Monday, May 16, 2011

Petua naikkan seri pengantin.

Halamak tajuk! Macam edisi khas majalah PENGANTIN kan? Hahaha. Ye, lagi 11 hari aku akan hilang dara diijabkabulkan. InsyaAllah. Tapi, percaya tak? Aku tak pergi mana-mana spa atau facial pun.


Tak sempat dek non.



Mula nak buat bersama-sama dengan wak tapi bila fikir minggu depan je lagi nak kahwin-nya ha.. sempat ke? Bengkak muka nanti lagi haru kan?



Tapi sekarang, muka agak berhantu. Mana taknya, semalam aku angkat beras. Aku angkat air kotak. Ha perkasa tak? :P. Tak payah aku nak cerita semua. Nanti keluar ayat, "oh kesian By, nak jadi pengantin.. itu ini dia buat..". Ni nak bagitahu.. Aku paling tak suka orang gunakan perkataan 'kesian'. Erm the word macam downkan orang tahu? Bagi aku la. Orang lain aku tak tahu.


Ok dah-dah.



Cerita pasal muka balik. Disebabkan aku tak pergi mana-mana spa atau facial pun, so aku lakukan petua orang dulu-dulu. Kira ok la kan? Janji naik seri. Kalau tak naik tu harap maklum lah. Siapa-suruh-dah-tua-baru-nak-kahwin? Haha.



First petua, kelmarin. Ada ada seorang lelaki datang kat rumah bagi aku air kuatkan semangat dan naik seri. Oit bukan susuk ok! Dia baca ayat Al quran! Bukan apa.. mak akulah, katanya nak elak jadi macam makcik aku. Sedang-sedang majlis berjalan, dia nangis.. Apakejadahtukan? Lepas tu ada orang cakap, ada orang hembus supaya dia hilang semangat. Erk! Taktau lah betul ke tak.



Kedua, cuci muka sendiri hahaha. Serius muka aku ni macam dah berkerak dah ni. So start arini aku akan tempek buah tomato, madu, kuning telur. Ni memang selalu orang amalkan pun kan?



Ketiga, berselawat dulu sebelum cuci muka. Erm ni memang selalu aku buat. Tapi, kalau lambat bangun pagi memang haram aku tak berselawat jonnnn. Tak ingat langsung. Haha.



Keempat, orang cakap makan bunga mawar. Aku ni kalau teringat memang aku cubit sikit bunga mawar.. Tak kisahlah kat rumah siapa memang aku petik dan makan. Macam kambing dah. Buatnya tuan rumah baru sembur racun? Matikkkkkkkk!


Kelima, mandi air bunga. Tak buat lagi. Mana nak cari bunga-bunga tu? Rumah akak aku banyak dedaun. Takde langsung bunga.


Keenam, makan madu. Ok fine. Ini boleh aku lakukan. Madu tualang kat rumah tu pun ada lagi.


Ketujuh, Minum air inai... Yewwwwwwwwwwwwwwww? Sedapke?


Dah. Buat sekarang ni, ini je aku boleh terima. Jangan mak aku tambah lagi dah. Kang mabuk pula aku. Ke ada lagi tips 7 in 1 yang boleh aku lakukan serentak?? Hahaha. Sonang hidup -_-.


Teringat masa bertunang dulu. Sama juga, aku tak lakukan apa-apa pun untuk mencantikkan muka aku ni. Tapi, mak selalu suruh aku tepek oat dengan minum madu.


Lepas tu, masa nak makeup baby suruh aku cuci muka dengan ais atau air sejuk. Tak tahulah ini petua ke apa. Hahaha. Dan result? Aku suka!!!



Saksikanlah...
Saksikan olehmu wahai sang hujan
Aku yang telah jatuh..
Dilanda... asmara...


Macam manis bila tengok gambar sendiri. :P





p/s : Baby, serius aku tak tidur malam sebab duk fikir macam manalah orang tu makeup aku nanti. Hahaha.

17 comments:

s1t1 2uL41k4 said...

bunga mawar boleh makan eh?? ape rasanya? haha

♥ Kasut Pink ♥ said...

bagus ni by, blh diamalkan tp biasanya 1st week je kobar2 lps tu madu ke mane, bunga mawar ke mane.. hishh..

Tak tahan had bwh tu, peminat iwan ke by? hihi

choclairissa @ intan said...

bersih je nampak muka~ :)

K.I.N.A said...

hehe..kelakar la by ni..petua2 org tua biasa berkesan..;)

Byzura Mj (By) said...

s1t1 2uL41k4 : boleh! pahit, manis lemak. hehehe. oklah takdelah sampai tak boleh makan.

Byzura Mj (By) said...

♥ Kasut Pink ♥ : kena gak amalkan! hahaha dah tak g spa. kena phsyco diri sendiri -_-" haha.


takde lah. lagu tu macam sesuai plak :D

Byzura Mj (By) said...

choclairissa @ intan : bersih sebab makeup. hahahaha

Byzura Mj (By) said...

K.I.N.A : tu la pasal. kena amalkan gak ni

marcos said...

pewitt, awek cun wohh!!
nak ngorat boleh?!!
wahahahahaha!!

ps- hi abam ajim!

aTy _faRed~ said...

ai dulu pon tak sempat... huhu.. memang banyak petua kite boleh buat..tapi ape2 pon..jangan stress mase nak kawen tu nanti..biler stress t muke nampak letih..haaa..yang pasal cuci muke ngan ais/air sejuk tu...may be betul.. sampai sekarang kalau nak make-up ai still buat..liang pori2 muke lebih tertutup... :) apepon..pengantin memang akan berseri..asalkan dia gembira ngan perkahwinan nya..insyaallah..:)

Byzura Mj (By) said...

marcos : blueek. ko perli ke hape ni?? hahaha

Byzura Mj (By) said...

aTy _faRed~ : insyaAllah amin. kalau macam tu nanti I duk dalam ais la :D. Hahaha. I belum rasa air inai tu. huhuhu. Orang kata mujarab untuk awek muda + naik seri.

littlehumblelynn said...

air sejuk tuh setau akak..mmg utk kurangkan minyak pd muka..mak andam akak dulu pun pesan gitu jugak,..takper by mmg cute dah!!

C!kpuanmuda® said...

susahnya ko nak kawin.. haha :p

Byzura Mj (By) said...

littlehumblelynn : huhuhu. akak kena tengok yang asli dulu. hahaha. tengok gambar je tak aci :P

Byzura Mj (By) said...

C!kpuanmuda® : susahke? belum lagi sampai naik gunung turun gunung weh! :P. hahaha

liyana said...

best ni.. boleh la amalkan dr skrg.. :)