Friday, March 18, 2011

Jalan Dago, Bandung

Ye ye. Tahu banyak entry dah tertunggak. Phewww! Ada je dalam draft semuanya. Just save as a draft sebab tak sempat karang :D. Ok malas nak mengomel.


Kita ke Jalan Dago, Bandung pula. Apa yang ada? Di jalan inilah terletaknya di mana hotel kitaorang menginap. Just walk in hotel. Nasib Hotel Royal Dago 2, ada kosong so kitaorang terus zappp!!Murah sikit. Janji tidur lena, shopping banyak! :P. Tapi, kitaorang awal-awal dah book hotel lain. Takut apa-apa hal. Tahu jelah Bandung ni, ramai no pengunjung -_-".


Jalan Dago juga, antara jalan yang femes dengan FO-FO ni. Jalan kaki je. Sebelah, kiri kanan pun ada. Di sini juga terletaknya Kedai ole-ole terkenal kat Bandung ni, sepeti Kartika Sari dan Armanda. Kek brownies memang terkenal di sini. Kalau pergi sana jangan lupa cuba chesse choc dia ok!! Mengancam!


Kalau menginap area sini, malam-malam pun korang boleh merayau. FO tutup pada pukul 9 malam(waktu Indonesia).


Macam kitaorang haritu, memula merayau Jalan Dago kejap. Lepas tu, terus ke Jalan Riau dan masa nak balik, jalan-jalan lagi di Jalan Dago. Hebat? :D


Oh ya. Untuk ke Jalan Riau dari Dago ni, korang perlu naik angkutan je. Satu kepala 2000 rupiah. Dalam 70 sen duit kita.

Ni suasana di malam hari. Ramai, sebab kitaorang pergi hari Jumaat. So malam Sabtu tu kira malam berlibur diaorang. Letih dek non. Kejap lintas sana lintas sini. Sampaikan ada outlet kitaorang just tengok je. Tak lalu dah nak masuk. Hahaha.


Oh ya, kat sini ada kedai untuk muslimah juga. Ha, kat sinilah aku tertarik dengan salah satu rekaan. Nak tengok??

Nampak? Ok kita zoom lagi.

Ha nampak? Kalau tak buat lagi baju nikah, sure aku rembat!! Serius jatuh cinta pandang pertama!! Harga dia dalam 1.8 juta rupiah. Korang convert la berapa RM. Boleh? :P. Memang cantik! Tak payah nak jahit beadings dah.

Ni pula hotel. Kalsikkan?

Dan keletihan. Rehat sebentar. Tengok muka dah tahukan? Minyak kat muka boleh buat goreng pisang. Hahaha.

Ok ni pula, sesiapa yang nak buat thema kahwin ala-ala moden.. kat FO Jalan Dago pun ado jual yok! Aku tak belilah. Thema aku, klasik kontemporari.. ops! :P



Selain dari FO dan kedai ole-ole, dekat Jalan Dago ni pun ada jual burger sedap tau!! Ingat lagi masa first time datang, memang tiap-tiap malam makan burger ni. Memang di jamin sedap! Tapi, masa tu murah. Sekarang agak mahal sedikit. Mungkin, diaorang dah pandai demanding-demanding ni, dah ramai pengunjung ke Bandung.

Inilah gerainya! Sumpah Burger King pun kalah!

Pilihan yang sentiasa di hati- beef, chesse burger!


Yang specialnya burger ni, daging dan rotinya dipanggang. Yummy! Dah, aku dah kecur airliur.



Next, Tangkuban Perahu.


p/s : Liza sabar ya!! Ada entry yang sesuai untuk Liza pasal doorgift tu!!
.:. By .:.

3 comments:

aTy _faRed~ said...

besh nyer... !!! memang pLan nak gi bandung jugak tahun ni..tak sabar...!!

kasihredha said...

akak pernah tinggal di jalan dago ni dulu :)
kalau pergi Bandung..tempat2 ini lah yg dituju...hihi
Donatello tu sure byk kasut comey2kan By..:)

Byzura Mj (By) said...

aTy _faRed~ : sila-sila :D.