ni Tuhan dan kawan rapat je tahu, bagaimanakah perasaan aku ketika itu. Rasa macam tak percaya pun ada. Betul ke aku nak bertunang dan kahwin dan seterusnya mengandung tahap perut ke depan dan ada anak? Oh gila melampau sampai tahap tu aku fikir.



Ada berbau sedih dan gembira. Yang nyata dalam hati aku bersyukur. Tapi, masih tak percaya betul ke tak aku bertunang dengan Wak Ajim. Hahaha. Rasa nak lempang laju-laju kan?



Tempat pukul 12.40 tengahari Wak Ajim dan rombongan sampai dengan selamatnya. Alhamdulillah kira sempat dengan Tok Imam. Tok Imam mengetuai majlis tersebut. Wak Ajim cerita kat aku (after majlis), Tok Imam tu salah sebut nama. Nama yang disebut bukan wak Ajim, tapi abang wak Ajim!!! Kang tak pasal aku jadi tunangan abang wak Ajim lak -__-".



Aku tak dengar pun masa diaorang bincang. Sebab, aku kena control macho kat dalam bilik. Baby adalah mak andam aku pada hari itu. Thanks B!! Dah berapa kali dah aku ucap =D. Seriously aku suka!!



Dan masa sarung cincin. Jari aku tak berapa nak ketar sangat.Wuhuuuu!! Ada juga sesi suap-menyuap madu. Ni permintaan mak aku. Dia kata, biar Wak Ajim pandang aku manesssss. Dah udah madu tu mak! Sensitipppppp!!!



Kehadiran tetamu juga memuaskan.. Tak sangka seramai begitu. Bak kata makcik aku, majlis aku adalah majlis jejak kasih. Alhamdulillah..



Menu pula adalah ikan phatin masak tempoyak, kerabu pucuk paku + kerang, masak lemak labu + cendawan sisir, kerabu mangga, ikan talam goreng pedas, ayam goreng. Desert yang aku sempat jeling, buah pisang, oren, kuih serimuka, talam.. Ada 3 jenis talam kot...



Untuk sekian kalinya, aku tak guna mana-mana vendor. Semuanya atas idea sendiri. Termasuklah hantaran...

Peachy konsep. Ilham dari diri sendiri.... Siapa nak tempah sila PM me. hihihi.


Dan ini hantaran pihak lelaki kepada aku. Dah terbalik patutnya aku balas banyak. Tapi, hantaran pihak lelaki lagi banyak bilangannya hantaran dari aku. Ada lagi barang yang aku tak sempat snap. Dah dilahap oleh orang lain.


Gambar semasa majlis berlangsung...


Gambar sesi suap menyuap madu. Dua kali mak Wak Ajim suap. Last-last aku cakap sikit je suap sebab maneeees... Dan mak Wak Ajim pun menyampuk, ah ah nanti kena kencing manis. Hihihi.


Sesi bergambar dengan keluarga dan teman-teman. Gambar 1st tu nampak tak? Aku sengeh macam kerang busuk. Masa tu tengah menyakat Wak Ajim, suruh dia cium pipi mak =D.


Saya telah menjadi tunangan orang -__-.


Tengoklah suka buat aksi muka macam tu! Sebenarnya masa ni bisik-bisik manja, "ramainya orang ambil gambar, dah macam kahwin".




Semoga kita berdua ke jinjang pelamin. Amin.


.:. By .:.

16 comments:

Azirah said...

tahniah..huhuhu sungguh cntik kamu..natural jer...

~zack~ said...

cantiknye bai..baju pun cantik sgt..congrats!!

amin...semoga ke jinjang pelamin ye..=)

madihahmanshor said...

ololo bai..comei lote~~congrates!!

Lynn Abd Latib said...

by

tahniah..sgt cantik!!jaga2 x mo jeling2 dah org lain..dah kena book tuh...

Unknown said...

tahniah, sudah jadi tunangan org...jaga hubungan baik2...darah manis tu...

kasihredha said...

tahniah ye Bai...you're sooo sweeettt!!!
Ni no Ibu Irfan (transport)
+6281221055335

Byzura Mj (By) said...

Are-Gya : me kasih :).Natural tu yang diidamkan hihihi..

Byzura Mj (By) said...

zack_blossom : me kasih Zack ;). Amin... U 2 beb!

Byzura Mj (By) said...

Madi @ Aed : me kasih Madi... aku selalu panggil ko Madi je.. Betul ke? hehehe

Byzura Mj (By) said...

Kak Lynn : me kasih Kak Lynn. Jeling skit je.. hahaha.

Byzura Mj (By) said...

INTANKUTERPILIH : me kasih.. insyaAllah.. patut banyak semut =P

Byzura Mj (By) said...

kasihredha : me kasih.. oh tu no agent ke? ok thanks!!

madihahmanshor said...

bai:betul la tu~~;)

harzharun said...

eh tetiba dah ada byk entry yg i ttinggal...

anyway...suwet la...i berkenan baju u!

Byzura Mj (By) said...

Madi @ Aed : =D


harzharun : hehehe. thanks!! nak pinjam ke? hehehe

Puan Eka said...

bestnya..

cantik dan simple..
tengah google baju bertunang..jumpa blog ni...

dah pregnant ya..tahniah!!!

hantaran cantikla..simple