Tuesday, March 22, 2011

Pasar Gasibu dan Pasar Baru, Bandung.

Ok ni last entry pasal Bandung. Siapa nak tanya lepas ni, pm dekat email atau just tinggal kan komen kat sini (klik sini) ok? InsyaAllah akan terjawab mana yang aku tahu ;).


Pasar Kasibu. First time tahu pasal Pasar Gasibu ni. Masa first time pergi dulu, tak tahu pun Pasar Kasibu ni wujud. Arbin, supir ke Tangkuban Perahu yang bagi tahu. Dia cakap, hari Ahad ada pasar besar.. hampir separuh bandar di Bandung tutup! Pergh terus memberontak nak pergi.


Pasar Kasibu di buka hanya pada hari Ahad. Dari pukul 6 pagi sampai tengahari, kalau tak silap. So sebelum kitaorang ke Pasar Baru, kitaorang singgah Pasar Kasibu.


Penumpang angkutan sama dengan kitaorang cakap, barang yang di jual di Pasar Gasibu adalah lebih murah dari Pasar Baru. Aduh bikin pengsan bukan??? :D

Ni lah suasana di waktu pagi di Pasar Gasibu.


*Iklan - Bubur ni sangat sedap!! Kebiasaan sarapan pagi di sana, adalah sarapan dengan bubur. Bubur dia halus dan padat! Macam mana dia masak pun tak tahu. Mungkin dengan kadar masa yang lama. Sumpah sedap! Manis, masin, lemaknya cukup!

Macam-macam ada kat sini. Larat atau tak je nak berjalan. Kitaorang hanya habiskan satu jalur je :D. Then terus ke Pasar Baru.


Aneka tudung. Memang murah. Aku siap bandingkan lagi masa sampai di Pasar Baru. Kualiti adalah sama! Rugi tak beli banyak -_-.



Ok dah berjalan di Pasar Kasibu, terus ke Pasar Baru untuk mencari misi tertentu. Oh selain Jalan Cibadak kan, kat sini pun ada juga jual doorgift. Cuma Jalan Cibadak tu banyak pilihan je.


Ni persekitaran luar Pasar Baru. Korang kalau berjalan, mata kena liar sikit. Kadang-kadang kat luar ni ada bermacam-macam yang Pasar Baru tak ada tau! So mata biar juling air. Hahaha.


Setelah berjalan di beberapa buah kedai, kitaorang stuck kat sini! Lama! Kesian Iz dan K, terpaksa layan aku dan wak untuk capai misi aku.

Oh di sinilah, misinya!! Ingat pada entry aku pening pasal theme, baju sanding tak ada lagi yang berkenan??? Hah aku sudah ketemu! Alhamdulillah. Syukur. Erm wak tahu, macam mana aku meroyan, nangis tak dapat lagi baju sanding :D. Sian wak :P. Bila ingat balik kelakau.


Tengah pilih material dan nego.


Diskus pasal design dan harga.

Ni pula jumpa tailor. Tak boleh nak anggarkan harga, sebab kalau korang nak tempah..harga tempahan adalah ikut material. Kalau banyak beads lagi mahal la. Mas Ian banyak membantu. Nanti buat entry khas :p. Tunggu

Aku dan wak dan buku catatan. Buku tu dalamnya semua tertulis apa nak beli, apa belum, apa nak design ;). So wajib bawa ke hulu ke hilir.

Dan ini hins untuk baju sanding lelaki. Hihihi. Enaf la kan?? :P. Nak tahu tailor tu siap jahit dalam masa 12 jam! *Kagum!


Kalau ke Pasar Baru jangan lupa ke foodcourt. Sedap gillls makanan dia tau!

For me, Ikan Gurame! Aduh terus keroncong perut!

Ayam penyet lada hijau.

Ayam penyet lada merah

Mee bakso. Mula makan rasa macam meggi. Tapi, bila dah campur sos dia, mak ai sedappp!!!

Ni gambaran Entrance Pasar Baru. Oh jangan lupa beli swimming suite di sini! Murah!

Last, keropok ni pun sedappp. Rangup.


Ini sahaja entry 4 hari 3 malam di Bandung. Sampai ketemu lagi Bandung. Next time kalau pergi nak beli baju baby pula. Hahahaha. Verangan!






Ampun dan maaf jika ayat tunggang langgang.
Hanya ikhlas dari hati tuan punya blog yang belum sihat,
.:. By .:.

9 comments:

.::WaNiE::. said...

bubur tu mmg nampak sedap B,

wuu wuu tak penah g oversea..penang penahlah kehkeh

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

pasar kasibu???? nie pon 1st time i dgr babe...
so hows the verdict!??!?! murah gils ek??? byk bju2 brooch2 tak??

Byzura Mj (By) said...

.::WaNiE::. : hehehe. takpe nanti ada can pergi ya!!

Byzura Mj (By) said...

:: LadyVerde + Mr.Doc :: : Gasibu. I salah :D!! Murah! Macam telekung, cadar, baju.. erm brooch i tak pasti.. I pergi habiskan satu jalur je.. jalur lain-lain tak pergi!! Sebab, I terus kejar Pasar Baru. Ada hal di sana ;)

LittleSunshine said...

lau sempat liza pergila pasar gasibu tu..ohhh by dh dapat kain utk bersanding =)

K.I.N.A said...

by, buat kina terliur..hehe..hebatnye 12 jam da siap..

nurleeta said...

salam....dari pasar gasibu tu leh jalan kaki aje ke Pasar Baru ?

nurleeta said...

salam.. klu dari psar gasibu tu memang boleh jalan kaki ke pasar baru ?

Byzura Mj (By) said...

nurleeta: kena naik angkutan. dalam 35 sen duit malaysia tak silap.