Tuesday, February 8, 2011

Sumpah sedap!

Hari tu, masa short vacation, try la makan beberapa makanan Thai. Memang tak dinafikan tomyam, siakap 3 rasa ke hape, memang sedap! Masam dia, pedas dia memang lain dari sini.


Just interview ada sorang kakak yang berasal dari sana, macam mana nak masak tomyam. Baru tahu, diaorang salai dulu serai tu sebelum dimasukkan dalam tomyam. Patutla sedap!


OK. Dalam banyak-banyak kan, 2 makanan ni macam pelik sikit.


1. Macam dim sum. Tapi dimakan dengan sos Thai. Yang lain ada yang dicucuk macam satay, dan dibakar. Juga dimakan bersama sos Thai. Selain tu, timun kecil(sebesar tapak tangan) di hiris halus-halus untuk dimakan bersama dim sum ni. Bukan separuh timun kecil dihiris, tetapi sebiji!


Sedap!

Pernah makan timun kecil ni? Makang dengang budu sedak dokk? read : makan dengan budu sedapkan? *pict google-ed.


2. Roti bakar. Kalau kita panggil roti telur kan? Kita makan dengan sos cili atau mayo kan? Tapi, Thai tak.. dicicahnya dengan kuah gulai. Lengkuasnya, semua rasa! Mungkin rempah tu dibuat sendiri.


Erm.. bila pergi jalan-jalan ni kan, memang mata, otak semua terbuka luas. Baru tahu, betapa mundurnya negara orang. Betapa suksesnya negara orang. Setuju?

.:. By .:.

4 comments:

kasihredha said...

setuju...jauh berjalan luas pemandangan.
Dpt petua baru...serai tu rupa2nya di salai dulu.

Byzura Mj (By) said...

kasihredha : kan kak? best2.

aah disalai dulu. kalau ikutkan orang vietnam pun salai gak kan? Tapi diri ni tak pernah g vietnam lagi :(

mrs.spicy said...

ouhh..timun kecik tu rangup kerup krap krup krap. memang best makan ngan budu boh durian penyet lada. wuhhh

Byzura Mj (By) said...

mrs.spicy: kan? kruk krak =D