Wednesday, December 15, 2010

Hari 1 : Kursus Pra Perkahwinan

Untuk sediamaklum, aku ambil kursus under Jabatan Agama Islam Selangor. Ceramah dijalankan di Bangunan Sultan Idris Shah.


Aku daftar dengan Puan Laili. Korang boleh klik kat sini untuk download borang(klik). Telefon dahulu untuk daftar dan faks kan borang terlebih dahulu. Kalau tak faks pun, boleh macam aku (jangan cakap aku ajar lak hahaha).


Sampai sana, dia akan kasikan borang lagi untuk di isi. Package 2 hari tak bermalam, RM 80 berserta minum pagi, tengahari dan petang. Tak silap, kapasiti 150 orang untuk satu dewan.



Ini tentatif. Sila klik image untuk tumbesaran ;).

1. Ceramah 1.
- Ceramah mengenai bentuk komunikasi. Masa ini, penceramah akan tanya, apa panggilan untuk tunang/kekasih. Wak Ajim tak terkena masa ini. Kita lihat dia kena ke tak nanti! Hahaha di ceramah kedua, tak silap. Ok berbalik pada cerita, Ustazah ni banyak menitik beratkan 2 way communications. Memang perlukan 2 way ni?


2. Ceramah 2.
Penceramah ni best!! Antara yang terbest. Seorang ketua jurunikah. Dia nasihat, jaga aurat :). Pusing belakang, nampak longkang. Tapi pusing depan nampak alur. Bukan alur, tapi alur gajah
-__-". Ustaz-ustaz. Hehehe. Masa ni Wak Ajim kena!! Dia tanya berapa hantaran. Nasib baik tak ada orang kenal, kalau tak kantoi tau Uztaz :P.


3. Ceramah 3.
Tentang procedure pemohonan nikah. Ini, aku request sangat-sangat, panjangkan slot ni. Aku masih blur-blur lagi pasal ini. Nak tanya, tapi tak cukup masa. Tak apalah, nanti call.. dan nanti aku ceritakan tentang procedure ni ok? Mungkin leceh sikit, sebab aku orang Pahang dan hendak bernikah di Selangor.


4. Ceramah 4.
Mengenai pengurusan masalah/stress. Yang ni pun banyak info dan nasihat. Macam mana nak layan suami. Si suami macam mana nak layan isteri. Kita nampak mudah tapi sebaliknya? Masa ni pun wak Ajim kena soal. Panggil tunang apa, Nazim? Hahaha. Aku senyum sipu je dari belakang.


Tamat hari pertama.


Diam-diam aku curi tengok beg yang dikasi kepada wak Ajim.


Terjumpa catatan ni. Aku ingat dia tidur. Keji-keji. Dia menyalin juga rupanya. *Terharu.


Balik dengan hati yang gumbira. Sebab, hari pertama adalah hari gelak sakan!

Tak lupa juga, gambar si tenbam. Rindu? Hahaha :P.

Next entry hari ke 2.


.:. By .:.

4 comments:

Lady of Leisure said...

hehe wah dah gi kursus yer.. best kan the feeling menanti hari bahagia.. :)

a.n.i.b.u.m said...

hehehe..aku pun bakal menghadiri kursus perkahwinan minggu ni, insyaAllah..anyway aku tag ko kt entri ni --> GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com try la join ye ;)

Byzura Mj (By) said...

Lady of Leisure : rasa bahagia. hahah. tapi kadang2 takut. huhuhu

Byzura Mj (By) said...

a.n.i.b.u.m: eah? gud luck! ok.. thanks ;)