Thursday, December 16, 2010

Hari 2 : Kursus Pra Perkahwinan

Maaf atas entry lepas, tak pasal nanti ada orang cakap blog ni, blog orang emo terlampau. Huhuhu.


Lepas je kitaorang balik Kursus untuk hari pertama {klik}, sampai rumah terus tidur. Sampaikan terlajak ke waktu maghrib -__-". Letih sangat sebab gelak ke, banyak input masuk dalam otak, By? Hahaha.


Hari kedua, awal sikit start sebab nak habiskan modul. Start pukul 8 pagi. Awal-awal dah gerak wak Ajim, supaya dapat pergi awal dan boleh cop tempat yang boleh 'lending'(letak kepala ke kalau boring -_-).

ni lebihan modul (sila klik gambar untuk tumbesaran)


Ni ada info sikit, ok. Lanjutan dari ceramah Hari Pertama so start dengan Ceramah 5.


1. Ceramah 5.
Mengenai pengurusan kewangan dan masa. Sini, ditekankan bahawa kajian menunjukkan paling ramai orang bercerai adalah disebabkan oleh kewangan. Yelah sekarang, duit tu penting.. nak nak kos kehidupan sekarang tinggi. Lepas tu, ramai orang berbelanja tinggi dekat perkahwinan.. maka effectnya adalah semasa permulaan hidup bersama.

Bila tak ada duit, mulalah hidup itu akan stress T.T.


2. Ceramah 6.
Mengenai kesihatan. Mak ai..modul ni, paling ngeris! Banyak video 'live' beranak! Ngilu-ngilu aku. Hahaha. Satu pun aku tak berjaya tengok sampai habis.

Lain-lain, tektik main cekedut ah ah (hahaha paham-paham je la eah?) Apa kaitan? Yela, semua itu kena jaga kesihatan gak. Kalau tak virus berleluasa, betul tak? Ni kena tanya orang dah kahwin. Aku tak cukup ilmu lagi :P.


3. Ceramah 7.
Pengurusan talak. Huhuhu minta jauh~ amin.

Baru aku tahu, Zihar akan jatuh kalau suami cakap, "kau ni macam mak kau" atau "kau ni rajin atau cantik macam mak kau". Oh sungguh cetek ilmu aku
-___-.



4. Ceramah 8.
Penutup. Akidah dan Ibadah. Ni sedia maklum kot. Masa sekolah dulu pun ada belajar kan?


Last ada sikit pasal zakat.


Tamat hari kedua dan bersedia untuk dapat sijil. Yeay!


Bentuk sijil yang diberi oleh pihak JAIS.

Aku baca. Lepas tu saja ujikaji wak Ajim supaya sambung, "u apa seterusnya tu?". Oh, pandai rupanya baca jawi. Oh maneeeees! :D.




Semoga jodoh ini berkekalan. Amin.

.:. By .:.

2 comments:

Anonymous said...

lega ko bai da dpt lesen P.. hehe.. kite pon kena uji tunang reti ke x bace jawi.. ade penah dgr tok kadi suh pengantin bace taklik dlm jawi... pedajal betol tok kadi tu tau..

Byzura Mj (By) said...

♥♥ Kasut Pink ♥♥ : belommm!! hehehe. kena minta permohonan dulu.

baca taklik dalam jawi? ada lagi ke tok kadi macam tu? huhuhu.