Sunday, March 20, 2011

Aktiviti hari kedua di Bandung.

Memang tak nafikan, hari kedua ni banyak sangat persinggahan. Alang-alang ambil transport untuk satu hari, dari pukul 8.00 pagi sampai 9.00 malam so kitaorang gunakan kesempatan ni. Hihi.


Untuk transport satu hari, dia ambil 400 ribu rupiah. Kitaorang berempat, maka perhead 100 ribu rupiah. Dalam, RM 35 seorang. Murahkan?? Untuk satu hari tau!


OK setelah keletihan berjalan ke Kawah Domas sampai ke penghujungnya, kitaorang singgah di ladang teh. Di mana tempatnya hanya berdekatan dengan Tangkuban Perahu.

Hijau. Tapi masa ni dah tak larat nak berjalan. Hahaha. So ambil gambar kat barisan pertama, buat syarat! :P


Lepas tu kitaorang singgah di Strawberry farm. Pun berdekatan dengan Tangkuban Perahu. Ni semuanya satu jalan. Jalan turun ke bawah.

Sempat rasa aiskrim. Mahal juga! Dalam rm 3.50. Nasib dalam dia ada strawberry you! Dan sedapppp!

Cuba teka mana sayaaaaaaaaaaaaaaa. :P


Pergh macam mana baru aku perasan boleh termiss out gambar rumah keluarganya Ahmad Dhani kumpulan Dewa tu?? Grrrr! Tak pe abaikan. Janji haku ada gambar rumah dia pun jadik! :D


Lepas tu pulak, kitaorang ke Kampung Daun. Aku nak sangat pergi ke sini. Pernah tengok program Chef Wan pergi tempat ni??


Ha inilah dia Kampung Daun tu... Kitaorang tak makan. Just jalan-jalan je. Sebab, diyakini mahal! haha.

Kira ni perkampungan orang Kampung Daun. Kata Arbin supir kitaorang tu, tanah ni dah di beli keseluruhannya oleh Kampung Daun. Ha macam tu lah. Ingat-ingat lupa cerita Arbin tu.

Memang sangat-sangat klasik tempat dia. Mula-mula masuk dah dengar orang ketuk musik gamelan.

Ya buat syarat lagi :P

Wahai b2b, kalau digantikan bunga telur dengan buah-buahan pun lawa kan???

Masak memasak.


OK dah habis melawat kampung-kampung. Kita menuju ke tempat makan pulak. Di sekitar Dago. Dah lapar sangat!


Tak silap nama restoran ni, Walijung Sumping (ye ke? belasah. dah lupa :D). Mula-mula masuk, hati dah mula berkata best ke tempat ni?? Erm macam biasa je. Tapi bila masuk ke dalam... tempatnya nyaman!! Pandai Arbin pilih tempat. Eh Arbin betul ke ejaan nama ko nih. Ah belasah! :D

Nilah tempat makannya. Pondok-pondok buluh!! Sangat sejuk dan nyaman!!

Dan ini makanannya!! Untuk sajian berempat. Licin semuanya! Paling menusuk kalbu sampai ke hari ni, petai dengan ikan jeruk tu!! Sedapppp.


Kenangan demi kenangan ;)

Kenangan demi kenangan lagi. Ke rumah Mode. Dulu pergi sini, single. Sekarang dengan bakal suami. Hahahahahahahak. InsyaAllah, amin.


Eh bukan last tempat ni. Ada lagik!! Hari kedua ni nak cerita, 3 pages baru habis !! Hihi.

.:. By .:.

3 comments:

Ajwedding said...

best nya jalan2...ngn bakal somi..he2..nk tnya ..mcmane by kira ya..nk convert duit kita..rm1 sma dgn brp rupiah

Byzura Mj (By) said...

Liza, by buat dia standard rate. 100 k rupiah samadengan rm35.


kalau 2000 rupiah sama dengan 70 sen macam tu.. 1k = 35 sen :).

senang! Tapi by tukar kalo rm 100 tak sampai pun rm 35 duit kita. Tu anggaran.. lagi senang. Kalau berpoint-point susah plak nak kira -_-"

Byzura Mj (By) said...

*100 k rupiah tak sampai pun rm 35