Saturday, March 19, 2011

Tangkuban Perahu, Bandung

Ni aktiviti hari kedua. Dulu masa first time pergi Bandung, tak merasa naik Tangkuban Perahu. Tak berkesempatan. Kali ni, nak juga naik. Tak kira. Dalam takut-takut.. gunung Merapi duk meletup, tetap nak naik -_-". Sebab ada benda yang tersembunyi. Apa tu?


Sila baca petikan di bawah (macam kertas kefahaman plak kan?) :D.

Ni baru di kaki gunung, sudah nyaman. Apatah lagi di atas ;). Masa nak masuk ni kena bayar berapa entah. Tak silap sorang 17 ribu rupiah ke berapa. Tak boleh nak tipu, dari awal dia cakap, ini dari mesia ya?? Agaknya dah kenal rupa. Kalau muka aku sorang, sure aku boleh lepas. Hahaha.


Bila tibanya di atas, pergh cuaca macam kat Beijing masa musim sejuk (Agaklah nak tipupun, Beijing pun haku tak pernah sampai :D ). Betul tak tipu. Sejuk!

Ini salah satu kawah yang tak boleh turun. Terlalu panas. Boleh hilang daging, kulit semua.


Kami berempat ;). Ye kami pergi berempat.

Nampak macam sebelah je kan? Padahal tu jauhhhhh lagik! Kalau jatuh, selamat kebumi terus.


Jalan-jalan melihat kawasan.

Melawat kawasan pokok minarasa. Pucuk minarasa di percayai boleh jadikan sebagai awek muda. Silap-silap boleh jadi 'Manohara' kata mas Yadi. Oh mas Yadi adalah salah seorang guider yang guide kitaorang untuk berjalan kaki ke Kawah Domas, sekaligus turun ke bawah. Bayaran 250 ribu rupiah(tak silap) untuk 1 jam.

Inilah dia, pucuk minarasa tu. Rasanya masam seperti pucuk daun kedondong.


Snap gambar banyak-banyak sebelum turun. Nanti tak naik-naik dah. Pak Supir akan tunggu kitaorang di bawah, selepas melawat Kawah Domas.


Maka, teruslah kitaorang melangkah ke bawah. mencabar juga rupanya. Tapi, cuaca sana dingin.. tak delah rasa berpeluh sangat. Kata mas Yadi, Siti Nurhaliza pun pernah datang ke sini. Tapi, dia menaiki tandu.

selangkah demi selangkah, ingatan kanda kepada dinda. :P


Dah la sarapan ala kadar je sebelum datang, kebulur jadinya. Ketar lutut. Berkat kesabaran(cewah), akhirnya sampai juga ke Kawah Domas!! Tak silap 30 minint berjalan kaki untuk sampai ke kawah ni.


Kawah Domas ni, terkenal sebagai kawah yang airnya boleh mengubati orang yang lumpuh, sakit-sakit kaki ke hape lagi. Selain tu, di sini pun boleh mandi lumpur.


Kata mas Yadi, kawah ni pernah meletup pada 1969, dan tak pernah meletup sampai sekarang. If ada gegaran, atau signal... kawah ini akan meletup dahulu! Pergh masa ni tuhan je tahu, mulut, hati aku dah kumat kamit baca ayat qursi lah apa lah. Mengucap pun aku sempat! :D


Kawasan dia agak panas dan busuk. Kata mas Yadi lagi, kawasan ni kawasan bebas kentut! hahahaha.

Satu group ambil 1 port untuk rendam kaki. Dan pakai masker segala. Yang wak-wak kat tepi kitaorang tu, diaorang tengah siap sedia untuk urut kitaorang dengan kadar free!! Tapi, lepas tu siaplah suruh beli ole-ole yang mereka jual.

Aku malu nak suruh wak-wak tu pakaikan mask. Maka, aku panggil wak aku yang sedia ada. wakakaka. Pandai juga wak ni lumurkan pada mukaku. Kata mas Yadi, biar bakal suaminya yang lumurkan, baru romantik gitu... Ya mana-mana lah mas, saya suka! Haha.


Lepas je bersihkan segala, mas Yadi suruh makan telur yang direbus di kawah tu. Lebih kurang 10 minit telur tu direndam, baru masak. Hah cepatkan?? Rasanya lain, enak sekali. Sampai sekarang duk teringat. Stim macam makan telur kenduri kahwin.


Dekat Kawah Domas pun dah makan masa sejam. So moh la kita pulang.

Daki dan daki lagi. Aku tak tahan, nasib bawa jely..layan jely sesorang. Haha. Kalau tak pitam.

Yeay di check point last!!

Inilah mas Yadi. Umurnya 25 tahun anak sorang. Dia tak percaya kitaorang sudah bekerja. Katanya, semuanya macam sedang belajar. Ye je. Kembang bontot aku kat Kawah Domas tadi :D. Mau taknya, umurku tak lama lagi 30 tahun masssssss.

Dan inilah gambaran Tangkuban Perahu yang dimaksudkan. Gambar kelihatan perahu yang terbalik. Ntah aku tak berapa sangat tahu sejarah dia. Korang pergi google..


Next, lawatan ke kampung-kampung.

.:. By .:.

7 comments:

kasihredha said...

waktu akak student akak masih larat ke kawah domas tu...sebab waktu tu masih slim meling...hihi
tapi sekarang dah tak larat...telur rebus tu best kan By

Byzura Mj (By) said...

hihi. akak kalau By sarapan dengan betul ok kot. Ceh padahal dah makan meggi :P. Tapi, nasib lah sejuk. Best je jalan..

Ah ah kak telur rebus tu sangat sedap!! Lain rasanya.

Ajwedding said...

habes muka.bju kotor kn lumpur..he3..xpe mantain comel..dgr kata kat bandung mknan semua best2 kan..

Byzura Mj (By) said...

Liza, best liza kotor-kotor pun...janji dpt rasa lumpur tu hehehehe..

Aah ah makanan sana best. Tapi kena pandai cari gak..

Wanaz03 said...

Salam,

Hujung bulan ni saya & kengkawan dh plan nk ke Bandung tp kami x buat apa2 booking pun utk penginapan. Ada apa2 cadangan tak & kat Tangkuban Perahu tu ada tak resort atau challet

Byzura Mj (By) said...

Salam,

Kalau nak senang better duk area Dago atau Riau ke.. boleh jalan2. Kalau duk Tangkuban tu susah transport...

Byzura Mj (By) said...

Salam,

Kalau nak senang better duk area Dago atau Riau ke.. boleh jalan2. Kalau duk Tangkuban tu susah transport...